Friday, November 30, 2012

Gaza aku ingin menemui mu

Entah la rasa macam tak best ja reject tawaran untuk ke Gaza semalam. Sejujurnya rasa macam nak tender resignation letter sebab tak diberikan cuti. Hakikatnya boleh ja tender resignation letter tu tapi nampaknya dunia masih dalam hati. Okla sebenarnya tiada pekerjaan juga merupakan salah satu fitnah besar terhadap seseorang individu dan keluarganya. ( boleh rujuk fatwa dari  Dr Yusuf Qardawi). Kena back to realiti hakikatnya kita perlukan wang untuk meneruskan perjalanan kehidupan kita. Hakikatnya untuk berdakwah juga perlukan wang. Apabila inform adik-adik aku teringin nak pergi Gaza mereka membuat muka sinis pada aku. Akak aku ni ada screw yang tercabut ka? Adik aku bertanya apa function hang p sana? Baik hang bagi duit dan salurkan pada Gaza ja. Hang gila ka sana dok tgh bom lagi hang nak bawak keluar duit p sana lagi? Hang ingat macam pergi bercuti ka?....Mungkin respond mama ja agak baik cikit walaupun muka dia ada cikit terkejut. Mungkin tak sangka. Hang dah mintak cuti ka? Berapa kena keluar? Dah tgh tunggu nak approve ke tidak. RM3,000.Hmmm nak guna duit mana? ASB la.....Duit tu utk simpanan perbelanjaan hang kahwin esok. Mama tak setuju. Sebenarnya aku pernah berdoa kepada Allah agar memakbulkan keinginan aku untuk Masjid Aqsa dan berbakti kepada rakyat Gaza. Nah Allah telah memakbulkan doa aku tetapi dengan sedikit ujian dan hakikatnya aku belum dapat menyembelih cinta-cinta dunia. Mungkin kerana ianya berlaku terlalu pantas tanpa aku sempat membina diri aku. Respon2 diatas terhasil dari mereka yang rapat dengan aku. Mereka yang hakikatnya mengenali kelemahan aku. Mereka yang hakikatnya menyayangi dan bersekang mata menjaga aku dahulu.Hakikantnya mereka sendiri rasa bahawa aku belum bersedia untuk cabaran yang sangat dasyhat disana.

Ok plan mulai sekarang menabung untuk kesana so isu duit tidak ditimbulkan dan cari kerja yang flexible cikit. Disamping itu tunjukkan qudwah yang baik kepada mereka. Bagi setengah pembaca mungkin tindakan untuk ke Gaza adalah satu tindakan yang kurang waras atau hilang akal. Hakikatnya perkara itu tidak sama sekali. Kerana apabila kita melihat dengan mata kepala sendiri kezaliman yang dilakukan oleh pihak Zionis maka satu jiwa yang baru terhasil.Jiwa yang tunduk kepada kekuasaan penciptaNya. Dan sungguh aku berkeinginan jiwa seperti itu.Itu belum lagi tentang peluang untuk solat di Masjid Aqsa yang pahalanya 500 kali ganda dari masjid yang lain. ( Wahaaaa nak nangis, nak pergi.....).Gaza sebenarnya dah lama sebati dalam wish list aku. In fact sebelum aku menyertai mana-mana NGO seperti IKRAM lagi. In fact masa sebelum aku menemui dakwah dan tarbiyyah lagi. Seseorang pernah bertanya kepada aku ( pd ketika itu belum dlm gerabak dakwah lagi) what is your dream? Automatik yang terlintas kepala aku Free Palestin.Tapi xdela aku ckp kat dia gitu kerana dia non-muslim dan aku tak mau dia anggap aku sewel. Entah kenapa Allah hadiahkan satu perasaan istimewa berkenaan Gaza ni dihati aku.Aku sendiri pernah membuat public speaking untuk menyakinkan dunia bahawa kita masih lagi hidup dalam babaric world dalam assigment aku di UUM dulu. Dan aku membawa isu Gaza. Lecture aku sendiri terkejut dan tak sangka dengan semangat aku. Cuma aku sikit kecewa kerana tidak dapat menjawab soalan seorang non-muslim (lelaki cina) dengan baik kerana kekurangan ilmu ketika itu.


