Thursday, March 28, 2013

Puak ni Ekstreme

Puak-puak ni Ekstreme sungguh. Dok kalut dengan usrah la berbagai la Duduk rumah baca Al-Quran, solat dan puasa sunat ok apa. Masuk syurga jugak apa. Dah tu tgk depa ni bukannya alim dan berilmu sangat pun. Dengan dok mengumpat tak tentu hala. Kerja buat separuh jalan tak berkualiti.Nak masuk syurga apa macam tu.Senyum geleng kepala. Anda ingat mereka itu malaikat ka? Saya sejujurnya tidak terkejut bila suatu masa nanti golongan ini sebenarnya adalah golongan yang akan neraka Allah sekiranya amalan mereka diselubungi riak atau perasaan berbangga-bangga ditambah pula jika mereka tidak mengamalkan apa mereka katakan. Malah saya sendiri tidak tahu dimana pengakhiran saya. Ok agak menakutkan disitu. Sebab Allah telah memberi peringatan dalam surah Al-Kahfi dalam 103-104

Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya? (Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan". Surah Al-Kahfi ayat 103-104

Hebatkan Allah dalam mengenali manusia. Malah Dia memberi peringatan awal-awal lagi bahawa ada golongan yang rugi.Hah dah tu buat apa sibuk  pergi usrah dan berdakwah berbagai ni. Duduk rumah dan buat amalan soleh ja dah cukup.Lagi sekali senyum geleng kepala.

Point number 1 Anda ini mementingkan diri tahu. Anda nak masuk syurga sorang2 saja ka? Tak peduli orang lain disekeliling anda. Tak kesian pada orang lainkah? Dah tu kalau orang tu ckp bahawa anda tidak pernah ajak dia ke jalan Allah di masyhar kelak anda ada jawapan ka?

Point number 2 Untuk kekal istiqamah dalam membuat kebaikan sebenarnya anda perlu kelilingkan diri anda dengan orang yang berlumba-lumba membuat kebaikan juga. Jika tidak syaitan akan dengan semudah-mudahnya baham anda. Syaitan ni sangat la bijak dalam menipu daya. Saya cakap berdasarkan pengalaman saya sendiri sebenarnya.

Point number 3 Sejujurnya saya nak tanya anda sekiranya anda nak masuk syurga kelak dan melalui Titian Siratul Mustaqim itu anda nak masuk sepantas kilat ka atau nak masuk merangkak-rangkak?Dahla masuk merangkak-rangkak tiba2 tergelincir pulak ke neraka Allah. Sila berlaku jujur dengan diri sendiri.Syurga ada berbagai-bagai tingkat. Oleh itu wajib bagi kita bercita-cita syurga yang tertinggi and of coz la berusaha ke arahnya. Kalau angan-angan mat Jenin tu tak guna la jugak. Di syurga nanti ada ahli syurga di tingkat yang lain berharap mereka dapat beramal seperti ahli syurga tingkat itu. Jangan jadi orang menyesal. Sungguh jangan.

Point number 4 Untuk menegakkan martabat Islam tercinta sesungguhnya kita perlu membina manusia yang sanggup berkorban di jalan yang sungguh-sungguh panjang ini. Dan membina manusia sebegitu sesungguhnya
memerlukan pengorbanan yang sungguh luarbiasa. Baik dari segi masa, tenaga dan wang ringgit. Dan untuk membina manusia seperti itu adalah hampir mustahil sekiranya kita membinanya seorang diri tanpa melalui sebarang tarbiyah atau sistem yang dibina oleh jamaah.

Malah Allah telah bersumpah dalam Surah Al-'Asr bahawa orang yang tidak berdakwah itu adalah orang yang rugi. Ini sumpah Allah. Tuhan Yang Menguasai Hari Pembalasan yang boleh membawa sesiapa sahaja ke neraka atau syurga dengan keizinanNya.

Demi Masa!Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.( Surah Al-'Asr ayat 1-3)

Lalu saya nak tanya kalau sumpah Allah itu kita tak hiraukan lalu atas tiket apa yang kita nak bawa untuk masuk syurga Allah. Cukup ka dengan amalan kita yang sedikit dan tak berapa khusyuk tu?

“Wahai manusia, sesungguhnya aku tengah menasihati kalian, dan bukan
berarti aku orang yang terbaik di antara kalian, bukan pula orang yang
paling shalih di antara kalian.
Sungguh, akupun telah banyak melampaui
batas terhadap diriku. Aku tidak sanggup mengekangnya dengan sempurna, tidak pula membawanya sesuai dengan kewajiban dalam menaati Rabb-nya.
Andaikata seorang muslim tidak memberi nasihat kepada saudaranya kecuali setelah dirinya menjadi orang yang sempurna, niscaya tidak akan ada para pemberi nasihat. Akan menjadi sedikit jumlah orang yang mau memberi peringatan dan tidak akan ada orang-orang yang berdakwah di jalan Allah ‘Azza wa Jalla, tidak ada yang mengajak untuk taat kepada-Nya, tidak pula melarang dari memaksiati-Nya. Namun dengan berkumpulnya ulama dan kaum mukminin, sebagian memperingatkan kepada sebagian yang lain, niscaya hati-hati orang-orang yang bertakwa akan hidup dan mendapat peringatan dari kelalaian serta aman dari lupa dan kekhilafan. Maka terus meneruslah berada pada majelis-majelis dzikir (majelis ilmu), semoga Allah ‘Azza wa Jalla mengampuni kalian. Bisa jadi ada satu kata yang terdengar dan kata itu merendahkan diri kita namun sangat bermanfaat bagi kita. Bertaqwalah kalian semua kepada Allah ‘Azza wa Jalla dengan sebenar-benarnya taqwa dan janganlah kalian mati kecuali dalam keadaan muslim.”
Al-Imam Hasan Al-Bashri 


Jika dakwah bermula dengan orang super perfect maka sayalah orang yang paling tak layak. Jika dakwah bermula dengan orang berilmu maka sayalah orang paling tak layak.

