Tuesday, January 1, 2013

Bercita-citalah kalian

Actually ada tiga projek aku sedang jalankan....Dan aku amat berharap projek-projek tersebut dapat berjalan dengan lancar pada tahun 2013 so aku dapat menambahkan pendapatan aku. Actually gaji aku dapat sekarang ini tidak cukup sebenarnya...Aku hanya boleh infakkan sedikit ja untuk Palestin dan lain-lain so aku kurang berpuas hati dengan prestasi aku sebenarnya.

Projek Pertama - Menjual Jubah Muslimah

Entah kenapa rezeki agaknya rakan baik ku di UUM menawarkan agar aku membantunya menjual Jubah Muslimah. Dia cakap dia akan beri komisen berdasarkan jumlah yang dijual. Wah ini sungguh menarik. Sbbnya aku tidak perlu mengeluarkan modal....Sapa nak bagi peluang mcm ni....Actually boleh juga aku practice marketing skill aku...........Sekarang tgh dok fikir bila nak tangkap gambar and upload di muka buku....And kena ukur saiz jugak sbb saiz dia agak pelik......Agaknya jubah orang arab saiz mmg pelik-pelik kot....Alhamdulillah bersyukur diatas kepercayaan dia berikan pada aku....Dia ckp mmg la lambat cikit nak laku tapi hang slow-slowla...Tq amy.......Hang la kawan paling baik di dunia....wahahaha....sungguh ini pujian ikhlas.....she alwayz there for me and saya sangat2 bertuah memiliki rakan seperti dia.......Agaknya dia nak lihat sahabat dia ni menjadi usahawan yang berjaya kot....Tq Allah for giving me such wonderful friend dan satu hari saya berharap dia akan terbuka hati untuk menyertai mana-mana konfren riang ria.....Susah jugak nak ajak dia turut serta   sbb kami berada di tempat yang berbeza......Kalau dia berada di persekitaran Penang dan Kedah dah lama saya heret dia........Sungguh saya berharap Allah beri peluang kepada saya untuk menyentuh hatinya kerana dia mengajar saya untuk menjadi sahabat yang baik.


Projek Kedua - Taking TBE exam and become takaful agen

Insyaallah akan ambik exam hujung bulan 2. Sebenarnya saya xdela fikirkan keuntungan sangat pun tapi saya fikirkan pahala yang saya dapat dengan membantu manusia dengan meringgankan beban mereka apabila mereka ditimpa musibah dan membantu mereka merancang kewangan mereka. Bayangkan dengan asbab perancangan kewangan takaful mereka dapat menunaikan haji atau umrah berapa banyak pahala kita dapat? Wow....Ganjaran ini sungguh menarik tetapi saya yakin dugaannya juga pasti banyak.....And I keep wondering do I make correct decision by choosing correct leader? Sebenarnya ada rakan yang lain juga mengajak saya buat takaful tetapi saya lebih selesa dengan Prudential Bsn sbb saya sendiri beli produk Prudential BSN. So mcm nak promote produk Takaful lain kalau diri sendiri guna Prudential BSN. Hopefully I make correct decision kerana isthikarah saya mengatakan ini pilihan yang tepat. Or saya terikut-ikut sgt perasaan? Entah. Ala redah ja la. Since niat nak tolong orang insyaallah Allah permudahkan jalan.


Projek Ketiga - Pembelaan kambing secara berpusat.

Projek ini sumpah sangat menarik. In fact saya terlalu exicted dengan project ini. Kerana projek ini mengajak manusia untuk menderma dan memberi manfaat kepada orang lain. Projek ini terlalu besar dan sukar untuk dihadam oleh orang lain. Fokus utama untuk membebaskan masyarakat daripada riba. Sedarkah anda yang kita hari2 bergelumang dengan riba? Dengan dosa dan noda? Apa kita nak jawab di akhirat kelak apabila Allah tanya kita sedangkan larangan Allah dah nyata berkali-kali. Ini hanya usaha kecil saya agar saya dapat jawab dihadapan Allah bahawa saya telah lakukan sesuatu. At least I do something than nothing. Projek ini dijalankan oleh Persatuan Amal Kita Kinta Perak melalui beberapa perancangan. In fact membeli seekor kambing dan memberi kuasa kepada Persatuan menjaganya mendatangkan keuntungan lebih kurang RM3600 sethn seekor. Sebenarnya hasilnya daripada bonus susu dan anak yang dibeli kembali oleh persatuan. Susu sebenarnya boleh dapat 600 liter setahun dan mereka menjual RM10 seliter. Jadi keuntungan sebenarnya RM 6,000 sethn. Untung dibahagi 50-50. Adilla persatuan yang membelanya. Jadi kita dapat RM3,000 dari susu dan 200 bagi seekor anak. Purata anggaran seekor kambing betina beranak ialah 3 ekor. So 200 x 3 = 600. Total up susu dan anak 3600. Persatuan bukan nak untung pun. In fact duit tu persatuan guna untuk Rumah Perlindungan, Lunch Charity and Pusat Hemodilasis secara  percuma. Keuntungan persatuan digunakan hanya tujuan AMAL semata-mata. Saya tak faham segelintir manusia hanya tahu mencerca apabila ada orang megemukan idea. Dikatakan penipu la dan macam2 lagi. Bukannya nak hadam betul-betul apa yang cuba disampaikan. Riza Ahmad amil profesional kot. Dia dah lama dlm bidang ekonomi Islam. At least I think only he came with such a brilliant idea macam mana nak mantapkan ekonomi Islam dan dia diserang dengan bermacam cara. I going to be honest I dont even care kalau kambing tu tak beranak atau mengeluarkan susu. sekali pun kerana saya tahu wang saya digunakan untuk tujuan amal dan mencari redha Allah. Carila redha Allah. Korbankan sedikit benda yang anda suka tu untuk kepentingan Islam. Bagi yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai projek ini boleh layari
 http://kerjaya-muslim.blogspot.com/2012/11/perancangan-ikbs.html atau hubungi En Riza Ahmad di (+6016-6941251).

