Thursday, April 28, 2016

Ujian yang menginsafkan

Hari ini saya menerima berita kematian seorang bayi adik sepupu. Kondisi bayi memang sakit tenat dari awal lagi. Bayi lahir belum cukup bulan. Usus infection. Muntah darah dan membuang najis dalam keadaan darah.Ibu bapa bayi memang nampak cuba positifkan diri dan sentiasa memohon rakan-rakan dan keluarga terdekat untuk berdoa. Akhirnya mereka menerima redha melepaskan bayi tersebut pergi dalam usia 14 hari jam 4.37 pagi. Hati saya sebak. Apa dosa bayi tersebut.  Bayi tersebut memang nyata ke syurga. Kita belum tentu lagi. Kadangkala ujian Allah kepada kita berbeza-beza dan mengikut kemampuan masing-masing. Ujian kadangkala mengingatkan kepada kita untuk kembali sujud pada pencipta Allah yang satu. Untuk mengingatkan kita bahawa tiada kekuasaan yang paling tinggi melainkan Allah. Kita yang dihidupkan pasti akan dimatikan. Cuma asab kematian bagaimana kita belum ketahui. Kematian bayi tersebut mengingatkan saya kepada surah Al-Kahfi kepada satu-satu surah kita wajib baca 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir untuk mengelakkan fitnah dajjal. Dalam surah tersebut ada 4 cerita. Cerita pemuda Al-Kahfi yang tertidur dalam gua, cerita dua pemuda dengan kebun anggur,cerita Nabi Musa dan Nabi Khindir dan cerita Zulkarnain dengan Yakjuk dan Makjuk. Cerita Nabi Musa dan Nabi Khindir cukup membuatkan saya refleksi diri sendiri.

" Maka berjalanlah keduamya hingga ketika keduanya berjumpa dengan seorang anak muda, maka dia membunuhnya. Dia (Musa) berkata "Mengapa engkau bunuh jiwa yang bersih,bukan kerana dia membunuh orang lain? Sesungguhnya engkau telah melakukan sesuatu yang sangat mungkar" Ayat 14

Lantas Nabi Khindir menjawab " Dan adapun anak muda (kafir) itu, kedua orang tuanya mukmin dan kami khawatir kalau dia akan memaksa kedua orang tuanya kepada kesesatan dan kekafiran" Ayat 80.

Kadangkala ujian Allah mengikut luar akal kemampuan kita. Pasti ada hikmah yang tersembunyi mengapa Allah mengambil bayi tersebut dalam keadaan yang sebegitu muda. Mungkin sahaja Allah mahu mengantikan bayi yang lebih baik. Mungkin sahaja sebagai kifarah dosa ibu bapa bayi tersebut. Banyak rahsia yang tersingkap dan tersembunyi. Hanya Allah mengetahui hikmah tersembunyi disebalik kematian tersebut. Saya sendiri belum tentu kuat untuk menerima ujian sedemikian.

Kematian bayi tersebut cukup menginsafkan. Allah berkuasa untuk mengambil kita dalam bila-bila masa. Kita kena ingat kita adalah hamba dan Allah berhak mengambil pinjaman yang diberikan kepada kita bila-bila masa sahaja. Kita mungkin lupa kita adalah hamba lalu Allah timpakan ujian untuk kita berbalik kepadanya. Mungkin sahaja ujian asbab darjat kita dinaikkan disisi Allah. Allah tahu kita cukup kuat dalam menghadapi ujian ini lalu Allah berikan ujian.Kadangkala lebih baik Allah berikan ujian daripada Allah berikan kenikmatan membuat kita lupa kepada Allah s.w.t.

Moga Allah menjadikan kematian bayi ini sebagai pedoman untuk saya dan keluarga saya supaya selalu mengingati bahawa Allah berkuasa melakukan sesuatu di luar jangkaan kita dan melindungi keluarga saya di hari- hari mendatang.

Wednesday, March 2, 2016

Belajar dari Pakcik Surat Khabar

 Teringat satu kata-kata belajar daripada masa lepas supaya ianya menjadi pendoman kepada kita di masa hadapan. Learn from past,live in present and hope for the future. Lalu saya teringat suratkhabar. Eh akak ni kenapa suratkhabar dikaitkan dengan past,present dan future.Sapa pandai akak bagi hadiah? Didalam suratkhabar ada cerita lepas yg suka dan duka, present ada rancangan tv terkini dan future rumah-rumah yang besar untuk dibeli. Belajar daripada masa lampau. Sekiranya anda ada melakukan kesilapan belajar untuk tidak membuat kesilapan yang sama.Jika ada perkara yang suka belajar mengunakan pengalaman sebagai kekuatan. Belajar redha dan lupakan perkara yang lampau yang menyakitkan kerana diri anda juga yang sakit nanti.Jadikan pengalaman lepas untuk anda perbetulkan keadaan. Belajar untuk hidup dalam masa kini. Kerana masa kini adalah pilihan anda. Jika anda memilih terlalu berhibur sehingga tidak merancang masa hadapan anda, anda juga yang rugi.Dan perancangan masa hadapan tersebut hendaklah meletakan Allah sebagai matlamat anda.