Sebenarnya aku masih menuntut ilmu lagi. Banyak perlu dipelajari dan selidiki. Sejarah Palestin masih perlu diperbaiki. Hakikatnya rakyat Palestin telah lama menderita sejak tertubuhnya Israel pada tahun 1948 lagi. Banyak jiwa yang terkorban kerana kerakusan Zionis untuk menjadi kuasa dunia. Cuba bayangkan sekiranya yang terkorban itu adalah adik,abang, mak atau ayah kita? Cuba bayangkan jika yang dirogol itu adik,kakak atau sedara kita? Cuba bayangkan yang ditoreh perut ketika mengandung itu adalah ibu kandung kita......Mereka hakikatnya insan yang hebat.....Sebab itu Allah pilih mereka untuk berada disana bukan kita. Kerana jiwa mereka mampu menanggung segala mehnah dan ujian yang Allah beri kepada mereka berbanding dengan kita yang mungkin sahaja akan hilang akal kalau berada disana.Dan hakikatnya mereka mempertahankan tanah suci umat Islam dengan batang tubuh mereka sendiri.Dan aku berkeinginan kesana untuk merasai penderitaan mereka, untuk menyakinkan kepada mereka bahawa masih ada insan yang mempedulikan mereka, untuk menyeka air mata mereka, untuk memberi sinar harapan kepada mereka atau sekurang-kurangnya menghilangkan beban yang mereka tangung dengan mendengar cerita atau kisah mereka. Dan aku ingin sekali berjumpa dengan insan-insan hebat ini agar jiwa aku sekental mereka. Mengambil semangat juang mereka dalam menegakkan maruah Islam tercinta.

Fatwa yang dikeluarkan oleh pihak tertentu bahawa tiada jihad di Palestin membuat aku berasa pelik.Ya hakikatnya mereka lebih berilmu daripada aku dan aku menghormati fatwa yang mereka keluarkan. Cuma aku kurang bersetuju dengan fatwa mereka keluarkan. Bayangkan perasaan rakyat Palestin ketika ini sekiranya mereka mendengar fatwa tersebut. Mudah untuk kalian mengatakan rakyat Palestin perlu berhijrah mengambil ibrah Nabi s.a.w. berhijrah ke Madinah dan bina kekuatan dari luar. Hakikatnya negara mana yang sanggup menerima mereka secara terbuka dan memberi tampuk pemerintahan kepada mereka kembali untuk menyerang Israel. Mungkin kita patut mulakan dengan Malaysia tercinta.

Pening kepala memikirkan macam-macam ragam manusia. Aku hanya insan kerdil yang mahu redha Yang Esa. Aku insan yang banyak kekurangan. Ya Allah jangan Engkau menghukumku kerana tidak menyertai misi Gaza kali ini. Bukalah peluang yang lain dan persiapkan lah diri aku untuk menyertai misi-misi akan datang. Amin ya rabb.





Wednesday, October 31, 2012

Bersediakah anda utk hari itu

Membaca kata-kata akhir Dr Richard Teo yang ditulisnya sebelum menemui ajalnya benar-benar menginsafkan saya dan membuat saya terfikir betapa manusia lalai atau tidak percaya janji Allah. Kita tahu semua kita akan meninggal. Sapa yang berani mengatakan dia akan hidup selama-lamanya? Tetapi yang menghairankan ramai tidak pernah bersedia untuk menghadapi kematian itu sendiri. Betapa tertipunnya kita dengan dunia yang sementara ini.


 Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. -Surah Al-Imran ayat 185

Tanya diri kita kita bekerja semata-mata kepentingan dunia,cari harta banyak2 untuk berseronok beli itu dan ini beli rumah besar kereta besar atau kita berkerja untuk cari redha Allah. Sila berlaku jujur dengan diri sendiri. Duduk dan munasabah diri sendiri. Dan anda akan dapat jawapannya yang most of us ( termasuk saya sendiri) struggle mencari sesuap nasi dan akhirnya menjadi hamba kepada dunia.Sebab tu nak sedekahkan RM 10 ringgit pun susah. Sbb kita letak dunia di dalam hati bukannya ditangan.

Kemudian apa yang Dr Richard Teo ni ckp memang sungguhnya terjadi.......Apabila kita kaya kita tend untuk mencari lebih dan lebih lagi dan menjadi seorang insan yang tidak bersyukur. Kita tidak pernah bersyukur dengan kesihatan yang kita ada. Kita tidak pernah bersyukur dengan semua nikmat Tuhan yang beri kepada kita dan akhirnya kita menjadi hamba kepada harta benda kita sendiri.

