Sunday, March 17, 2013

Perginya seorang pejuang

Semalam Allah mengajar aku betapa mulianya ikatan di atas dasar iman dan perjuangan. Aku terkesan dengan pemergian beliau walaupun langsung tidak mengenali beliau. Malah aku yakin ramainya terkesan dengan pemergian beliau. Sebak. Memang sebak.Semalam Allah mengajar aku bahawa wujudnya ikatan ukhuwwah persis zaman Rasulullah s.a.w. dan ianya bukan dongeng semata-mata.Kerana aku melihat betapa ramai yang menangisi pemergian beliau.Betapa ramai sahabat disisi beliau dan menjaga beliau di hospital.  Cuma untuk mendapatkan hubungan seperti itu kita kena lebih banyak memberi dari banyak meminta.Semalam Allah mengajar aku betapa aku jauh ketinggalan jika aku diambil dan mengadapNya.Betapa aku telah mensia-siakan masa dan peluang diberi ketika dakwah sedang mekar di negeri kelahiran aku itu. Hanya empat tahun mendapat tarbiyah beliau telah menunjukkan amal yang luar biasa. Hanya empat tahun mendapat tarbiyah beliau telah menyentuh banyak hati yang pasti merasai pemergiannya. Sungguh amal dia bukan tandingiku Yang bagai langit dengan bumi..Bukan aku  tidak pernah diberi peluang. Pernah tetapi aku menolak mentah2 atas ketidakbersediaan aku mengalas tugas yang berat dan ketidakbersediaaan aku menghakis sifat-sifat jahilliliah dalam diri. Aku mementingkan diri sendiri dan tidak mempedulikan insan-insan dahagakan cahaya dan kasih sayang Allah. Dan kini Allah mengajar aku dengan cara yang kasar apabila aku terkial-kial seorang diri mencari tapak untuk membina kekuatan kembali apabila ditakdirkan berpindah tempat yang lain. Bukan tidak pernah cuba menghantar sms kepada pihak berkenaan tetapi Allah belum izinkan. Apabila mereka terlupa disebabkan beban tugas yang terlalu banyak. Dan kini aku mengerti bagaimana perasaan mereka itu. Zalimnya aku kepada mereka. Moga Allah mengampuni kesalahan aku yang lalu yang mementingkan diri semata-mata.Dan kesibukkan mereka ini merupakan satu petanda betapa kita perlukan barisan pelapis yang benar-benar sanggup mengorbankan jiwa raga dalam jalan ini. Dan kesibukan mereka ini menunjukkan betapa ramai pengerak malas untuk bergerak dalam menyentuh hati-hati manusia. Dan Allah memberi teguran dengan cara mengambil seorang yang begitu komited dan ikhlas di jalan ini. Sungguh akhi aku mencemburui mu. Kerana pengakhiran aku belum tentu sepertimu. Martabat engkau diangkat oleh Allah. Walaupun ketika hidupmu tidak dikenali sesiapa. Mungkin kerana keikhlasan amalmu membuat kau diangkat sedemikian rupa. Wahai agen penggerak ketahuilah bahawa Allah mengizinkan dirimu berada dalam gerabak ini bukan hanya untuk bersuka-suka atau berbangga-bangga melainkan berbakti  dan menyebarkan risalah yang agung dengan sepenuh hati. Menyentuh hati-hati manusia yang mungkin lebih hebat lagi bergerak daripadamu. Dan sekiranya engkau gagal melakukan demikian tidak mustahil Allah gantikan dengan insan yang lain. Kerana dakwah dan tarbiyah tidak memerlukanmu sebaliknya engkau yang memerlukannya dalam membentuk jiwa seorang hamba.Membaca message terakhir beliau kepada murabbi beliau bahawa beliau akan berjanji all out untuk dakwah dan tarbiyah seakan-akan sebagai tamparan dan peringatan kepada kita semua bahawa kita masih bermalas-malasan dalam gerabak ini. Saya terkesan membaca blog sahabat beliau yang juga penulis blog terkenal apabila dengan berat hati meninggalkan beliau di hospital demi memenuhi tuntutan dakwah. Sungguh itu pengorbanan luar biasa. Tetapi itulah dakwah mementingkan keperluan insan lain daripada diri kita sendiri. Tergamam apabila membaca sepotong hadis dipaparkan oleh seorang Ustaz yang saya kagumi dimuka bukunya

Daripada Anas bin Malik ra katanya, suatu hari ada jenazah yang diusung di hadapan Rasulullah saw, jenazah tersebut dipuji dengan kebaikan, maka Rasulullah saw pun bersabda; "Telah wajib baginya, telah wajib baginya, telah wajib baginya." Kemudian dilewati pula jenazah yang lain dihadapan Rasulullah saw, namun jenazah tersebut dicaci dengan keburukkan, maka Rasulullah saw pun bersabda; "Telah wajib baginya, telah wajib baginya, telah wajib baginya."

Maka Umar ra pun bertanya; "Ibu dan ayahku menjadi tebusan bagimu, telah lalu iringan jenazah lalu ia dipuji dengan kebaikan kemudian Anda berkata; "Telah wajib baginya, telah wajib baginya, telah wajib baginya." Kemudian lalu pula jenazah yang lain, dan jenazah tersebut dicaci dengan keburukkan, lalu Anda pun berkata; "Telah wajib baginya, telah wajib baginya, telah wajib baginya."

Maka Rasulullah saw pun bersabda; "Siapa yang telah kalian puji dengan kebaikan, maka telah wajib baginya Syurga. Dan siapa yang kalian cela dengan keburukkan, maka telah wajib pula baginya neraka. Antum syuhada' Allah (para saksi Allah) di muka bumi. Antum syuhada' Allah (para saksi Allah) di muka bumi. Sahih Muslim : 2197

Kami menjadi saksi Allah di muka bumi ini bahawa telah wajib ke atas mu syurga wahai Nur IMan ShaFiq Abd RahMan. -Syazalie Hirman-


Bagai satu tamparan kerana saya belum pasti mendapat even satu kesaksian sedemikian rupa. Tetapi beliau mendapat kesaksian daripada pelbagai peringkat umur. Pada ketika itu tahulah saya bahawa dia insan yang luar biasa. 

Rugilah kalian yang masih teragak-agak menyertai gerabak ini. Kerana kemanisannya tidak dapat digambar oleh sebarang perkataan pun. Kerana ia membentuk akhlak dan jati diri yang teguh. Ia membentuk peribadi yang memahami hakikat ketuhanan sekiranya mereka benar-benar ikhlas berjuang demi redha Allah. Saya tidak sehebat beliau tetapi saya bersyukur masih diberi peluang menghirup udara memperbaiki diri agar Allah dapat mengangkat saya sedemikian rupa di masyhar kelak.Muhammad Nur Iman Shafiq dikau membuat kami percaya bahawa dakwah sangat berbaloi untuk disertai meskipun dengan pelbagai ujian dan rintangan yang dihadapi. Engkau mengajar aku bahawa tidak ada indahnya berkasih sayang selain berkasih sayang dalam memburu cinta Allah yang esa.

Ya Allah saksikanlah bahawa Iman Shafiq telah berjaya menyentuh hatiku untuk terus menerus berbakti demi agamamu dan Kau kurniakanlah untuk dia syurga.
 

No comments:

Post a Comment