Akan tetapi dakwah akan menghasilkan manusia yang luar biasa akhlaknya dan bertambah ilmunya dari masa ke semasa sekiranya mereka betul-betul ingin memperjuangkan agama Allah. Sebab itu Allah suruh kita berdakwah. Untuk diri kita sendiri sebenarnya. Hakikatnya Allah tak perlukan kita untuk berdakwah sebab Dia boleh campakkan hidayah kepada sesiapa sahaja Dia suka. Tetapi dia nak uji keimanan serta ketekunan kita dalam memperjuangkan agamaNya.

Jika anda rasa tidak layak sedarlah bahawa pada ketika itu syaitan sedang membisikkan kata-kata negatif kepada anda. Lawanlah ketakutan diri dan terjunlah ke gerabak ini. Sungguh anda tidak akan menyesal.

Tunggu apa lagi cepatlah terjun...Saya nak sambut anda ni..... :D

Harap2 orang saya sayangi baca post ini. Demi Allah saya sayang kalian.Malah saya tahu kalian mengikuti blog ini dari mula.

Sunday, March 17, 2013

Perginya seorang pejuang

Semalam Allah mengajar aku betapa mulianya ikatan di atas dasar iman dan perjuangan. Aku terkesan dengan pemergian beliau walaupun langsung tidak mengenali beliau. Malah aku yakin ramainya terkesan dengan pemergian beliau. Sebak. Memang sebak.Semalam Allah mengajar aku bahawa wujudnya ikatan ukhuwwah persis zaman Rasulullah s.a.w. dan ianya bukan dongeng semata-mata.Kerana aku melihat betapa ramai yang menangisi pemergian beliau.Betapa ramai sahabat disisi beliau dan menjaga beliau di hospital.  Cuma untuk mendapatkan hubungan seperti itu kita kena lebih banyak memberi dari banyak meminta.Semalam Allah mengajar aku betapa aku jauh ketinggalan jika aku diambil dan mengadapNya.Betapa aku telah mensia-siakan masa dan peluang diberi ketika dakwah sedang mekar di negeri kelahiran aku itu. Hanya empat tahun mendapat tarbiyah beliau telah menunjukkan amal yang luar biasa. Hanya empat tahun mendapat tarbiyah beliau telah menyentuh banyak hati yang pasti merasai pemergiannya. Sungguh amal dia bukan tandingiku Yang bagai langit dengan bumi..Bukan aku  tidak pernah diberi peluang. Pernah tetapi aku menolak mentah2 atas ketidakbersediaan aku mengalas tugas yang berat dan ketidakbersediaaan aku menghakis sifat-sifat jahilliliah dalam diri. Aku mementingkan diri sendiri dan tidak mempedulikan insan-insan dahagakan cahaya dan kasih sayang Allah. Dan kini Allah mengajar aku dengan cara yang kasar apabila aku terkial-kial seorang diri mencari tapak untuk membina kekuatan kembali apabila ditakdirkan berpindah tempat yang lain. Bukan tidak pernah cuba menghantar sms kepada pihak berkenaan tetapi Allah belum izinkan. Apabila mereka terlupa disebabkan beban tugas yang terlalu banyak. Dan kini aku mengerti bagaimana perasaan mereka itu. Zalimnya aku kepada mereka. Moga Allah mengampuni kesalahan aku yang lalu yang mementingkan diri semata-mata.Dan kesibukkan mereka ini merupakan satu petanda betapa kita perlukan barisan pelapis yang benar-benar sanggup mengorbankan jiwa raga dalam jalan ini. Dan kesibukan mereka ini menunjukkan betapa ramai pengerak malas untuk bergerak dalam menyentuh hati-hati manusia. Dan Allah memberi teguran dengan cara mengambil seorang yang begitu komited dan ikhlas di jalan ini. Sungguh akhi aku mencemburui mu. Kerana pengakhiran aku belum tentu sepertimu. Martabat engkau diangkat oleh Allah. Walaupun ketika hidupmu tidak dikenali sesiapa. Mungkin kerana keikhlasan amalmu membuat kau diangkat sedemikian rupa. Wahai agen penggerak ketahuilah bahawa Allah mengizinkan dirimu berada dalam gerabak ini bukan hanya untuk bersuka-suka atau berbangga-bangga melainkan berbakti  dan menyebarkan risalah yang agung dengan sepenuh hati. Menyentuh hati-hati manusia yang mungkin lebih hebat lagi bergerak daripadamu. Dan sekiranya engkau gagal melakukan demikian tidak mustahil Allah gantikan dengan insan yang lain. Kerana dakwah dan tarbiyah tidak memerlukanmu sebaliknya engkau yang memerlukannya dalam membentuk jiwa seorang hamba.Membaca message terakhir beliau kepada murabbi beliau bahawa beliau akan berjanji all out untuk dakwah dan tarbiyah seakan-akan sebagai tamparan dan peringatan kepada kita semua bahawa kita masih bermalas-malasan dalam gerabak ini. Saya terkesan membaca blog sahabat beliau yang juga penulis blog terkenal apabila dengan berat hati meninggalkan beliau di hospital demi memenuhi tuntutan dakwah. Sungguh itu pengorbanan luar biasa. Tetapi itulah dakwah mementingkan keperluan insan lain daripada diri kita sendiri. Tergamam apabila membaca sepotong hadis dipaparkan oleh seorang Ustaz yang saya kagumi dimuka bukunya

Daripada Anas bin Malik ra katanya, suatu hari ada jenazah yang diusung di hadapan Rasulullah saw, jenazah tersebut dipuji dengan kebaikan, maka Rasulullah saw pun bersabda; "Telah wajib baginya, telah wajib baginya, telah wajib baginya." Kemudian dilewati pula jenazah yang lain dihadapan Rasulullah saw, namun jenazah tersebut dicaci dengan keburukkan, maka Rasulullah saw pun bersabda; "Telah wajib baginya, telah wajib baginya, telah wajib baginya."