Islam menyuruh kita bercita-cita. In fact Rasulullah pernah bersabda
Sekiranya berlaku kiamat sedangkan di tangan salah seorang kamu ada benih tamar dan dia berupaya menanamnya sebelum kiamat. Maka hendaklah dia menanamnya, dengan itu dia mendapat pahala.” (HR: Al-Bukhari)

In fact dalam surah dalam surah Al- Qasas, ayat 77, Allah berfirman
“Dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa yang telah Dianugerahkan Allah kepadamu, tetapi janganlah kamu lupakan bahagianmu di dunia dan berbuat baiklah pada yg lain, sebagaimana Allah berbuat baik pada kamu, dan janganlah membuat kerosakan di bumi. Sungguh, Allah tidak menyukai orang yang membuat kerosakan.”
Islam tidak pernah menyuruh kita lupakan dunia. Tidak. Hakikat wang itu diperlukan. Sebab tu Allah kurniakan sahabat yang kaya seperti Abdul Rahman bin Auf dan Abu Bakar menyertai perjuangan baginda. Cuma Islam melarang kita terlalu attach dengan harta tersebut sehingga kita menjadi hamba kepadanya. Itu sahaja. You can be rich and zuhud as long as you realize that your wealth belong to Allah.
Maka bercita-citalah kalian moga cita-cita kalian menjadi mahar hantaran buat kalian ke syurga.
Ya Allah inilah perancanganku hakikatnya Engkau juga yang menentukan. Ya Allah aku persembahkan perancanganku agar aku ada jawaban untuk pertanyaanmu kemana sisa umurku aku habiskan. Ya Allah Kau mengetahui hati ini terlalu ingin berbakti dan memberi manfaat kepada insan lain maka Kau perkenankanlah. Permudahkanlah jalannya Ya Allah.....Lindungilah aku daripada sifat putus asa sekiranya ada perjalanannya tidak semudah aku impikan...Jangan jadikan hatiku kabur pada nikmat keduniaan hingga aku lupa syurgaMu yang menanti disana......Kurniakan aku kelapangan waktu, kesihatan dan kekuatan. Ya Allah andai aku dipanggil pergi mengadapmu aku berharap usaha kecil dan kerdil ini dinilai olehMu.....Amin ya rab.
Going to Berani 2013 di KUIN pada 14 Januari. Insyaallah akan update sekiranya terdapat ilmu yang bermanafaat.

2 comments:

  1. salam..
    terbaca post ni bila search2 pasal hadis biji tamar tu. menarik!
    saya seorang mahasiswa yg bakal menamatkan pengajian tak lama lagi insyaAllah..jadi sedang merangka2 cita2 dunia..cita2 akhirat. rupanya nak bercita2 pun susah. masih mencari.. doakan.. terlalu sekular gamaknya.

    ReplyDelete
  2. salam adikku sayang....salam perkenalan....bercita-cita tidak susah tetapi nak menyusun langkah utk cita-cita itu yang susah...akak sendiri terkapai-kapai...rasa macam kadang-kadang 24 jam tak cukup...dgn nak tambah ilmu di dada....dgn nak kejar cita2 agar tidak tertinggal akhirat...tetapi sebenarnya benda itu tidak mustahil...sbb telah terbukti di zaman kegemilangan Islam terdahulu...Cthnya Ibnu Sina & Ibnu Khaldun...Bagaimana mereka melakukannya? Akak sendiri tertanya-tanya....Doakan akak juga...Akak harap adik berjaya dunia dan akhirat kerana seriously kita dahagakan insan sebegitu.....May Allah lead you to be best...Amin

    ReplyDelete