" Berusahalah meraih apa-apa yang bermanfaat bagimu, mintalah pertolongan kepada Allah dan jangan bersikap lemah.
Jika musibah menimpamu, janganlah katakan : Seandainya aku melakukan ini dan ini tentu hasilnya akan begini dan begini. Akan tetapi katakanlah : " Ini adalah takdir Allah, apa yang di kehendaki- Nya pasti terjadi." Sebab berandai - andai itu dapat membuka pintu kejahatan setan."  ( Hadits riwayat Muslim (6945) dari Abu Hurairah )

Sebenarnya perkara yang paling penting adalah live in present. Kerana hidup adalah pilihan.Jika salah pilihan dan tidak berlandaskan akhirat anda juga rugi.Berlandaskan akhirat itu apa akak?   Berlandaskan akhirat adalah membuat sesuatu bertunjangkan Allah. Belajar letakkan matlamat yang tinggi dalam hidup anda.Hatta 10 sahabat yang dijanjikan syurga adalah hartawan dan dermawan. Mereka dijanjikan syurga tetapi adakah mereka tidak beramal dan melengahkan diri untuk beramal.Tidak sebaliknya mereka saling berlumba dalam membuat kebajikan. Bak kata Pak Najib dalam belanjawan FasatibulKhoirot. Hatta Umar r,a, cemburu dengan Abu Bakar kerana masuk Islam terlebih dahulu.

" Dan setiap umat mempunyai kiblat yang dia menghadap kepadanya. Maka berlumba-lumbalah kamu dalam kebaikan.Dimana saja kamu berada,pasti Allah akan mengumpulkan kamu semuanya.Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu" - (Surah Al-Baqarah :Ayat 148)

Kalau tidak capai impian kita nak buat apa kak? Berkurung seharian menangisi takdir? Tidak sekali sama sekali tidak. Kita kena belajar daripada masa kesilapan lampau tentang apa yang perlu diperbaiki. Untuk perbaiki apa yang tidak betul perlu kepada ilmu sebenarnya. Menuntut ilmu dalam Islam adalah satu jihad sebenarnya. Pernah sekali akak tertampar dengan ceramah Tariq Ramadhan yang mengatakan kita perlu ada displin dan berprinsip dalam hidup. Displinkan diri anda dengan membaca dan menuntut ilmu. It is no point when you come here and go back still watching t.v. and playing video game too much. Fuh terasa merah pipi kena tampar berkali-kali.Siapa itu Tariq Ramadhan pergi buat homework google search sendiri. Senyum tanda aman.
 Abu Darda berkata " Jika saya belajar sesuatu masalah maka perkara itu lebih saya sukai daripada bangun solat malam". Mentelaahnya ilmu sama dengan bangun solat malam. Namun awas ilmu yang dituntut juga hendaklah bertunjangkan Allah juga baru ada keberkahan dalam ilmu yang dituntut.Malah surah pertama yang turun kepada Baginda s.a.w. Surah Al-Alaq

 " Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan" - (Surah Al-Alaq : Ayat 1)

Disini menunjukkan bahawa ilmu amat penting. Dengan seni hidup menjadi indah,dengan ilmu hidup menjadi mudah dan dengan agama hidup menjadi terarah.-Hamka-Jelas hiburan tidak salah cuma tidak boleh berlebihan dan bercanggah dengan syariat.. Akak suka dengan kata-kata Hamka.Kalau hidup sekedar hidup, Babi di hutan juga HIDUP, Kalau bekerja sekedar bekerja, kera juga bekerja.(BUYA HAMKA). Kata-kata Hamka ini agak pedas tetapi ada kebenaran. Manusia dipilih untuk menjadi khalifah untuk mentadbir bumi. Akal manusia ini amat hebat sebenarnya sekiranya digunakan sepenuhnya.Malah yang membezakan kita dengan makhluk yang lain adalah akal. Kita boleh tentukan apa yang baik dan buruk melalui akal fikiran kita.

