Monday, January 7, 2013

Acara minggu ini yang menarik- Utk org Penang

Hahaha....Perasan sorang diri macam ada org Penang yang baca blog ini....xpela....No harm trying right....Ok assalamualikum anda2 sekalian......... Bagi orang-orang yang berada di sekitar Pulau Pinang pada hujung minggu ini iaitu pada 13 Jan 2012 akan ada satu majlis yang dianjurkan oleh Hidayah Centre iaitu Street Da'wah. Bagi anda sekalian rakyat Pulau Pinang yang agak kebosanan dan tidak tahu nak buat apa hujung minggu ini baikla anda sertai program ini daripada terbaring di atas katil atau duduk di depan televisyen kerana manfaat adalah terlalu banyak dan tidak tergambar dengan kata-kata bukan hanya untuk anda sendiri tetapi orang lain.
I wish I can be there tetapi apakan daya kerja. Adakah ini salah satu sebab daie selalu futur? Tidak dikelilingi oleh suasana yang menggalakkan kebaikan? I think so and sometimes I feel so. I miss the moment apabila kami saling berebut peluang utk mendapatkan pahala, bermesyuarat sampai tengah malam demi memastikan kelancaran program, dalam bulatan gembira itu sendiri ada mutabaah amal yang perlu dicapai....(malu kot org lain maju kedepan dgn berbagai surah dihafal, solat dhuha,qiam,puasa sunat). Sekarang baru saya faham kenapa usrah itu penting. Sebab ia memotivasikan diri utk menjadi lebih baik daripada semalam dan ia memantau gerak geri kita samada kita lalai atau tidak. Sebab sebagai manusia kita mmg selalu lalai. Ini perancangan dari Allah agar saya menghargai saat-saat itu.
Ok dah melalut dah. Ok please see below detail pada anda yang berminat.
Assalamu'alaikum,
Berita baik kepada semua, HCPP insyaAllah akan mengadakan Street Da'wah Ahad, 13 Jan ini di Sebelah Pulau dan Seberang Perai.
Pulau:         Kawasan komtar, Perangin Mall, Chowrasta dll.
Seberang:  Megamall.
Kawasan Pulau akan dikendalikan oleh saya Yusni - 0195266677
Kawasan Seberang - Khaw Lek Ming - 013-4323549
Sila hubungi saya @ akhi Khaw untuk pendaftaran peserta.
Aturcara program:   
              2.00 PTG -  KUMPUL / TAKLIMAT
              3.00 - 5 PTG - CARI MAD'U
Cara berdakwah:
     >  Survey soalan-soalan mudah
     >  Token - pamplet berkenaan Islam.
Sasaran peserta:
     >  Ahli IKRAM P. Pinang
     > Semua yang pernah hadir program latihan dakwah DDMM, IDT, IPSI, FCR dan lain-lain
     >  Semua yang merasa bertanggungjawab untuk menyampaikan kalimah Allah...
 
 

No comments:

Post a Comment