Maka Umar ra pun bertanya; "Ibu dan ayahku menjadi tebusan bagimu, telah lalu iringan jenazah lalu ia dipuji dengan kebaikan kemudian Anda berkata; "Telah wajib baginya, telah wajib baginya, telah wajib baginya." Kemudian lalu pula jenazah yang lain, dan jenazah tersebut dicaci dengan keburukkan, lalu Anda pun berkata; "Telah wajib baginya, telah wajib baginya, telah wajib baginya."

Maka Rasulullah saw pun bersabda; "Siapa yang telah kalian puji dengan kebaikan, maka telah wajib baginya Syurga. Dan siapa yang kalian cela dengan keburukkan, maka telah wajib pula baginya neraka. Antum syuhada' Allah (para saksi Allah) di muka bumi. Antum syuhada' Allah (para saksi Allah) di muka bumi. Sahih Muslim : 2197

Kami menjadi saksi Allah di muka bumi ini bahawa telah wajib ke atas mu syurga wahai Nur IMan ShaFiq Abd RahMan. -Syazalie Hirman-


Bagai satu tamparan kerana saya belum pasti mendapat even satu kesaksian sedemikian rupa. Tetapi beliau mendapat kesaksian daripada pelbagai peringkat umur. Pada ketika itu tahulah saya bahawa dia insan yang luar biasa. 

Rugilah kalian yang masih teragak-agak menyertai gerabak ini. Kerana kemanisannya tidak dapat digambar oleh sebarang perkataan pun. Kerana ia membentuk akhlak dan jati diri yang teguh. Ia membentuk peribadi yang memahami hakikat ketuhanan sekiranya mereka benar-benar ikhlas berjuang demi redha Allah. Saya tidak sehebat beliau tetapi saya bersyukur masih diberi peluang menghirup udara memperbaiki diri agar Allah dapat mengangkat saya sedemikian rupa di masyhar kelak.Muhammad Nur Iman Shafiq dikau membuat kami percaya bahawa dakwah sangat berbaloi untuk disertai meskipun dengan pelbagai ujian dan rintangan yang dihadapi. Engkau mengajar aku bahawa tidak ada indahnya berkasih sayang selain berkasih sayang dalam memburu cinta Allah yang esa.

Ya Allah saksikanlah bahawa Iman Shafiq telah berjaya menyentuh hatiku untuk terus menerus berbakti demi agamamu dan Kau kurniakanlah untuk dia syurga.
 

Saturday, March 9, 2013

Should I go or not?

Entahla. Rasa keliru samada diri ini patut menghadiri interview MPPP sebagai juruadit. Mungkin kerana diri ini selesa dengan Insaniah.Keduanya mungkin melihat kepada karakter aku yang agak lembut  mungkin akan memberi cabaran kepada aku untuk menjadi juruadit dalaman. But decision have to made. Insaniah Holding memang tidak stabil. Kalau BN menang di Kedah alamat bungkusla jawabnya. Aku sayang pada Insaniah sebenarnya. Maybe kerana close bond yang dimiliki diantara pekerja-pekerjanya. Tetapi dari sistem dan polisi memang banyak perlu diperbaiki. Ya Allah tunjukkan jalan kerana diri ini keliru. Pulau Pinang memang didalam hati. Tempat yang mana aktiviti dakwah tidak pernah lekang. Entah kenapa aku tidak merasa aura sedemikian rupa di Alor Setar atau Sungai Petani.Mugkin kerana terdapat ramai pengerak yang aku kenali disana dari pelbagai peringkat umur dan di negeri lain aku  agak kurang kenali mereka.Gaji? Semestinya MPPP memberi pulangan yang lumayan dengan skim pencen yg ditawarkan. Tetapi rezeki Allah bukan hanya dinilai dari sudut kewangan tetapi juga dari sudut ketenangan. Sukarnya untuk membuat keputusan. Wahai Tuhan Maha Mengetahui Kau mengetahui apa yang terbaik untuk diri ini maka Kau mudahkanlah sekiranya berada disana lebih baik untuk diriku dan agamaku.Mudahkanlah urusan interview tersebut sekiranya disana dapat meningkatkan ilmu pengetahuanku yang secara tidak langsung dapat menyumbang kepada agamaMu. Tetapi sekiranya ia buruk kepadaku agamaku aku mohon Kau jauhkanlah. Dan lindungi aku daripada bersedih hati dan berputus asa daripada rahmatMu.

Sesi buat luahan kat blog sebab tak tau nak cerita pada sapa....Mohon kalian mendoakan terbaik untuk saya. Thanks for reading. : D..............

Monday, February 18, 2013

Jaulah ke Bandung


Sebenarnya minggu lepas saya sempat berjaulah ke Indonesia ( Bandung)  bersama keluarga. Hmmm memang best. Tetapi saya tidak berminat untuk berkongsikan perjalanan saya di Bandung disini. Apa yang saya ingin kongsikan disini adalah kebesaran jiwa penduduk Indonesia yang saya nampak kurang pada rakyat Malaysia.