 Setiap malam kita perlu muhasabah diri kita apa yang kita hendak capai dalam hidup kita. Tetapkan matlamat kita apa yang kita kehendaki dan sekiranya tidak tercapai recheck balik dimana tidak kena.Bercita-citalah tinggi sehingga sampai ke awan dan jadikan cita-cita tersebut sebagai hamparan ke syurga.Jangan pernah berputus asa jika cita-cita anda tidak kesampaian. Selalu orang yang betul-betul berjaya gagal berkali-kali dalam hidup. KFC pernah direject berkali-kali, Thomas Edison gagal sebanyak seratus kali baru tercapai cita-citanya dan Walt Disney pernah banyak kali gagal dalam menyampaikan ideanya.Sucess is not a destination it is a journey. Jadi apa cita-cita akak? Opss rahsia. Cuma akak minta korang doakan cita-cita akak tercapai supaya akak dapat jadikan cita-cita akak hamparan hingga ke syurga. Senyum tanda aman.


Sunday, December 13, 2015

Cinta Lela dan Manjun

Ehem2. Knock2. Assalamualaikum. Saudara saudari, ukthi,adik2 yg akak cintai. Hari ini ana menghadiri satu majlis perkahwinan yang amat serdahana. Memang best. Terutamanya apabila menemani ibu dan makcik2 jiran sebelah. Nak tak nak nak boleh dibuat calon menantu. Senyum kenyit mata. Ok2 out of topic. Sebenarnya kenduri perkahwinan apabila dijemput wajib dihadiri. Cuma sekiranya apabila tidak berkesempatan eloklah menghubungi pihak terbabit. Cinta dan perkahwinan memang  tidak  boleh dapat dipisahkan. Ibarat nada irama dan lagu. Sebelum ana meneruskan penulisan ini lebih lanjut ana ingin bertanya apa tujuan perkahwinan? Jeng2. Sapa dapat jawab boleh makan coklat cadbury . Asas pertama perkahwinan adalah untuk membina ummah. Dan untuk mengelakkkan fitnah. Perkahwinan adalah satu sunnah. Siapa yang tidak suka sunnahku bukanlah dari kalanganku. Jadi apa yang perlu anda lakukan. Berpuasalah. Imam Nawawi  sendiri  meninggal tanpa berkahwin. Siapa tahu dalam hatinya berkeinginan untuk berkahwin. Angkat bahu tanda tak tahu. Ok2 berbalik kepada  topik perkahwinan. Buat adik2 yang belum lagi berkahwin adik2  hendaklah  membina diri untuk mendapat perkahwinan perjalanan yang sweet2 belaka. Tapi jangan inginkan jalan cerita perkahwinan yang indah2 sahaja kerana dalam hidup ini memang perlukan ujian untuk membina kematangan diri. Akak ini cakap macam akak ni pernah  melalui perkahwinan. Memang belum. Cuma akak banyak berkawan dengan orang sudah berumah tangga. Dan apabila berkahwin hendaklah meletakkan Allah sebagai  asas perkahwinan ukthi2 semua. Jika dilihat kadar kelahiran rakyat Palestin memang agak banyak. Kenapa? Jawapannya agak mudah kerana mereka ingin membina para pejuang agama yang sanggup mempertahankan agama Islam. Jika dilihat situasi umat Islam sekarang amat menyedihkan. Maruah kita dijijak2 oleh musuh agama. Lihat anak-anak muda di Malaysia sudah cukup. Hiburan berlebihan dihidangkan kepada mereka. Dah tu akak siapa yang hendak kita salahkan. Salahkan Pak Najib kita kerana tidak menyediakan peruntukkan sepatutnya  untuk membina anak2 bangsa. Sebenarnya kita patut menyalahkan diri kita sendiri.Kita tidak membina anak2 yang cintakan ilmu dan agama. Apabila kita hendak berkahwin kita tidak solat isthikarah memohon petunjuk Ilahi. Untuk mendapat dan melahirkan anak yang soleh dan soleha. Kita tidak menunjuk contoh yang baik. Sudah pasti jalan liku untuk membina anak2 ini amat panjang dan tidak boleh terburu2. Seperti mana juga untuk menyeru kebaikan untuk kepada rakan-rakan baik diri anta sendiri. Dan amalan yang sentiasa istiqamah dan doa yang berterusan. Kalau akak nak adik-adik sentiasa berdoa untuk akak untuk mempunyai kekuatan untuk sentiasa beramal ibadat bolehkan. Ok akhir kalam dari akak sentiasalah letak Allah diatas segala  usaha perbuatan kita. Dah tu akak bila nak kahwin. Melamar la kalau berani. Senyum kenyit mata. Jap2 akak dah tu apa kena tajuk cinta Lela dan Majnun. Lela terlalu mengagungkan cinta dunia hingga terbunuh. Ingat sentiasa doakan Allah memberikan ketetapan hati kepada kita agar mengagungkan dan mendambakan cinta Allah. Peace2 no war.

