Ramai yang bertanya saya tentang kerja saya sekarang.Mungkin sebab sebelum ini saya banyak buat luahan dalam fb atau blog saya sendiri. Keluarga terdekat atau rakan-rakan terdekat yang mengetahui kondisi kesihatan saya tanya saya in fact berkali-kali macam mana kerja sekarang. Sampai kadang-kadang rasa rimas. Jujur saya katakan saya senang dengan pekerjaan sekarang. Nak katakan senang sangat tidak nak katakan susah sangat pun tidak. Hahaha mcm mana tu?Pekerjaan sekarang menuntut kesabaran yang amat tinggi.Hari2 kena maki dengan vendor sbb tak dpt bagi payment kepada mereka.I going to be honest ada banyak masalah dalaman dan issue dalaman yang boleh dipersoalkan tetapi sejujurnya saya bersyukur Allah berikan saya rezeki dan Allah kelilingkan saya dengan insan-insan yang boleh saya anggap keluarga saya sendiri.
Saya dah bekerja dalam banyak company dan saya belum pernah rasa setenang ini walaupun macam-macam dugaan yang melanda. Mungkin kerana doa di Kota Mekah dimakbulkan. Entah. Tapi one point saya nak kongsikan adalah bersyukurlah dengan apa yang ada pada kita dan jangan sekali-kali mempersoalkan apa yang Allah beri kepada kita kerana ia akan membuka peluang kepada syaitan untuk membisikan perkara-perkara yang tidak sepatutnya..
Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya, jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah lagi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras. - Surah Ibrahim ayat 7
Dan Dia telah memberi kepada kamu sebahagian daripada tiap-tiap apa jua yang kamu hajati. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya. - Surah Ibrahim ayat 34
Sejujurnya saya malu dengan diri sendiri. Mengatakan diri ini dalam gerabak dakwah dan tarbiyah tetapi apabila Allah jentik sedikit dengan ujian jatuh terduduk dalam tempoh waktu yang agak lama.Agaknya bagaimana la keadaan diri ini kalau diri ini diletak di Palestin. Boleh dikatakan dakwah dan tarbiyah jugalah yang mengubat diri saya. Hakikatnya saya mengetahui bahawa Rasulullah insan yang paling dicintai oleh Allah dan baginda jugalah insan yang paling banyak diuji oleh Allah. Bayangkan sekiranya baginda berputus asa dengan rahmat Allah apabila seruan baginda di Thaif ditolak, sudah tentu agama Islam tidak berkembang seperti sekarang ini. Mengambil ibrah pengaduan baginda kepada Yang Maha Berkuasa apabila berasa tidak terdaya lagi dengan ujian yang ditanggung saya adukan terus luahan hati saya kepada Maha Mendengar. Bukan di facebook, bukan kepada teman-teman bahkan bukan pada ibu saya sendiri yang pada suatu ketika dulu selalu mendengar luahan negatif saya dan menjadi pakar motivasi saya.Dan alhamdulillah hasilnya memberangsangkan. Allah limpahkan sakinah dan ketenangan dalam hati saya.
Dialah yang telah menurunkan (sakinah) ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin untuk menambah keimanan atas keimanan mereka (yang telah ada).” [Al-Fath : 4]
Sekiranya kita duduk dan menangisi takdir yang menimpa kita hakikatnya perkara itu tidak dapat mengubah apa-apa pun. Dan sekiranya kita duduk dan mempersoalkan kenapa Allah menguji kita hakikatnya kita hanya mengundang murkaNya kerana kita sendiri tahu bahawa Dia berhak menguji siapa yang dikehendakiNya dan Dia berhak mengambil apa yang Dia pinjamkan kepada kita bila-bila masa saja. Siapa kita nak mempersoalkan itu dan ini sedangkan banyak nikmat yang dikecapi. Nikmat Islam. Nikmat kesihatan dan nikmat mata, nikmat oksigen, nikmat kasih sayang antara ibu bapa, nikmat kasih sayang antara kawan-kawan, nikmat lima jari tangan, nikmat lima jari kaki, nikmat kaki dan tangan, nikmat hidung, nikmat telinga dan the list go on. Seperti dikatakan dalam ayat 34 surah Ibrahim jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya saya menjadi lupa pada nikmat Allah berikan dan melihat apa yang tidak ada pada saya. Cemburu pada rakan-rakan yang lain yang maju ke hadapan dengan gaji yang besar dan boleh berbelanja itu dan ini. Ya Allah ampunkan aku kerana tidak menyedari kebodohan diri ini. Ampunkan aku kerana terdapat banyak titik hitam dalam hati. What a waste of time and energy. Sedangkan masa itu boleh digunakan untuk membina potensi diri. Dan pada waktu itu adalah waktu yang tepat untuk munasabah diri.
Kalau la saya ada pintu ajaib yang boleh putarkan waktu mahu sahaja saya putarkan waktu di Motorola dulu kerana saya yakin saya hanya mengunakan 50% of my ability dan selebihnya hanya dibuang kepada perkara-perkara yang negatif dan tidak mendatangkan faedah langsung. Sudahnya saya menutup peluang anak-anak bumiputera yang lain untuk bekerja dijabatan saya kerana bekas majikan mempunyai skeptikal bahawa anak Melayu tidak prokduktif berbanding dengan anak Cina. Ya Allah ampunkan kekhilafan diri ini.