Pada mereka yang  berada pernah ke Indonesia anda pasti mengalami situasi anda dikerumuni dan diekori oleh mereka yang begitu gigih menjual barangan mereka kan? Bagaimana perasaan anda ketika itu? Rasa rimas kan diekori dan ditambah pula terpaksa mendengar pelbagai fakta mengenai produk mereka? Saya sejujurnya begitu kagum dengan mereka ini. Kerana mereka tidak pernah mengenal erti putus asa dalam menjual produk mereka walaupun risiko untuk dimaki amat tinggi sekali. Malahan mereka tetap juga bercoleteh sehingga kita masuk ke pintu kereta dan tidak berputus asa. Bayangkan anda diposisi mereka? Bolehkah anda melakukan sedemikian rupa? Dahla muka pembeli masam dan bengis macam singa…Rasa tak payahla kot. Baik duduk diam-diam sahaja. Melihat keadaan seperti itu maka saya tidak hairan mengapa  pengerak  dakwah di Indonesia lebih laju bergerak berbanding dengan kita di Malaysia. Malah melalui pengalaman saya sendiri, saya disentuh oleh akhwat Indonesia pada peringkat permulaan. Ah rindunya saya pada dia. Kegigihan dia menghadiri kelas-kelas  meskipun tiada kenderaan amat saya kagumi. Mungkin sebab itu Allah aturkan saya bertemu dengan dia. Bagi saling lengkap melengkapi.
Jangan terkejut kami sendiri mengubah keputusan kami disaat-saat akhir untuk membeli apabila diasak berkali-kali.  Kita mudah menyerah apabila orang yang kita cuba tarik menolak ajakan kita tanpa munasabah kenapa mereka menolak ajakan kita. Mungkin sahaja cara kita salah. Mungkin sahaja kita secara tidak sengaja menguris perasaan mereka dan mengajak mereka secara kasar sedangkan Islam menyuruh kita berlembut dengan mad’u kita.

"Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut".- Surah Taha ayat 44

Mungkin sahaja mereka sendiri melihat akhlak kita yang tidak mengambarkan apa kita katakan. Apa pun sebabnya hakikatnya Allah belum mahu mengetuk pintu hati mereka. Jadi sekiranya anda benar-benar menyayangi mereka ini jangan pernah berputus asa. Paling tidak anda boleh angkat tangan dan berdoa kepada pemilik hidayah untuk memberi  hidayah pada mereka. Seperti mana dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. mendoakan Saidana Umar agar beliau masuk Islam.  Jangan sekali-kali  menindakkan The Power of Doa kerana Allah pernah bersumpah bahawa Dia akan mengabulkan doa hambaNya.

Kemudian ketika mahu pulang daripada Pasar Baru ditakdirkan seorang wanita muda bersama anaknya meminta sedekah daripada saya. Sejujurnya saya pada ketika itu agak stress apabila ramai orang menyerbu kami untuk menjual barangan mereka. Ingin sahaja saya tidak mengendahkannya tetapi saya tidak dapat lakukan apabila dia menyebut bahawa Allah suka pada orang  memberi makan pada orang miskin. Saya terus matikan hasrat saya dan mencari  wang kecil untuk diberikan kepada dia. Terkejut saya sebaik sahaja memberi wang tersebut ( wang tidak seberapa pun nilainya) dia begitu gembira dan mendoakan saya dengan begitu jujur. Rasa nak menangis. Sebab wang tu hanya bernilai 1000 rupiah yang bersamaan RM0.33 tetapi doanya masyaallah panjang berjela-jela. Saya terus senyum kepadanya dan mengatakan untuk kamu juga. Kita kadang-kadang memandang enteng dengan golongan sebegini sehingga kita lupa bahawa doa mereka mungkin amat mustajab dan diangkat oleh Allah. Kita juga lupa bahawa sebahagian harta  kita sebenarnya ada hak mereka. Pada kita mereka ini malas dan tidak mahu berusaha sedangkan kita sendiri tidak tahu apa yang mereka lalui dalam kehidupan mereka. Malah mungkin sahaja  mereke mulia disisi Allah berbanding dengan kita insan yang selalu lupa dan alpa. Contohnya Uwais Al-Qarni yang doanya amat makbul dan diangkat oleh Allah. Malahan Rasulullah sendiri mengatakan beliau penghuni langit tetapi hidupnya hanya serdehana dan tidak dikenali oleh sesiapa. Mungkin ada yang mempersoalkan kenapa Uwais Al-Qarni tidak meminta untuk menjadi kaya-raya sahaja  sekira mengetahui doanya amat mustajab. Jawapannya kerana dia menyedari bahawa hakikat dunia itu sementara sahaja.Malahan beliau keberatan untuk mendoakan agar Allah menyembuhkan peyakit sopaknya sekira tidak dipaksa oleh ibunya sendiri.Kadang-kadang kita terlalu berlumba-lumba untuk berdoa untuk dunia sehingga lupa untuk berdoa untuk akhirat. Kita lupa untuk meminta syurga Allah seolah-olah yakin kita akan masuk syurga tanpa rahmatNya. Kita lupa untuk meminta keampunan daripada Allah seolah-olah kita ni hamba Allah yang maksum sedangkan Nabi yang maksum itu beristighfar 70 kali sehari.

Terima kasih rakyat Indonesia. Kerana anda mendidik jiwa saya agar tidak berputus asa dan bersyukur dengan nikmat Allah. Anda mendidik saya dengan kebesaran jiwa anda yang mampu bersyukur dengan pemberian yang sedikit cumanya.Moga kita ketemu lagi wahai rakyat Indonesia.

Friday, February 1, 2013

Mohon doa kalian

Terduduk. Terdiam. Terkejut. Semua mak nenek ter ada bila dapat sms dari seorang sahabat yang mohon didoakan agar dijauhkan dari penyakit kidney failure dengan kanser. I have lost one friend due to kanser hati. Melihat dia menderita disaat2 akhir betul2 meruntun jiwa saya. Sahabat diatas saya kenal dia almost 6 years. Dia yang menunjukkan saya jalan dakwah atas perancangan Allah juga Entahla rasa tak senang duduk bila dia sms saya sebegitu. Rasa tak puas selagi tak dapat berita yang mengatakan doktor mengesahkan dia okay. And saya betul-betul berharap dia ok. Melihat cara dia positifkan diri dengan berbagai-bagai cara dengan berbaik sangka dengan Allah membuat saya kagum. Sbb saya pernah sakit dan saya tahu ianya amat sukar. Kadang2 kita akan mula mempersoalkan kenapa Allah pilih kita. Nak pergi bercuti pun dah xde mood. Nak call dia pun dia tak angkat. Rasanya dia perlu masa bersendirian dengan Allah untuk mendengar segala rintihan dia.