Thursday, March 28, 2013

Puak ni Ekstreme

Puak-puak ni Ekstreme sungguh. Dok kalut dengan usrah la berbagai la Duduk rumah baca Al-Quran, solat dan puasa sunat ok apa. Masuk syurga jugak apa. Dah tu tgk depa ni bukannya alim dan berilmu sangat pun. Dengan dok mengumpat tak tentu hala. Kerja buat separuh jalan tak berkualiti.Nak masuk syurga apa macam tu.Senyum geleng kepala. Anda ingat mereka itu malaikat ka? Saya sejujurnya tidak terkejut bila suatu masa nanti golongan ini sebenarnya adalah golongan yang akan neraka Allah sekiranya amalan mereka diselubungi riak atau perasaan berbangga-bangga ditambah pula jika mereka tidak mengamalkan apa mereka katakan. Malah saya sendiri tidak tahu dimana pengakhiran saya. Ok agak menakutkan disitu. Sebab Allah telah memberi peringatan dalam surah Al-Kahfi dalam 103-104

Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya? (Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan". Surah Al-Kahfi ayat 103-104

Hebatkan Allah dalam mengenali manusia. Malah Dia memberi peringatan awal-awal lagi bahawa ada golongan yang rugi.Hah dah tu buat apa sibuk  pergi usrah dan berdakwah berbagai ni. Duduk rumah dan buat amalan soleh ja dah cukup.Lagi sekali senyum geleng kepala.

Point number 1 Anda ini mementingkan diri tahu. Anda nak masuk syurga sorang2 saja ka? Tak peduli orang lain disekeliling anda. Tak kesian pada orang lainkah? Dah tu kalau orang tu ckp bahawa anda tidak pernah ajak dia ke jalan Allah di masyhar kelak anda ada jawapan ka?

Point number 2 Untuk kekal istiqamah dalam membuat kebaikan sebenarnya anda perlu kelilingkan diri anda dengan orang yang berlumba-lumba membuat kebaikan juga. Jika tidak syaitan akan dengan semudah-mudahnya baham anda. Syaitan ni sangat la bijak dalam menipu daya. Saya cakap berdasarkan pengalaman saya sendiri sebenarnya.

Point number 3 Sejujurnya saya nak tanya anda sekiranya anda nak masuk syurga kelak dan melalui Titian Siratul Mustaqim itu anda nak masuk sepantas kilat ka atau nak masuk merangkak-rangkak?Dahla masuk merangkak-rangkak tiba2 tergelincir pulak ke neraka Allah. Sila berlaku jujur dengan diri sendiri.Syurga ada berbagai-bagai tingkat. Oleh itu wajib bagi kita bercita-cita syurga yang tertinggi and of coz la berusaha ke arahnya. Kalau angan-angan mat Jenin tu tak guna la jugak. Di syurga nanti ada ahli syurga di tingkat yang lain berharap mereka dapat beramal seperti ahli syurga tingkat itu. Jangan jadi orang menyesal. Sungguh jangan.

Point number 4 Untuk menegakkan martabat Islam tercinta sesungguhnya kita perlu membina manusia yang sanggup berkorban di jalan yang sungguh-sungguh panjang ini. Dan membina manusia sebegitu sesungguhnya
memerlukan pengorbanan yang sungguh luarbiasa. Baik dari segi masa, tenaga dan wang ringgit. Dan untuk membina manusia seperti itu adalah hampir mustahil sekiranya kita membinanya seorang diri tanpa melalui sebarang tarbiyah atau sistem yang dibina oleh jamaah.

Malah Allah telah bersumpah dalam Surah Al-'Asr bahawa orang yang tidak berdakwah itu adalah orang yang rugi. Ini sumpah Allah. Tuhan Yang Menguasai Hari Pembalasan yang boleh membawa sesiapa sahaja ke neraka atau syurga dengan keizinanNya.

Demi Masa!Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.( Surah Al-'Asr ayat 1-3)

Lalu saya nak tanya kalau sumpah Allah itu kita tak hiraukan lalu atas tiket apa yang kita nak bawa untuk masuk syurga Allah. Cukup ka dengan amalan kita yang sedikit dan tak berapa khusyuk tu?

