Terduduk. Terdiam. Terkejut. Semua mak nenek ter ada bila dapat sms dari seorang sahabat yang mohon didoakan agar dijauhkan dari penyakit kidney failure dengan kanser. I have lost one friend due to kanser hati. Melihat dia menderita disaat2 akhir betul2 meruntun jiwa saya. Sahabat diatas saya kenal dia almost 6 years. Dia yang menunjukkan saya jalan dakwah atas perancangan Allah juga Entahla rasa tak senang duduk bila dia sms saya sebegitu. Rasa tak puas selagi tak dapat berita yang mengatakan doktor mengesahkan dia okay. And saya betul-betul berharap dia ok. Melihat cara dia positifkan diri dengan berbagai-bagai cara dengan berbaik sangka dengan Allah membuat saya kagum. Sbb saya pernah sakit dan saya tahu ianya amat sukar. Kadang2 kita akan mula mempersoalkan kenapa Allah pilih kita. Nak pergi bercuti pun dah xde mood. Nak call dia pun dia tak angkat. Rasanya dia perlu masa bersendirian dengan Allah untuk mendengar segala rintihan dia.
Ya Allah Kau berkuasa dlm menentukan sakit atau sihat seseorang itu. Malah ilmu dan kekuasaanMu tidak terjangkau oleh pengetahuan manusia sekalipun. Aku hamba yang lemah dan hina ini mohon agar jauhkan segala malapetaka menimpa kepada sahabatku ini. Kerana dia yang menunjukkan jalan untuk mengapai redhaMu. Kerana dia yang mengajar aku untuk mencintaiMu lebih dari segala-galanya. Apa yang aku inginkan Ya Allah ketika ini hanya kesihatan dirinya. Agar dia mampu terus laju bergerak dalam dakwah. Agar dia mampu mengunakan seluruh tubuh badannya demi dakwah. Andai sahabatku terleka Kau ampunkanlah. Kau mengetahui betapa keluarganya bergantung harap pada dirinya. Aku pinta padaMu Ya Allah agar mengasihani mereka ini yang mungkin pelajarannya akan terganggu ashab dari kesakitan dia. Wahai Maha Memperkenankan doa pandanglah doa kami insan yang tidak mempunyai apa2 untuk diberi melainkan sekeping hati yang meyakini bahawa Kau akan memperkenankan doa kami.
Hope everthing will be okay. Mohon pembaca blog mendoakan sahabat saya.

No comments:
Post a Comment