Friday, December 14, 2012

The Sign of Creator

Memang dah lama nak kongsi ilmu yang saya dapat dari Public Talk anjuran Hidayah Centre bertajuk The Sign Of Creator tapi entah takde time yang sesuai untuk post ni sampai delay seminggu.Masyallah. Penceramah memang seorang yang hebat. Brother Jaysuman. Seorang hindu dan beragama Kristian sebelum ini tetapi kefahaman agama beliau boleh saya katakan melebihi daripada orang yang sedia lahir muslim seperti saya. Malu dengan beliau sebenarnya. Tapi takpe la it never too late untuk memperbaiki diri dan menambahkan kefahaman agama agar dapat menjadi seperti beliau. Sebenarnya tercari-cari juga video mengenai public talk tu supaya boleh refresh balik apa yang beliau sampaikan and bercita-cita nak post dalam facebook so that my non muslim friends can hear that tapi agaknya Allah nak bagi pahala lebih dan kefahaman yang jitu mengenai public talk tersebut. Jadi saya akan sampaikan apa yang saya sempat catit atau dapat tangkap dalam public talk tersebut and moga dapat menjadi manfaat untuk semua.

Dengan lafaz بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ  saya mulakan dan saya amat berharap agar Allah mengembalikan memori2 saya di public talk itu kerana talk tersebut sebenarnya berjaya menyentuh hati saya dan hati ramai orang lagi yang hadir dimajlis tersebut. Moga ilmunya menjadi manfaat untuk saya di masyhar kelak. Insyaallah.

Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu? -
(Surah Fussilat ayat 53)

Beliau mula mengetuk minda apabila menyatakan bahawa Allah telah menyuruh kita memikirkan kejadian alam ini serta kejadian kita sendiri bagi melihat tanda-tanda kebesarannya seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran. Katanya Al-Quran merupakan satu mujikzat yang diberi kepada Rasullullah s.a.w. seperti mukjizat tongkat yang diberi kepada Nabi Musa dan kuasa untuk menyembuhkan penyakit seperti diberikan Nabi Isa. Mukjizat itu diberi bersesuaian dengan zaman Nabi tersebut contohnya Nabi Musa zaman penuh dengan magic dan Nabi Isa zaman penuh dengan penyakit. Allah mengetahui umat Nabi Muhammad s.a.w. adalah umat cerdik pandai dan akan berlumba-lumba dalam mencari ilmu pengetahuan jadi Allah telah menurunkan Al-Quran.Tapi sayang seribu kali sayang kita tidak mengkaji Al-Quran itu sendiri.                

Dimulakan dengan kisah Nabi Musa yang membelah laut dan Allah telah menyelamatkan Nabi Musa dan umatnya daripada Firaun. Beliau mula bertanya kepada kami pada pendapat kamu adakah Firaun tidak melihat dengan mata kepalanya sendiri yang laut itu sebenarnya telah dibelah? Pada pendapat saya memang Firaun melihat sendiri laut tersebut telah dibelah tetapi sifat takabur dan degil dia telah menutup segala pintu hidayah. Nak lihat bukti kekuasaan Allah melalui kisah Firaun? Hmmm biar betul cerita tu zaman dulu2 apa relevannya dengan zaman moden dan canggih sekarang ini. Ok jom tgk ayat dibawah 

 "Maka pada hari ini, Kami biarkan engkau (hai Firaun) terlepas dengan badanmu (yang tidak bernyawa, daripada ditelan laut), untuk menjadi tanda bagi orang-orang yang di belakangmu (supaya mereka mengambil iktibar). Dan (ingatlah) sesungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada (memerhati dan memikirkan) tanda-tanda kekuasaan Kami!"-
Surah Yunus ayat 92