“Wahai manusia, sesungguhnya aku tengah menasihati kalian, dan bukan
berarti aku orang yang terbaik di antara kalian, bukan pula orang yang
paling shalih di antara kalian.
Sungguh, akupun telah banyak melampaui
batas terhadap diriku. Aku tidak sanggup mengekangnya dengan sempurna, tidak pula membawanya sesuai dengan kewajiban dalam menaati Rabb-nya.
Andaikata seorang muslim tidak memberi nasihat kepada saudaranya kecuali setelah dirinya menjadi orang yang sempurna, niscaya tidak akan ada para pemberi nasihat. Akan menjadi sedikit jumlah orang yang mau memberi peringatan dan tidak akan ada orang-orang yang berdakwah di jalan Allah ‘Azza wa Jalla, tidak ada yang mengajak untuk taat kepada-Nya, tidak pula melarang dari memaksiati-Nya. Namun dengan berkumpulnya ulama dan kaum mukminin, sebagian memperingatkan kepada sebagian yang lain, niscaya hati-hati orang-orang yang bertakwa akan hidup dan mendapat peringatan dari kelalaian serta aman dari lupa dan kekhilafan. Maka terus meneruslah berada pada majelis-majelis dzikir (majelis ilmu), semoga Allah ‘Azza wa Jalla mengampuni kalian. Bisa jadi ada satu kata yang terdengar dan kata itu merendahkan diri kita namun sangat bermanfaat bagi kita. Bertaqwalah kalian semua kepada Allah ‘Azza wa Jalla dengan sebenar-benarnya taqwa dan janganlah kalian mati kecuali dalam keadaan muslim.”
Al-Imam Hasan Al-Bashri 


Jika dakwah bermula dengan orang super perfect maka sayalah orang yang paling tak layak. Jika dakwah bermula dengan orang berilmu maka sayalah orang paling tak layak.

Akan tetapi dakwah akan menghasilkan manusia yang luar biasa akhlaknya dan bertambah ilmunya dari masa ke semasa sekiranya mereka betul-betul ingin memperjuangkan agama Allah. Sebab itu Allah suruh kita berdakwah. Untuk diri kita sendiri sebenarnya. Hakikatnya Allah tak perlukan kita untuk berdakwah sebab Dia boleh campakkan hidayah kepada sesiapa sahaja Dia suka. Tetapi dia nak uji keimanan serta ketekunan kita dalam memperjuangkan agamaNya.

Jika anda rasa tidak layak sedarlah bahawa pada ketika itu syaitan sedang membisikkan kata-kata negatif kepada anda. Lawanlah ketakutan diri dan terjunlah ke gerabak ini. Sungguh anda tidak akan menyesal.

Tunggu apa lagi cepatlah terjun...Saya nak sambut anda ni..... :D

Harap2 orang saya sayangi baca post ini. Demi Allah saya sayang kalian.Malah saya tahu kalian mengikuti blog ini dari mula.