Few things I’d learnt though:
1. Trust in the Lord your God with all your heart – this is so important.
2. Is to love and serve others, not just ourselves.

There is nothing wrong with being rich or wealthy. I think it’s absolutely alright, cos God has blessed. So many people are blessed with good wealth, but the trouble is I think a lot of us can’t handle it. The more we have, the more we want. I’ve gone through it, the deeper the hole we dig, the more we get sucked into it, so much so that we worship wealth and lose focus. Instead of worshipping God, we worship wealth. It’s just a human instinct. It’s just so difficult to get out of it.



Everyone knows that they are going to die; every one of us knows that. The truth is, none of us believe it because if we did, we will do things differently.  .


Katakan anda tahu anda akan meninggal esok apa akan anda lakukan? Bersediakah anda?

Sebenarnya hidup kita perlu ada makna. Bukan untuk hidup untuk diri sendiri semata-mata. Tapi kebanyakkan kita hidup untuk kepentingan kita sahaja sedangkan Nabi pernah berpesan bahawa orang yang baik adalah orang yang dapat memberi manfaat pada orang lain.


Oleh itu berazam untuk mencari redha yang Esa kerana kita hanya dapt masuk syura dengan rahmatnya.

Sesungguhnya orang yang bijak adalah orang yang banyak mengingati mati.

Thursday, October 25, 2012

Sampaikan kerinduanku kepadanya

Aidiladha akan tiba esok. Entah kenapa  rasa rindu itu tiba-tiba datang menyapa. Rindu pada seseorang yang banyak berkorban untuk diri ini. Rindu pada insan yang aku yakin seratus peratus memberi kasih sayangnya tanpa syarat untukku. Ah beratnya menanggung rasa rindu. Ya Allah hanya aku dapat kirimkan doa untuk arwah bapa disana. Hampir setiap hari aku akan menyedekahkan surah Al-Mulk kepada  arwah, setiap kali solat mendoakan kesejahteraan bapaku disana dan aku yakin semua itu tidak cukup untuk membalas jasanya kepada ku. Jasanya membesarkan aku dengan penuh kasih sayang. Aku tidak akan berada di tempat aku ada sekarang sekiranya dia tidak mengeluarkan wang hasil dari titik peluhnya untuk membesarkan aku,menyekolahkan aku, hantar kesana kemari setelah aku abis pengajian, memberi pendidikan agama kepada aku and so on....The list so many tidak terungkap dengan kata-kata..............Malah ketika dewasa aku masih menyusahkan dia.....Dia tidak pernah merungut mahupun mengungkit........Entahlah rasa belum puas berbakti kepada arwah...........

Ketika aku kenang malam terakhir sebelum arwah meninggalkan kami aku jadi menyesal. Kerana aku tidak melayan arwah dek kerana kepenatan aku sendiri. Arwah menunjukkan tangannya kepadaku meminta simpati untuk diurut. Memang kebiasaan kami adik-beradik mengurutnya tapi entah kenapa aku rasa mengantuk sangat lalu aku menolaknya. Dan terus tidur. Tidak langsung difikir beban yang ditanggung oleh arwah ketika itu . Sedangkan dia bersekang mata menjaga aku ketika aku sakit dahulu. Dan tidak pernah aku sangka bahawa itulah permintaan terakhir arwah dan aku tidak dapat menunaikannya. Buat kalian yang masih ada ibu bapa hargailah mereka kerana kita tidak tahu bila mereka meninggalkan kita. Kerana apabila jadi seperti aku kalian akan rindu dan menyesal tak sudah.

Alhamdulillah aku masih ada ibu. Aku masih boleh berbakti kepada ibuku. Tapi ibu aku selalu menyatakan hidupnya tidak sama seperti dahulu kerana arwah bapa ku sudah tiada.Bukan sekali tapi hampir setiap hari aku  perhatikan ibu aku akan bertahajjud dan berqiamualai dan kadang2 aku perhatikan dia akan menangis. Bukan sekali tapi hampir setiap pagi ibu aku akan membaca ayat-ayat cinta Allah untuk disedekahkan untuk arwah. Dan hebatnya penangan cinta ibu aku berhijab kerana risaukan keadaan arwah disana. Siapa yang tidak rindu dengan insan yang telah bersamanya dengannya selama lebih 30 tahun. Bahkan orang yang lemah imannya mungkin tiba2 akan hilang akal atau hilang pendoman. Tapi ibu aku kuat. Dia tidak bersedih untuk satu tempoh yang lama. Dia tahu dia perlu kuat demi anak-anak tercinta. Dia tahu  lebih banyak orang diuji lebih hebat daripadanya. Dan dia tahu dia masih mampu menolong arwah dengan mengirim doa kepadanya.