Nah Allah telah membuktikan janjinya dalam Al-Quran dengan memelihara mayat Firaun daripada hilang ditelan laut dan mayat tersebut kini berada di Mesir kalau tak silap saya dan ianya digelar Mumia oleh kebanyakkan orang. Penemuan ini diperakui oleh orang yang bukan Islam yang akhirnya tunduk kepada kebenaran Islam itu sendiri iaitu Prof. Dr. Maurice Bucaille. Semuanya terjadi apabila pihak Perancis pada tahun 1975 memohon izin kerajaan Mesir untuk mengkaji jasad Firaun.. Dr. Bucaille menjumpai sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu tidak buruk.Untuk laporan lanjut mengenai penemuan itu anda boleh membaca Sebuah Penelitian Perubatan Moden (tajuk asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine) atau tanya pakcik google anda mengenai penemuan mayat Firaun itu sendiri.


Ok anda mungkin kata itu hanya kebetulan sahaja. Nak lihat lagi? Jom


 Dan tidakkah orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum [sebagai benda yang satu], lalu kami pisahkan antara keduanya?. Dan kami jadikan dari air tiap-tiap benda yang hidup. Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?”. Al-Quran 21:30 (Surah Al-Anbiya)

Ayat diatas diturunkan 1400 tahun dahulu.........Tanpa sebarang teori atau bukti saintifik tetapi ayat ini jelas sekali bersesuaian dengan teori yang diterima pakai oleh saintis sekarang iaitu Teori Big Bang.Kebenaran ayat Allah ini dibuktikan melalui Teori Big Bang, teori yang menjadi pegangan umum oleh para saintis mengenai permulaan alam semesta pada hari ini. Berdasarkan laporan yang terdapat dalam laman web NASA, dalam segmen Big Bang Cosmology, kejadian alam bermula 12 hingga 14 bilion tahun dahulu. Alam pada masa itu hanya berukuran beberapa meter sahaja. Sejak dari tarikh itu, ia sudah mengembang sehingga menjadi seperti yang dilihat pada hari ini.Mengikut teori Big Bang, alam ini pada asalnya bercantum padu kemudian berlaku suatu letupan yang kuat,sekitar 12 hingga 14 bilion tahun dahulu. Kemudian berlaku pengembangan dan penyejukan, akhirnya lahir bintang-bintang, palnet-planet, galaksi dan yang seumpamanya.
Pada tahun 1929, seorang tokoh astronomi dari Amerika, Edwin Hubble, menemui bukti-bukti kukuh yang menyokong teori Big Bang. Dengan menggunakan peralatan canggih, beliau mendapati alam ini sedang mengembang. Penemuan ini mengukuhkan lagi pendapat yang menyatakan alam ini bercantum pada asalnya diikuti dengan letupan besar, ekoran dari letupan itulah yang menyebabkan pengembangan ini.
Justeru, kenyataan Al-Quran berhubung teori permulaan alam sememangnya saintifik. Antara pakar yang kagum dengan ayat ini adalah Dr. Alfred Kroner.seorang proffesor dalam bidang sains geologi. Berhubung dengan ayat ini, beliau berkata:" Melihat asal-usul Muhammad, saya rasa hampir mustahil untuk beliau mengetahui langit dan bumi mempunyai asal-usul yang sama. Hal ini kerana ilmu mengenainya baru diketahui beberapa tahun baru-baru ini, itupun dengan menggunakan alat-alat yang canggih. Seseorang yang tidak mengetahui ilmu fizik nuklear 1400 tahun dahulu saya rasa,tidak akan mampun mengetahui tentang hal ini."
Akhirnya beliau berkata, "Apabila kita menghimpunkan kesemua kenyataan Quran berkaitan dengan bumi dna kejadiannya, dan bila kita kaitkannya dengan sains, maka kita akan menyatakan kenyataan (Al-Quran) secara dasarnya adalah benar. Hal ini dapat dibuktikan dengan kaedah pendekatan saintifik."