Sunday, March 17, 2013

Perginya seorang pejuang

Semalam Allah mengajar aku betapa mulianya ikatan di atas dasar iman dan perjuangan. Aku terkesan dengan pemergian beliau walaupun langsung tidak mengenali beliau. Malah aku yakin ramainya terkesan dengan pemergian beliau. Sebak. Memang sebak.Semalam Allah mengajar aku bahawa wujudnya ikatan ukhuwwah persis zaman Rasulullah s.a.w. dan ianya bukan dongeng semata-mata.Kerana aku melihat betapa ramai yang menangisi pemergian beliau.Betapa ramai sahabat disisi beliau dan menjaga beliau di hospital.  Cuma untuk mendapatkan hubungan seperti itu kita kena lebih banyak memberi dari banyak meminta.Semalam Allah mengajar aku betapa aku jauh ketinggalan jika aku diambil dan mengadapNya.Betapa aku telah mensia-siakan masa dan peluang diberi ketika dakwah sedang mekar di negeri kelahiran aku itu. Hanya empat tahun mendapat tarbiyah beliau telah menunjukkan amal yang luar biasa. Hanya empat tahun mendapat tarbiyah beliau telah menyentuh banyak hati yang pasti merasai pemergiannya. Sungguh amal dia bukan tandingiku Yang bagai langit dengan bumi..Bukan aku  tidak pernah diberi peluang. Pernah tetapi aku menolak mentah2 atas ketidakbersediaan aku mengalas tugas yang berat dan ketidakbersediaaan aku menghakis sifat-sifat jahilliliah dalam diri. Aku mementingkan diri sendiri dan tidak mempedulikan insan-insan dahagakan cahaya dan kasih sayang Allah. Dan kini Allah mengajar aku dengan cara yang kasar apabila aku terkial-kial seorang diri mencari tapak untuk membina kekuatan kembali apabila ditakdirkan berpindah tempat yang lain. Bukan tidak pernah cuba menghantar sms kepada pihak berkenaan tetapi Allah belum izinkan. Apabila mereka terlupa disebabkan beban tugas yang terlalu banyak. Dan kini aku mengerti bagaimana perasaan mereka itu. Zalimnya aku kepada mereka. Moga Allah mengampuni kesalahan aku yang lalu yang mementingkan diri semata-mata.Dan kesibukkan mereka ini merupakan satu petanda betapa kita perlukan barisan pelapis yang benar-benar sanggup mengorbankan jiwa raga dalam jalan ini. Dan kesibukan mereka ini menunjukkan betapa ramai pengerak malas untuk bergerak dalam menyentuh hati-hati manusia. Dan Allah memberi teguran dengan cara mengambil seorang yang begitu komited dan ikhlas di jalan ini. Sungguh akhi aku mencemburui mu. Kerana pengakhiran aku belum tentu sepertimu. Martabat engkau diangkat oleh Allah. Walaupun ketika hidupmu tidak dikenali sesiapa. Mungkin kerana keikhlasan amalmu membuat kau diangkat sedemikian rupa. Wahai agen penggerak ketahuilah bahawa Allah mengizinkan dirimu berada dalam gerabak ini bukan hanya untuk bersuka-suka atau berbangga-bangga melainkan berbakti  dan menyebarkan risalah yang agung dengan sepenuh hati. Menyentuh hati-hati manusia yang mungkin lebih hebat lagi bergerak daripadamu. Dan sekiranya engkau gagal melakukan demikian tidak mustahil Allah gantikan dengan insan yang lain. Kerana dakwah dan tarbiyah tidak memerlukanmu sebaliknya engkau yang memerlukannya dalam membentuk jiwa seorang hamba.Membaca message terakhir beliau kepada murabbi beliau bahawa beliau akan berjanji all out untuk dakwah dan tarbiyah seakan-akan sebagai tamparan dan peringatan kepada kita semua bahawa kita masih bermalas-malasan dalam gerabak ini. Saya terkesan membaca blog sahabat beliau yang juga penulis blog terkenal apabila dengan berat hati meninggalkan beliau di hospital demi memenuhi tuntutan dakwah. Sungguh itu pengorbanan luar biasa. Tetapi itulah dakwah mementingkan keperluan insan lain daripada diri kita sendiri. Tergamam apabila membaca sepotong hadis dipaparkan oleh seorang Ustaz yang saya kagumi dimuka bukunya

Daripada Anas bin Malik ra katanya, suatu hari ada jenazah yang diusung di hadapan Rasulullah saw, jenazah tersebut dipuji dengan kebaikan, maka Rasulullah saw pun bersabda; "Telah wajib baginya, telah wajib baginya, telah wajib baginya." Kemudian dilewati pula jenazah yang lain dihadapan Rasulullah saw, namun jenazah tersebut dicaci dengan keburukkan, maka Rasulullah saw pun bersabda; "Telah wajib baginya, telah wajib baginya, telah wajib baginya."

Maka Umar ra pun bertanya; "Ibu dan ayahku menjadi tebusan bagimu, telah lalu iringan jenazah lalu ia dipuji dengan kebaikan kemudian Anda berkata; "Telah wajib baginya, telah wajib baginya, telah wajib baginya." Kemudian lalu pula jenazah yang lain, dan jenazah tersebut dicaci dengan keburukkan, lalu Anda pun berkata; "Telah wajib baginya, telah wajib baginya, telah wajib baginya."

Maka Rasulullah saw pun bersabda; "Siapa yang telah kalian puji dengan kebaikan, maka telah wajib baginya Syurga. Dan siapa yang kalian cela dengan keburukkan, maka telah wajib pula baginya neraka. Antum syuhada' Allah (para saksi Allah) di muka bumi. Antum syuhada' Allah (para saksi Allah) di muka bumi. Sahih Muslim : 2197

Kami menjadi saksi Allah di muka bumi ini bahawa telah wajib ke atas mu syurga wahai Nur IMan ShaFiq Abd RahMan. -Syazalie Hirman-


Bagai satu tamparan kerana saya belum pasti mendapat even satu kesaksian sedemikian rupa. Tetapi beliau mendapat kesaksian daripada pelbagai peringkat umur. Pada ketika itu tahulah saya bahawa dia insan yang luar biasa. 