Ya Allah Kau berkuasa dlm menentukan sakit atau sihat seseorang itu. Malah ilmu dan kekuasaanMu tidak terjangkau oleh pengetahuan manusia sekalipun. Aku hamba yang lemah dan hina ini mohon agar jauhkan segala malapetaka menimpa kepada sahabatku ini. Kerana dia yang menunjukkan jalan untuk mengapai redhaMu. Kerana dia yang mengajar aku untuk mencintaiMu lebih dari segala-galanya. Apa yang aku inginkan Ya Allah ketika ini hanya kesihatan dirinya. Agar dia mampu terus laju bergerak dalam dakwah. Agar dia mampu mengunakan seluruh tubuh badannya demi dakwah. Andai sahabatku terleka Kau ampunkanlah. Kau mengetahui betapa keluarganya bergantung harap pada dirinya. Aku pinta padaMu Ya Allah agar mengasihani mereka ini yang mungkin pelajarannya akan terganggu ashab dari kesakitan dia. Wahai Maha Memperkenankan doa pandanglah doa kami insan yang tidak mempunyai apa2 untuk diberi melainkan sekeping hati yang meyakini bahawa Kau akan memperkenankan doa kami.

Hope everthing will be okay. Mohon pembaca blog mendoakan sahabat saya.
  

Thursday, January 24, 2013

t/jwb kita

Hanya Allah tahu betapa gembiranya aku hari ini. Rasa puas setelah dapat menyumbang sedikit dan sekelumit tenaga untuk membantu mengerakkan Program Sempena Mailidur Rasul dlm membantu non-muslim untuk mengenali baginda. Rupanya ianya program anjuran PERKIM dengan kerjasama NGO yg lain seperti IKRAM, ABIM, IPSI dan lain-lain. Rasa rindu kepada dakwah dan tarbiyah terubat kembali. Terasa kehangatan ukhuwah meskipun baru bertemu. Entah sukar diungkapkan kata-kata perasan aku ini. Terasa seperti anak kecil yang baru dapat mainan yang telah lama diidamkan. Dan bertambah istimewa apabila ibu tercinta menyatakan keinginan dia untuk turut serta. Namun disebabkan keadaan kesihatan dia tidak memberansangkan dia pendamkan hasratnya dulu. Takut pulak dia pitam kalau berjalan di tengah panas. Namun aku kira ini salah satu permulaan yang cukup baik. Hopefully ada lagi program seperti ini agar dia dapat turut serta.

Terkejut aku apabila melihat batang tubuh org yang aku berhubungan selama ini merupakan seorang wanita yang berusia 70 tahun. Aku kagum dengan usia sebegitu rupa dia masih bersemangat untuk menyebarkan dakwah. Sedangkan pada ketika itu kebanyakkan orang mungkin menghabiskan masanya dengan cucu atau keluarga. Dia melakukan pembelian bunga dan coklat2 seorang diri. Terasa bersalah pula apabila terpaksa menolak ajakan dia untuk berjumpa disebabkan bebanan kerja yang terlalu banyak. Dia tidak pernah bersungut atau menemplak. Dan sesungguhnya dia amat memahami dan berlapang dada.Terasa malu apabila aku yang masih muda ini tidak sehebat dia dari segi pergorbanan masa. Aku betul2 perlu belajar time management dari mereka yang berkerjaya dan juga hebat dlm dakwah. Ini belum lagi ada anak kecil yang perlu perhatian aku. Kalau ada mesti dah lintang pukang hidup ku. :)

Duduk dan berbual insan2 seperti ini sememangnya membuka minda. Kerana mereka insan yang tidak pernah berputus asa. Meskipun ada orang mengatakan usaha mereka ini sia-sia dan membuang masa. Mereka yakin yang Allah mengamanahkan mereka tugas yang agung dan mereka akan cuba melaksanakan tugas mereka sebaik yang mungkin. Aku betul-betul terkesan dengan pengorbanan mereka. Moga Allah menjadikan aku seperti mereka sekiranya dipanjangkan usia.

Setelah membalut flower,kami diberi tazkirah pendek. Aku bersetuju dengan akhi Hasbullah. Kita menyatakan kita mencintai Rasulullah. Tetapi kita meninggalkan sunnah terbesar baginda iaitu dakwah dan tarbiyah. Kebanyakkan orang beranggapan bahawa mereka perlu menjadi alim seperti ustazah atau ustaz baru boleh menyampaikan. Perlu menghafal surah-surah yang panjang  baru berkaliber untuk menyampaikan atau orang terkesan untuk mendengarnya mungkin. Kadang-kadang aku terfikir juga kenapa orang takut sangat dakwah ini. Seolah-olah ianya satu penyakit yang merbahaya yang akan menyerang sesiapa sahaja. Dan aku dapat simpulkan satu perkara bahawa mereka takut orang akan mengata mereka berdasarkan pengalaman sendiri. Ekeleh budget bagus...baikla ustazah pilihan........tu pi usrah apa yang hang dpt? Sebenarnya melalui pengalaman para daie ada banyak cacat celanya. Ada bermacam perangai dan ragam. Mereka ini manusia dan bukannya malaikat. Namun  mereka akan cuba mengamalkan apa yang mereka katakan dan berubah dari semasa ke semasa. Jadi adil tak aku katakan bahawa orang yang takut dengan dakwah adalah orang yang takut  untuk berubah? Entahla pendapat peribadi sahaja....Mungkin sahaja sikap orang menyampaikan itu menyebabkan orang menyampah dan menjauhi dakwah.......