Dah ternganga tak percaya bahawa  ilmu itu ada dalam Al-Quran? Ha saya ada banyak ayat lagi

(Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing. ( Yasin, ayat 40) 

Fakta yang dikemukan dalam Al-Quran ini telah ditemui melalui pemerhatian astronomi hari ini. Berdasarkan kepada kiraan pakar-pakar astronomi matahari bergerak dalam kelajuan yang besar selaju 720,000 km sejam mengarah ke bintang Vega dalam satu orbit tertentu dalam sistem Solar Apex. Ini bereti matahari bergerak sejauh 17  280 000 km sejam secara anggaran. Bersama-sama dengan matahari dan semua planet & satelit yang berada dalam lingkungan sistem graviti matahari juga turut bergerak pada jarak yang sama sebagai tambahan semua bintang dalam alam semesta adalah berada dalam satu persamaan gerakan yang telah ditentukan.

 Brother Jaysuman juga mengetuk minda dengan menyampaikan satu Hadith Qudsi

Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sekiranya kamu tidak dapat menahan panas teriknya matahari.

Kenapa hadith ini menekankan tentang matahari? Kerana struktur matahari yang mempunyai diameter 1,391,980 kilometer dengan suhu permukaan 5,500 °C dan suhu teras 15 juta . Tidak mungkin ada manusia yang dapat menahan kepanasan yang sedemikian rupa.

"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. ( Surah Luqman ayat 18)

Sejujurnya saya amat tersentuh dengan ayat ini dan cara penyampaian beliau. Beliau menyampaikan satu konsep Milky Way Glaxy ( Bima Sakti ). Mengenai perkara itu beliau menyatakan bahawa kita hampir tidak wujud didalam alam galaksi ini kerana terdapat penciptaan yang lain lebih besar daripada bumi. Malahan matahari sendiri 9 kali ganda besar daripada bumi dan terdapat planet yang lain yang lebih besar daripada matahari.Malahan stuktur bumi sendiri adalah 70 percent percent air dan 30 percent tanah. Jadi secara nisbahnya kewujudan kita adalah zero. Jadi apa hak kita untuk membesarkan diri dan takbur?Memandang rendah kepada orang lain sedangkan hakikat kejadian kita adalah sebesar zarah sahaja.Wah satu smash berada dimuka.

Okla saya kongsi satu ayat terakhir yang berjaya mengislamkan Professor Emiretus Kennith More.Bersedia? Nah ini dia

Dia menciptakan kamu dari diri yang satu (Adam), kemudian Ia menjadikan daripadanya - isterinya (Hawa); dan Ia mengadakan untuk kamu binatang-binatang ternak delapan ekor: (empat) pasangan (jantan dan betina). Ia menciptakan kamu dalam kandungan ibu kamu (berperingkat-peringkat) dari satu kejadian ke satu kejadian. Dalam tiga suasana yang gelap gelita. Yang demikian (kekuasaanNya) ialah Allah Tuhan kamu; bagiNyalah kekuasaan yang mutlak; tiada Tuhan melainkan Dia; oleh itu bagaimana kamu dapat dipesongkan (dari mematuhi perintahNya)? ( Surah Az-Zumar ayat 6)


Apa yang ada pada ayat ini? xde yang special pun....Rasanya sama ja dengan ayat-ayat yang lain...Hah tu la saya suruh anda mengkaji bidang kepakaran anda. Baru anda tahu betapa hebatnya ayat-ayat Allah. Buat pengetahuan anda Professor Emiretus Kennith More adalah bekas President Canadian Association of Anatomists dan American Association of Clinical Anatomists.Kajian beliau mengenai embrology mendapati terdapat tiga peringkat perlu dilalui untuk menjadi bayi yang sempurna iaitu :
1) Pre-embryonic
2)Embryonic
3) Fetal
Bersesuaian dengan ayat diatas 3 suasa yang gelap gelita.

Actually banyak lagi ayat2 Allah yang sungguh mengagumkan dan menjadi bukti saintifik pada masa kini. Anda boleh mendapatkan buku Dr Danial atau kajian Sheikh Abdul-Majeed A. al-Zindani untuk menambah pengetahuan anda. 




No comments:

Post a Comment