Rugilah kalian yang masih teragak-agak menyertai gerabak ini. Kerana kemanisannya tidak dapat digambar oleh sebarang perkataan pun. Kerana ia membentuk akhlak dan jati diri yang teguh. Ia membentuk peribadi yang memahami hakikat ketuhanan sekiranya mereka benar-benar ikhlas berjuang demi redha Allah. Saya tidak sehebat beliau tetapi saya bersyukur masih diberi peluang menghirup udara memperbaiki diri agar Allah dapat mengangkat saya sedemikian rupa di masyhar kelak.Muhammad Nur Iman Shafiq dikau membuat kami percaya bahawa dakwah sangat berbaloi untuk disertai meskipun dengan pelbagai ujian dan rintangan yang dihadapi. Engkau mengajar aku bahawa tidak ada indahnya berkasih sayang selain berkasih sayang dalam memburu cinta Allah yang esa.

Ya Allah saksikanlah bahawa Iman Shafiq telah berjaya menyentuh hatiku untuk terus menerus berbakti demi agamamu dan Kau kurniakanlah untuk dia syurga.
 

Saturday, March 9, 2013

Should I go or not?

Entahla. Rasa keliru samada diri ini patut menghadiri interview MPPP sebagai juruadit. Mungkin kerana diri ini selesa dengan Insaniah.Keduanya mungkin melihat kepada karakter aku yang agak lembut  mungkin akan memberi cabaran kepada aku untuk menjadi juruadit dalaman. But decision have to made. Insaniah Holding memang tidak stabil. Kalau BN menang di Kedah alamat bungkusla jawabnya. Aku sayang pada Insaniah sebenarnya. Maybe kerana close bond yang dimiliki diantara pekerja-pekerjanya. Tetapi dari sistem dan polisi memang banyak perlu diperbaiki. Ya Allah tunjukkan jalan kerana diri ini keliru. Pulau Pinang memang didalam hati. Tempat yang mana aktiviti dakwah tidak pernah lekang. Entah kenapa aku tidak merasa aura sedemikian rupa di Alor Setar atau Sungai Petani.Mugkin kerana terdapat ramai pengerak yang aku kenali disana dari pelbagai peringkat umur dan di negeri lain aku  agak kurang kenali mereka.Gaji? Semestinya MPPP memberi pulangan yang lumayan dengan skim pencen yg ditawarkan. Tetapi rezeki Allah bukan hanya dinilai dari sudut kewangan tetapi juga dari sudut ketenangan. Sukarnya untuk membuat keputusan. Wahai Tuhan Maha Mengetahui Kau mengetahui apa yang terbaik untuk diri ini maka Kau mudahkanlah sekiranya berada disana lebih baik untuk diriku dan agamaku.Mudahkanlah urusan interview tersebut sekiranya disana dapat meningkatkan ilmu pengetahuanku yang secara tidak langsung dapat menyumbang kepada agamaMu. Tetapi sekiranya ia buruk kepadaku agamaku aku mohon Kau jauhkanlah. Dan lindungi aku daripada bersedih hati dan berputus asa daripada rahmatMu.

Sesi buat luahan kat blog sebab tak tau nak cerita pada sapa....Mohon kalian mendoakan terbaik untuk saya. Thanks for reading. : D..............

Monday, February 18, 2013

Jaulah ke Bandung


Sebenarnya minggu lepas saya sempat berjaulah ke Indonesia ( Bandung)  bersama keluarga. Hmmm memang best. Tetapi saya tidak berminat untuk berkongsikan perjalanan saya di Bandung disini. Apa yang saya ingin kongsikan disini adalah kebesaran jiwa penduduk Indonesia yang saya nampak kurang pada rakyat Malaysia.

Pada mereka yang  berada pernah ke Indonesia anda pasti mengalami situasi anda dikerumuni dan diekori oleh mereka yang begitu gigih menjual barangan mereka kan? Bagaimana perasaan anda ketika itu? Rasa rimas kan diekori dan ditambah pula terpaksa mendengar pelbagai fakta mengenai produk mereka? Saya sejujurnya begitu kagum dengan mereka ini. Kerana mereka tidak pernah mengenal erti putus asa dalam menjual produk mereka walaupun risiko untuk dimaki amat tinggi sekali. Malahan mereka tetap juga bercoleteh sehingga kita masuk ke pintu kereta dan tidak berputus asa. Bayangkan anda diposisi mereka? Bolehkah anda melakukan sedemikian rupa? Dahla muka pembeli masam dan bengis macam singa…Rasa tak payahla kot. Baik duduk diam-diam sahaja. Melihat keadaan seperti itu maka saya tidak hairan mengapa  pengerak  dakwah di Indonesia lebih laju bergerak berbanding dengan kita di Malaysia. Malah melalui pengalaman saya sendiri, saya disentuh oleh akhwat Indonesia pada peringkat permulaan. Ah rindunya saya pada dia. Kegigihan dia menghadiri kelas-kelas  meskipun tiada kenderaan amat saya kagumi. Mungkin sebab itu Allah aturkan saya bertemu dengan dia. Bagi saling lengkap melengkapi.
Jangan terkejut kami sendiri mengubah keputusan kami disaat-saat akhir untuk membeli apabila diasak berkali-kali.  Kita mudah menyerah apabila orang yang kita cuba tarik menolak ajakan kita tanpa munasabah kenapa mereka menolak ajakan kita. Mungkin sahaja cara kita salah. Mungkin sahaja kita secara tidak sengaja menguris perasaan mereka dan mengajak mereka secara kasar sedangkan Islam menyuruh kita berlembut dengan mad’u kita.

"Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut".- Surah Taha ayat 44

Mungkin sahaja mereka sendiri melihat akhlak kita yang tidak mengambarkan apa kita katakan. Apa pun sebabnya hakikatnya Allah belum mahu mengetuk pintu hati mereka. Jadi sekiranya anda benar-benar menyayangi mereka ini jangan pernah berputus asa. Paling tidak anda boleh angkat tangan dan berdoa kepada pemilik hidayah untuk memberi  hidayah pada mereka. Seperti mana dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. mendoakan Saidana Umar agar beliau masuk Islam.  Jangan sekali-kali  menindakkan The Power of Doa kerana Allah pernah bersumpah bahawa Dia akan mengabulkan doa hambaNya.

Kemudian ketika mahu pulang daripada Pasar Baru ditakdirkan seorang wanita muda bersama anaknya meminta sedekah daripada saya. Sejujurnya saya pada ketika itu agak stress apabila ramai orang menyerbu kami untuk menjual barangan mereka. Ingin sahaja saya tidak mengendahkannya tetapi saya tidak dapat lakukan apabila dia menyebut bahawa Allah suka pada orang  memberi makan pada orang miskin. Saya terus matikan hasrat saya dan mencari  wang kecil untuk diberikan kepada dia. Terkejut saya sebaik sahaja memberi wang tersebut ( wang tidak seberapa pun nilainya) dia begitu gembira dan mendoakan saya dengan begitu jujur. Rasa nak menangis. Sebab wang tu hanya bernilai 1000 rupiah yang bersamaan RM0.33 tetapi doanya masyaallah panjang berjela-jela. Saya terus senyum kepadanya dan mengatakan untuk kamu juga. Kita kadang-kadang memandang enteng dengan golongan sebegini sehingga kita lupa bahawa doa mereka mungkin amat mustajab dan diangkat oleh Allah. Kita juga lupa bahawa sebahagian harta  kita sebenarnya ada hak mereka. Pada kita mereka ini malas dan tidak mahu berusaha sedangkan kita sendiri tidak tahu apa yang mereka lalui dalam kehidupan mereka. Malah mungkin sahaja  mereke mulia disisi Allah berbanding dengan kita insan yang selalu lupa dan alpa. Contohnya Uwais Al-Qarni yang doanya amat makbul dan diangkat oleh Allah. Malahan Rasulullah sendiri mengatakan beliau penghuni langit tetapi hidupnya hanya serdehana dan tidak dikenali oleh sesiapa. Mungkin ada yang mempersoalkan kenapa Uwais Al-Qarni tidak meminta untuk menjadi kaya-raya sahaja  sekira mengetahui doanya amat mustajab. Jawapannya kerana dia menyedari bahawa hakikat dunia itu sementara sahaja.Malahan beliau keberatan untuk mendoakan agar Allah menyembuhkan peyakit sopaknya sekira tidak dipaksa oleh ibunya sendiri.Kadang-kadang kita terlalu berlumba-lumba untuk berdoa untuk dunia sehingga lupa untuk berdoa untuk akhirat. Kita lupa untuk meminta syurga Allah seolah-olah yakin kita akan masuk syurga tanpa rahmatNya. Kita lupa untuk meminta keampunan daripada Allah seolah-olah kita ni hamba Allah yang maksum sedangkan Nabi yang maksum itu beristighfar 70 kali sehari.

Terima kasih rakyat Indonesia. Kerana anda mendidik jiwa saya agar tidak berputus asa dan bersyukur dengan nikmat Allah. Anda mendidik saya dengan kebesaran jiwa anda yang mampu bersyukur dengan pemberian yang sedikit cumanya.Moga kita ketemu lagi wahai rakyat Indonesia.