Jika seseorang itu membuat perubahan asbab daripada dakwah kamu ia lebih baik daripada dunia dan seisinya. Walauweh.Lebih baik dari lelaki yang hensem atau wanita yang cantik. Atau menjadi orang yang paling kaya seluruh dunia. Kenapa Allah memberi ganjaran sedemikian rupa? Kerana ianya bukan mudah. Untuk berdakwah dengan berkesan kita perlu menyentuh hatinya. Dan untuk menyentuh hati manusia kita perlu membersihkan hati kita terlebih dahulu. Sebab itu sebelum kita berdakwah elok kita istigfar terlebih dahulu. Aku dapati ianya berkesan melalui program KBM yang dijalankan. Kata ustaz Halim yang juga lama terlibat dalam dakwah kita tidak tahu bila Allah akan memberi hidayah kepada seseorang itu atas usaha kita. Mungkin 1, 2 atau 20 tahun. Tugas kita hanya mrnyampaikan. And let Allah do the rest. Aku  doakan ada insan2 yang aku approach tadi terkesan walaupun percentagenya kecil kerana aku tahu aku insan penuh noda...:( .....Kata2 seorang adik yang baru  dlm bidang ini membuat aku terkejut...'Akak mcm mana  approach org2 tadi tanpa rasa takut kena marah atau pun down sbb kena reject?'........Dengan muka serius aku ckp cuba bayangkan kalau mereka maksud Islam sbb dakwah kita tak ke banyak pahala? Walaupun aku ni takla sehe bat Zakir Naik atau Yusuf Estes yang dapat mengislamkan ramai org sebaik sahaja buka mulut tapi tak salahkan bercita-cita seperti mereka...Senyum tanda aman. Pray for me so I can be like them. Amin

Thursday, January 10, 2013

Mari menjadi bengis

Ok this is serious scary..........Amaran direct dari Allah melalui perantaranya......Begini....Tadi rakan sekerja saja mengusik saya....Kak Pah jaga-jaga....Nanti bos  jatuh cinta....Dia cakap Kak Pah manja......Hah? Bila masa pulak saya bermanja-manja dengan dia......Terdiam saya seketika......Terkejut pun ada.....Dah tu lelaki  pulak menegur saya.....Malunya Allah saja yang tahu...Kalau kak pah tak percaya cuba tanya nurul......Dia cakap macam tu dalam meeting......Terus saya pergi ke rakan sekerja saya itu....Betulkah Kak Pah manja?Senyum saja rakan saya itu. Aah....Nurul faham style Kak Pah memang gitu....Bos pun faham cuma elok jgn duduk dekat-dekat sgt mcm Kak Pah duduk dengan nurul ni......Mungkin pada pendapat saya takde la dekat mana....Takde sampai bersentuhan dan sebagainya....Dan saya langsung tiada niat nak mengoda dan sebagainya pun....Cuma mungkin kekadang sebagai manusia biasa kita terlepas pandang perbuatan kita...Saya langsung tidak menyalahkan bos saya sebenarnya dan saya akui saya kadang-kadang agak kebudak-budakan dan manja walaupun berumur 30 tahun....Hmm hodoh sungguh.......

Mungkin kerana saya sudah terbiasa bersikap begitu dengan arwah bapa dan ibu saya dan juga keluarga serta mereka dekat  dengan saya sehingga saya terbawa-bawa sikap tersebut dalam kehidupan seharian saya.....Ok dengan akhwat mungkin okla tetapi dengan ikhwah? Err..This is really scary....And sebenarnya ia amat super duper sukar sebab ianya telah menjadi habit dan sebati dalam diri. Ya Allah ampunkan hambaMu kerana telah membuat ada jiwa lelaki-lelaki tidak tenteram kerana sikapku ini....Hopefully saya dapat memperbaiki kelemahan saya ini........Saya amat berharap doa anda semua agar saya dapat memperbaiki diri saya.......


Firman Allah SWT: “Maka janganlah kamu wahai wanita,merendahkan (melembutkan) suaramu maka dibimbangi orang yang berpenyakit di hatinya beringinan jahat kepadamu, maka bercakaplah hanya dengan kata-kata yang baik ( kandungan dan tatacaranya)” (Al-Ahzab :32)



Rasanya patut cetak ayat ini dan lekat kat dinding supaya sub conscious mind pun boleh program jugak benda ni....Allah hu Allah........
  
Hakikatnya saya hanya insan yang lemah dan tidak terlepas dari kesilapan. Rasanya benda ni dah lama dan kadang2 ada lintasan hati yang berdetik kenapa aku bersikap begitu.......Cuma belum pernah ada ikhwah seperjuangan mengatakan seperti diatas kepada saya...Mungkin kerana mereka berlapang dada atau tidak tergoda langsung pun kerana mempunyai keimanan tahap super saiya......Ok sekali lagi saya tegaskan disini saya tidak berniat nak mengoda pun.....Saya mmg begitu baik dengan akhwat atau pun ikhwah......Cuma saya rasa saya patut ubah cara percakapan saya atau sifat manja saya itu.......And sesungguhnya ia amat sukar.....

Rasanya kalau boleh tak nak berhubung dengan makhluk bernama lelaki kerana takut terbabas....Any akhwat have tips for me?


Sedangkan ada akhwat yang membaca doa dengan suara lemah lembut boleh membuat iman lelaki yang beriman terjejas inikan pula sikap saya yang selalu alpa. I think from now onward patut tambah doa agar Allah beri kekuatan dan lindungi saya daripada memberi penyakit ke dalam hati lelaki . Moga Allah mengampuni kelemahan saya dan memberi kekuatan kepada saya agar dapat memperbaiki kelemahan diri.