Siapakah yang meniupkan roh kasih sayang antara manusia itu? Bukankah Dia Ar-Rahman? Lalu siapa yang kita rindu sebenarnya bapa atau suami kita? Atau Dia Ar-Rahim?

Kematian adalah satu kepastian. Cuma bagaimana kita mahu pengakhirannya untuk kita. Tentunya dalam husnul khatimah. Oleh itu wajib kita berusaha ke arahnya kerana hidayah tidak datang bergolek. Ianya perlu dicari. Harga syurga terlalu mahal kerana nikmatnya tidak dapat dibayangkan oleh akal sekali pun.

" Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan."
Surah Al- Imran ayat 185

Arwah juga seseorang tidak pernah bersangka buruk kepada orang. Tidak sekali pun aku melihat dia mengutuk atau berkata buruk tentang orang lain. Dia juga seorang penyabar. Sayang pada kanak-kanak. Sayang pada binatang. Selalu menolong orang dalam keperluan. Malahan dia juga boleh dikatakan sumber ekonomi kepada keluarganya. Sentiasa mengutamakan ibu sehingga dia menolak kenaikan pangkat kerana risau keadaan ibunya yang tua sekiranya dia berpindah ke Sabah. Arwah juga tidak pernah berbangga dengan kedudukan dia miliki. Dia mengajar kami adik beradik agar berserdahana dalam segala hal. .


Arwah juga sentiasa mementingkan hubungan persahabatan. Pernah sekali rakan dia menelefon kerana hairan dia tidak membalas message atau panggilan telefon. Aku katakan pada dia bahawa dia telah meninggal dan memohon maaf kerana tidak memaklumkan kepada beliau. Agak mustahil bagi kami memaklumkan kepada semua rakan arwah kerana sememangnya ramai. Dia agak kecewa arwah tidak dapat menghadiri perkahwinan anak perempuannya dan mendoakan kesejahteraan arwah. Dia juga memberitahu sekiranya keluarga aku memerlukan apa-apa bantuan hubungilah dia. Kebaikan sentiasa dibalas kebaikan. Sekiranya tidak pada diri kita mungkin pada keluarga kita.

Pemergiannya ditangisi bukan sahaja kami adik-beradik, tetapi anak-anak saudaranya dan rakan taulannya.Aku ingat lagi apabila pergi melawat bekas jiran di Pulau Pinang dia menangis mengenangkan arwah. Aku ingat lagi apabila pergi melawat ke rumah rakan seuniversiti arwah yang juga merupakan saudara terdekat arwah menangis apabila bercakap tentang arwah. Moga tangisan mereka itu menjadi pembela untuk arwah di masyhar kelak.

Ya Allah sampaikan kerinduanku kepadanya. Sampaikan doaku kepadanya. Ampunkan segala kesalahan dosanya kerana dia juga manusia biasa. Lapangkan kuburnya. Bahagiakan dia di alam barazkh sana. Pertemukan kami disyurga kelak. Amin ya rabb.


Specially dedicate to my late father Syed Amir Syed Ali. Moga dirimu menemui ketenangan abadi dan tenang beristhrehat disana.

p/s : Mohon pembaca blog sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah. Senyum tanda aman.....:)






Tuesday, October 23, 2012

Aidil Adha - Sembelihlah Cintamu...

Saya copy and paste dari blog saudara Syed Muhammad Suffian Syed Tahir kerana ianya mengandungi pengajaran yang sangat mengagumkan. Setiap kali menjelang Aidiladha I would read this. Sbb ia mengingatkan saya untuk apa kita dicipta di dunia. Kita dicipta hanya untuk menjadi hamba ,mencari redha dan cinta yang Esa.Biarpun berkali-kali diuji cinta Nabi Ibrahim terhadap yang Esa tetap kukuh. Enjoy reading....:)

Aidil Adha - Sembelihlah Cintamu...

Bersempena dengan Hari Raya Korban yg bakal menjelang tidak berapa lama, saya ingin berkongsi dengan pembaca blog sekalian berkenaan tajuk diatas.


