Entahla. Rasa keliru samada diri ini patut menghadiri interview MPPP sebagai juruadit. Mungkin kerana diri ini selesa dengan Insaniah.Keduanya mungkin melihat kepada karakter aku yang agak lembut mungkin akan memberi cabaran kepada aku untuk menjadi juruadit dalaman. But decision have to made. Insaniah Holding memang tidak stabil. Kalau BN menang di Kedah alamat bungkusla jawabnya. Aku sayang pada Insaniah sebenarnya. Maybe kerana close bond yang dimiliki diantara pekerja-pekerjanya. Tetapi dari sistem dan polisi memang banyak perlu diperbaiki. Ya Allah tunjukkan jalan kerana diri ini keliru. Pulau Pinang memang didalam hati. Tempat yang mana aktiviti dakwah tidak pernah lekang. Entah kenapa aku tidak merasa aura sedemikian rupa di Alor Setar atau Sungai Petani.Mugkin kerana terdapat ramai pengerak yang aku kenali disana dari pelbagai peringkat umur dan di negeri lain aku agak kurang kenali mereka.Gaji? Semestinya MPPP memberi pulangan yang lumayan dengan skim pencen yg ditawarkan. Tetapi rezeki Allah bukan hanya dinilai dari sudut kewangan tetapi juga dari sudut ketenangan. Sukarnya untuk membuat keputusan. Wahai Tuhan Maha Mengetahui Kau mengetahui apa yang terbaik untuk diri ini maka Kau mudahkanlah sekiranya berada disana lebih baik untuk diriku dan agamaku.Mudahkanlah urusan interview tersebut sekiranya disana dapat meningkatkan ilmu pengetahuanku yang secara tidak langsung dapat menyumbang kepada agamaMu. Tetapi sekiranya ia buruk kepadaku agamaku aku mohon Kau jauhkanlah. Dan lindungi aku daripada bersedih hati dan berputus asa daripada rahmatMu.
Sesi buat luahan kat blog sebab tak tau nak cerita pada sapa....Mohon kalian mendoakan terbaik untuk saya. Thanks for reading. : D..............
Sesi buat luahan kat blog sebab tak tau nak cerita pada sapa....Mohon kalian mendoakan terbaik untuk saya. Thanks for reading. : D..............
No comments:
Post a Comment