Kepada insan diatas terima kasih kerana berani mengatakan perkara ini secara berhemah. Moga Allah merahmati dan membimbing setiap gerakkan mu.

 

Monday, January 7, 2013

Acara minggu ini yang menarik- Utk org Penang

Hahaha....Perasan sorang diri macam ada org Penang yang baca blog ini....xpela....No harm trying right....Ok assalamualikum anda2 sekalian......... Bagi orang-orang yang berada di sekitar Pulau Pinang pada hujung minggu ini iaitu pada 13 Jan 2012 akan ada satu majlis yang dianjurkan oleh Hidayah Centre iaitu Street Da'wah. Bagi anda sekalian rakyat Pulau Pinang yang agak kebosanan dan tidak tahu nak buat apa hujung minggu ini baikla anda sertai program ini daripada terbaring di atas katil atau duduk di depan televisyen kerana manfaat adalah terlalu banyak dan tidak tergambar dengan kata-kata bukan hanya untuk anda sendiri tetapi orang lain.
I wish I can be there tetapi apakan daya kerja. Adakah ini salah satu sebab daie selalu futur? Tidak dikelilingi oleh suasana yang menggalakkan kebaikan? I think so and sometimes I feel so. I miss the moment apabila kami saling berebut peluang utk mendapatkan pahala, bermesyuarat sampai tengah malam demi memastikan kelancaran program, dalam bulatan gembira itu sendiri ada mutabaah amal yang perlu dicapai....(malu kot org lain maju kedepan dgn berbagai surah dihafal, solat dhuha,qiam,puasa sunat). Sekarang baru saya faham kenapa usrah itu penting. Sebab ia memotivasikan diri utk menjadi lebih baik daripada semalam dan ia memantau gerak geri kita samada kita lalai atau tidak. Sebab sebagai manusia kita mmg selalu lalai. Ini perancangan dari Allah agar saya menghargai saat-saat itu.
Ok dah melalut dah. Ok please see below detail pada anda yang berminat.
Assalamu'alaikum,
Berita baik kepada semua, HCPP insyaAllah akan mengadakan Street Da'wah Ahad, 13 Jan ini di Sebelah Pulau dan Seberang Perai.
Pulau:         Kawasan komtar, Perangin Mall, Chowrasta dll.
Seberang:  Megamall.
Kawasan Pulau akan dikendalikan oleh saya Yusni - 0195266677
Kawasan Seberang - Khaw Lek Ming - 013-4323549
Sila hubungi saya @ akhi Khaw untuk pendaftaran peserta.
Aturcara program:   
              2.00 PTG -  KUMPUL / TAKLIMAT
              3.00 - 5 PTG - CARI MAD'U
Cara berdakwah:
     >  Survey soalan-soalan mudah
     >  Token - pamplet berkenaan Islam.
Sasaran peserta:
     >  Ahli IKRAM P. Pinang
     > Semua yang pernah hadir program latihan dakwah DDMM, IDT, IPSI, FCR dan lain-lain
     >  Semua yang merasa bertanggungjawab untuk menyampaikan kalimah Allah...
 
 

Tuesday, January 1, 2013

Bercita-citalah kalian

Actually ada tiga projek aku sedang jalankan....Dan aku amat berharap projek-projek tersebut dapat berjalan dengan lancar pada tahun 2013 so aku dapat menambahkan pendapatan aku. Actually gaji aku dapat sekarang ini tidak cukup sebenarnya...Aku hanya boleh infakkan sedikit ja untuk Palestin dan lain-lain so aku kurang berpuas hati dengan prestasi aku sebenarnya.

Projek Pertama - Menjual Jubah Muslimah

Entah kenapa rezeki agaknya rakan baik ku di UUM menawarkan agar aku membantunya menjual Jubah Muslimah. Dia cakap dia akan beri komisen berdasarkan jumlah yang dijual. Wah ini sungguh menarik. Sbbnya aku tidak perlu mengeluarkan modal....Sapa nak bagi peluang mcm ni....Actually boleh juga aku practice marketing skill aku...........Sekarang tgh dok fikir bila nak tangkap gambar and upload di muka buku....And kena ukur saiz jugak sbb saiz dia agak pelik......Agaknya jubah orang arab saiz mmg pelik-pelik kot....Alhamdulillah bersyukur diatas kepercayaan dia berikan pada aku....Dia ckp mmg la lambat cikit nak laku tapi hang slow-slowla...Tq amy.......Hang la kawan paling baik di dunia....wahahaha....sungguh ini pujian ikhlas.....she alwayz there for me and saya sangat2 bertuah memiliki rakan seperti dia.......Agaknya dia nak lihat sahabat dia ni menjadi usahawan yang berjaya kot....Tq Allah for giving me such wonderful friend dan satu hari saya berharap dia akan terbuka hati untuk menyertai mana-mana konfren riang ria.....Susah jugak nak ajak dia turut serta   sbb kami berada di tempat yang berbeza......Kalau dia berada di persekitaran Penang dan Kedah dah lama saya heret dia........Sungguh saya berharap Allah beri peluang kepada saya untuk menyentuh hatinya kerana dia mengajar saya untuk menjadi sahabat yang baik.