Sebuah kisah yang lebih indah dari semua pengorbanan atas nama cinta yang pernah ada di muka bumi ini…



Kisah cinta Nabi Ibrahim pada Yang Maha Esa.

Kisah cinta yang penuh dengan ujian, penuh dengan pengorbanan, penuh dengan cubaan.
Kisah cinta yang mungkin akan menjadi cubaan terberat yang pernah ada sepanjang zaman…

Karena pengorbanan demi pengorbanan yang dialami oleh Nabi Ibrahim adalah untuk membuktikan cintanya padaNya...


Pengorbanan pertama adalah ketika Nabi Ibrahim diharuskan oleh Allah SWT untuk berhadapan dengan ayahnya dan menyampaikan kebenaran akan ke ESA-an Tuhan.

Tentu saja ayahnya, sebagai pembuat patung berhala, begitu ketika mengetahui anaknya tidak menyembah berhala.


Boleh kita dibayangkan?

Andai kita di posisi Nabi Ibrahim, bagaimana nak beritahu pada ayah kita tentang keyakinan kita, yang amat jelas bertentangan dengan keyakinan dan mata pencarian ayah yang kita cintai… mampukah kita?



Bahkan akhirnya bukan hanya dengan ayahnya, tapi juga harus berhadapan dengan kekuasaan Raja Namrud yang begitu besar pengaruhnya dan juga sekaligus berhadapan dengan jilatan api yang panas.....


Mampukah baginda?

Alhamdulillah…..Nabi Ibrahim berjaya melakukan itu semua, karena memang cintanya padaNya begitu besar...


Kami berfirman: "Hai api menjadi dinginlah, dan menjadi keselamatanlah bagi Ibrahim".
(Surah Al Anbiya : 69)



Okay, mari kita lihat ujian yang lain


Setelah bertahun-tahun tidak mempunyai anak, akhirnya Nabi Ibrahim dikurniakan seorang anak lelaki melalui pernikahannya dengan Siti Hajar. Setelah anaknya lahir, Allah kemudian kembali mengujinya dengan memerintahkan agar ia meninggalkan Siti Hajar dan anaknya, Ismail, di gurun pasir yang tandus.


Sebuah ujian yang sangat berat bukan?

Isteri dan anak tunggalnya harus dia tinggalkan….

Mampukah kita melakukan hal itu?
Meninggalkan seorang isteri yang telah melahirkan zuriat kita ditengah padang tandus seorang diri?
Meninggalkan anak yang begitu kita inginkan kehadirannya di tengah teriknya matahari dan dinginnya angin malam?


Walaupun berat hati, namum atas nama cinta yang dimiliki oleh Nabi Ibrahim pada Allah…
ia pun melakukannya...kerana memang sungguh itu adalah wahyu dari Allah kepadanya


(Dan setelah Nabi Ibrahim membuktikan cintanya, atas perintahNya, Air zam-zam pun keluar sebagai survival kedua orang tersebut, disusul kemudian dengan kedatangan orang-orang untuk bermukim di sekitar mata air zam-zam)



Nak lihat yang lebih hebat lagi?



Ketika Nabi Ibrahim bertemu dengan anaknya setelah sekian tahun berpisah,

turun lagi wahyu dari ALLAH, yang meminta Nabi Ibrahim untuk menyembelih atau mengorbankan anaknya!


Sekali lagi cinta Nabi Ibrahim di uji. Antara cinta kepadaNya dengan cintanya kepada dunia..
Dan dengan linangan air mata. Nabi Ibrahim pun meletakkan pisau yang tajam di leher anaknya...
Bersiap untuk melakukan segalanya demi pembuktian cintanya pada ALLAH, Tuhan sekalian alam...
Bersiap untuk menyembelih leher puteranya yang begitu dia cinta, demi cinta sejatinya..


Dan saat itulah, ketika Nabi Ibrahim berhasil membuktikan bahawa bagi dirinya, keinginan Allah adalah segala-galanyanya.. kembali Sang Maha Pemurah berkehendak..


Allah menukar Nabi Ismail dengan seekor kibasy


Dan Ibrahim berkata: "Sesungguhnya aku pergi menghadap kepada Tuhanku, dan Dia akan memberi petunjuk kepadaku.

"Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang saleh.

Maka Kami beri dia kabar gembira dengan seorang anak yang amat sabar.

Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: "Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu.