Sekiranya anda merasakan anda terbeban dengan ujian anda hadapi cuba ambil pen dan kertas dan tulis semula nikmat-nikmat Allah yang anda kecapi sekarang ini. Duduk dan munasabah diri betul-betul. Fikir dalam sedalam-dalamnya. Masihkah anda boleh berjalan? Masihkah anda mempunyai tangan?Masihkah anda boleh melihat? Masihkah anda ada teman dan keluarga yang boleh diharapkan ? Jujur saya katakan nikmat Allah tidak terhitung oleh kita. Udara yang kita hirup dan darah dipam ke jantung secara percuma. Hati dan buah pinggang yang menapis segala kekotoran. Menjalankan tugas-tugas mereka secara percuma tanpa meminta bayaran.Tidak pernah sekali pun kita berasa ingin membalas segala jasa Tuhan yang hakikatnya Maha Pemurah itu dengan sekurang-kurangnya bangun Qiam sehari dalam sebulan. Itu pun bukan 24 jam kita luangkan untuk Dia hanya beberapa minit . Beberapa minit dengan nikmat yang terlalu banyak itu pun kita tidak mampu lakukan.Lalu ketika Dia rindu mendengar rayuan kita Dia kirimkan dugaan kepada kita dengan harapan kita kembali merayu dan merintih kepadaNya dan kita pula membentak bertanya KENAPA AKU? Allahuakbar. Beginikah insan yang dipanggil hamba kepada pencipta.Membalas segala perasaan kasih dan sayang Allah kepada kita dengan satu perasaan benci, takbur dan bongkak bahawa kita tidak layak diuji. Saya tertunduk malu. Malu kepada pencipta yang sudi menyapa dan menghulurkan kasih sayangnya walaupun telah saya menyakiti dan mengundang kemarahanNya berkali-kali.
Nasihat saya pada jiwa-jiwa yang tidak keruan atau ditimpa dengan berbagai ujian. Baliklah pada Allah. Duduk dan merintih betul-betul sebagai hamba. Anda akan dapati jalan keluarnya dengan pelbagai ilham dari Allah.Sambil itu belajar mengambil hikmah daripada ujian diberi. Hikmah terbesar yang Allah ajar saya melalui ujian yang saya lalui bahawa semua diatas muka bumi ini adalah hak mutlak Allah. Allah cuma bagi pinjam sahaja. Bila-bila masa sahaja Dia boleh ambil balik dan sekelip mata Dia boleh beri kembali. Buktinya Allah mengambil arwah bapa saya tanpa sebarang penyakit. Allah juga mengambil kesihatan saya untuk satu ketika dan menyembuhkan saya kembali. Allah juga mengambil peluang pekerjaan saya dan mengantikannya kembali. Positifkan diri dengan banyak membaca buku-buku motivasi, blog-blog atau apa-apa sahaja yang dapat mendekatkan diri anda kepada Allah. Saya cadangkan anda baca buku Mencari Mutiara di Dasar Hati kerana ianya amat menyentuh hati saya. Boleh dapatinya di fb Firdausi Shop ( hahaha.........mimi dan ard lepas ni boleh bagi komisen ye). Saya juga suka membaca blog-blog Fatimah Syarha, Langit Ilahi, Angel Pakai Gucci, Iqbal Syarie actually banyak tapi saya bagi yang famous dulu.....I think most of you have read it.....Kalau belum bagusla cepat-cepat la gi baca bolehla saya dapat pahala free .....
"Kebanyakkan orang menyedari hak mereka atas Allah,tapi tidak menyedari hak Allah atas mereka. Dari sanalah mereka terputus dari Allah dan terselimuti hatinya dari mengenal, mencintai dan merindukan Allah"-Ibnul Qayyim. Sudahkah anda menunaikan hak Allah?
Duhai hati yang berkeluh kesah,
Sedarlah hakikat bahawa dunia ini tidak layak ditangisi
Duhai hati yang gundah gulana
Tabahlah dikau di atas ujian yang diberi
Duhai hati yang diuji
Sedarlah hakikat bahawa engkau insan yang masih diingati dan disayangi
Kau dipilih atas dasar sifat kasih dan sayangNya
Kau dipilih kerana Dia merindui tangisanmu di malam hari
Kau dipilih kerana Dia ingin mengampuni segala dosa dan kesalahanmu
Kau dipilih kerana Dia ingin mengangkat darjatmu ke makam yang lebih tinggi
Maka berbahagialah duhai hati
Kerana engkau insan pilihan
Dalam begitu ramai orang
Kau menjadi perhatian
Disaat orang berkejaran keduniaan
Kau diajar untuk mengenal hakikat Ketuhanan
Baliklah Kau duhai hati
Kepada yang Maha Mengetahui
Hakikat yang Kau mampu menanggung ujian ini
Inilah jalan para anbiya dan Nabi
Duhai hati moga Kau dirahmati
Dan mampu pulang kepada Rabbul Izzati
Dan keadaan Dia redhai
Oleh itu berbahagialah duhai hati

No comments:
Post a Comment