Projek Kedua - Taking TBE exam and become takaful agen

Insyaallah akan ambik exam hujung bulan 2. Sebenarnya saya xdela fikirkan keuntungan sangat pun tapi saya fikirkan pahala yang saya dapat dengan membantu manusia dengan meringgankan beban mereka apabila mereka ditimpa musibah dan membantu mereka merancang kewangan mereka. Bayangkan dengan asbab perancangan kewangan takaful mereka dapat menunaikan haji atau umrah berapa banyak pahala kita dapat? Wow....Ganjaran ini sungguh menarik tetapi saya yakin dugaannya juga pasti banyak.....And I keep wondering do I make correct decision by choosing correct leader? Sebenarnya ada rakan yang lain juga mengajak saya buat takaful tetapi saya lebih selesa dengan Prudential Bsn sbb saya sendiri beli produk Prudential BSN. So mcm nak promote produk Takaful lain kalau diri sendiri guna Prudential BSN. Hopefully I make correct decision kerana isthikarah saya mengatakan ini pilihan yang tepat. Or saya terikut-ikut sgt perasaan? Entah. Ala redah ja la. Since niat nak tolong orang insyaallah Allah permudahkan jalan.


Projek Ketiga - Pembelaan kambing secara berpusat.

Projek ini sumpah sangat menarik. In fact saya terlalu exicted dengan project ini. Kerana projek ini mengajak manusia untuk menderma dan memberi manfaat kepada orang lain. Projek ini terlalu besar dan sukar untuk dihadam oleh orang lain. Fokus utama untuk membebaskan masyarakat daripada riba. Sedarkah anda yang kita hari2 bergelumang dengan riba? Dengan dosa dan noda? Apa kita nak jawab di akhirat kelak apabila Allah tanya kita sedangkan larangan Allah dah nyata berkali-kali. Ini hanya usaha kecil saya agar saya dapat jawab dihadapan Allah bahawa saya telah lakukan sesuatu. At least I do something than nothing. Projek ini dijalankan oleh Persatuan Amal Kita Kinta Perak melalui beberapa perancangan. In fact membeli seekor kambing dan memberi kuasa kepada Persatuan menjaganya mendatangkan keuntungan lebih kurang RM3600 sethn seekor. Sebenarnya hasilnya daripada bonus susu dan anak yang dibeli kembali oleh persatuan. Susu sebenarnya boleh dapat 600 liter setahun dan mereka menjual RM10 seliter. Jadi keuntungan sebenarnya RM 6,000 sethn. Untung dibahagi 50-50. Adilla persatuan yang membelanya. Jadi kita dapat RM3,000 dari susu dan 200 bagi seekor anak. Purata anggaran seekor kambing betina beranak ialah 3 ekor. So 200 x 3 = 600. Total up susu dan anak 3600. Persatuan bukan nak untung pun. In fact duit tu persatuan guna untuk Rumah Perlindungan, Lunch Charity and Pusat Hemodilasis secara  percuma. Keuntungan persatuan digunakan hanya tujuan AMAL semata-mata. Saya tak faham segelintir manusia hanya tahu mencerca apabila ada orang megemukan idea. Dikatakan penipu la dan macam2 lagi. Bukannya nak hadam betul-betul apa yang cuba disampaikan. Riza Ahmad amil profesional kot. Dia dah lama dlm bidang ekonomi Islam. At least I think only he came with such a brilliant idea macam mana nak mantapkan ekonomi Islam dan dia diserang dengan bermacam cara. I going to be honest I dont even care kalau kambing tu tak beranak atau mengeluarkan susu. sekali pun kerana saya tahu wang saya digunakan untuk tujuan amal dan mencari redha Allah. Carila redha Allah. Korbankan sedikit benda yang anda suka tu untuk kepentingan Islam. Bagi yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai projek ini boleh layari
 http://kerjaya-muslim.blogspot.com/2012/11/perancangan-ikbs.html atau hubungi En Riza Ahmad di (+6016-6941251).

Islam menyuruh kita bercita-cita. In fact Rasulullah pernah bersabda
Sekiranya berlaku kiamat sedangkan di tangan salah seorang kamu ada benih tamar dan dia berupaya menanamnya sebelum kiamat. Maka hendaklah dia menanamnya, dengan itu dia mendapat pahala.” (HR: Al-Bukhari)

In fact dalam surah dalam surah Al- Qasas, ayat 77, Allah berfirman
“Dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa yang telah Dianugerahkan Allah kepadamu, tetapi janganlah kamu lupakan bahagianmu di dunia dan berbuat baiklah pada yg lain, sebagaimana Allah berbuat baik pada kamu, dan janganlah membuat kerosakan di bumi. Sungguh, Allah tidak menyukai orang yang membuat kerosakan.”
Islam tidak pernah menyuruh kita lupakan dunia. Tidak. Hakikat wang itu diperlukan. Sebab tu Allah kurniakan sahabat yang kaya seperti Abdul Rahman bin Auf dan Abu Bakar menyertai perjuangan baginda. Cuma Islam melarang kita terlalu attach dengan harta tersebut sehingga kita menjadi hamba kepadanya. Itu sahaja. You can be rich and zuhud as long as you realize that your wealth belong to Allah.
Maka bercita-citalah kalian moga cita-cita kalian menjadi mahar hantaran buat kalian ke syurga.
Ya Allah inilah perancanganku hakikatnya Engkau juga yang menentukan. Ya Allah aku persembahkan perancanganku agar aku ada jawaban untuk pertanyaanmu kemana sisa umurku aku habiskan. Ya Allah Kau mengetahui hati ini terlalu ingin berbakti dan memberi manfaat kepada insan lain maka Kau perkenankanlah. Permudahkanlah jalannya Ya Allah.....Lindungilah aku daripada sifat putus asa sekiranya ada perjalanannya tidak semudah aku impikan...Jangan jadikan hatiku kabur pada nikmat keduniaan hingga aku lupa syurgaMu yang menanti disana......Kurniakan aku kelapangan waktu, kesihatan dan kekuatan. Ya Allah andai aku dipanggil pergi mengadapmu aku berharap usaha kecil dan kerdil ini dinilai olehMu.....Amin ya rab.
Going to Berani 2013 di KUIN pada 14 Januari. Insyaallah akan update sekiranya terdapat ilmu yang bermanafaat.