Maka fikirkanlah apa pendapatmu!"

Ia menjawab: "Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar".

Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipis (nya), (nyatalah kesabaran keduanya).

Dan Kami panggillah dia: "Hai Ibrahim,sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu", sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik.

Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata.

Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar



Karena sesungguhnya bukan darah Nabi Ismail yang dikehendaki oleh ALLAH ,
bukan ketakutan Siti Hajar yang dikehendakiNya,
dan bukan pula tubuh tua Nabi Ibrahim yang dikehendakiNya...

Tapi yang diuji adalah cinta Nabi Ibrahim..
Yang dilihat adalah bagaimana Nabi Ibrahim mampu 'menyembelih' cinta2 dunia yang
ada di hatinya..


Menyembelih cintanya pada harta..
Menyembelih cintanya pada orang lain, termasuk isteri dan anaknya
Menyembelih cintanya pada diri sendiri...
Menyembelih cintanya pada dunia dan nafsu...
Sehingga yang ada hanya cintanya pada Allah...


Dan Nabi Ibrahim berhasil membuktikannya...
Cintanya hanya untukNya...

Mencintai Allah mestilah melebihi cintanya kepada orang lain seperti orang tua, anak, diri sendiri dan sesiapa saja yang dekat dengan kita.

Beriman kepada Allah memiliki rasa manis yang tidak mungkin dinikmati, kecuali oleh orang yang beriman dengan sebenar-benar keimanan, penuh keikhlasan.


Itulah makna Aidil Adha yang akan datang tidak lama lagi.
Falsafah disebalik Hari Raya Korban.
Bukan sekadar berlumba-lumba menyembelih binatang korban sebanyak-banyaknya.
Tapi juga harus diiringi dengan menyembelih cinta lain yang ada di hati kita...


Cinta pada jawatan, harta benda dan wang ringgit.
Itulah cinta pada bintang-bintang yg bergemerlapan.


Cinta pada anak pinak dan isteri serta keluarga
Itulah ibaratnya cinta pada sang rembulan yg mendamaikan


Kenapa cinta itu yang kita cari selama ini?
Tidakkah kita tahu, bintang gemintang pasti gugur kebumi!!!
Tidakkah kita tahu, rembulan terkadang dilindungi awan?




Disaat anak2 menginggalkan kita
Disaat anak2 tidak lagi mampu memberi kebahagiaan, apa yg kau rasa?
Jiwamu merana, merintih, sedih, kecewa.
Kau terus hilang arah.



Disaat isteri/suami/keluarga meninggalkan kita
Apa yang terjadi pada kita?
Merana bukan?
Hidup tak lagi bermakna, jiwamu kosong dan hampa.
Dunia yg indah kau rasa gelap dan membosankan.


Kepada saudara saudari, ayah bonda, adik kakak dan abang
Letaklah cinta2 dunia mu hanya ditangan BUKAN dihati....


Reason why? Kerana apa?


Jika kau letak cinta duniamu hanya di tangan
Tatkala jawatan, pangkat, wang ringgit dan harta benda dan lain2 cinta dunia itu terlepas dari genggamanmu,
Kau masih punya ALLAH dihati.


Tapi jika letak selain ALLAH dihati,
Pasti jiwamu kosong, tak bererti lagi.


Mulai hari ini,
Marilah kita letaklah ALLAH dalam hati kita
bukan anak,
bukan isteri,
bukan pangkat
bukan harta,
bukan wang ringgit
segalanya bukan, MELAINKAN ALLAH.





Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan,iaitu:

Kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik,

yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh dan cabang pucuknya menjulang ke langit.


Ia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran).


Dan bandingan Kalimah yang jahat dan buruk samalah seperti sebatang pohon yang tidak berguna yang mudah tercabut akar-akarnya dari muka bumi;
tidak ada tapak baginya untuk tetap hidup.



Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat dan Allah menyesatkan orang-orang yang berlaku zalim (kepada diri mereka sendiri) dan Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendakiNya.
(Surah Ibrahim : 23-27)




Firman ALLAH dalam hadis Qudsi.


Hai manusia,
Tempatmu di syurga
Sebelum engkau masuk, telah Aku usir syaitan dari dalam syurga.

Tempatku didunia, adalah dalam hatimu
Sudahkah kau bersihkan hatimu dari selain Aku?!


Jadikan cinta kepada anak2 sebagai sejadah mendapat cinta dan redhanya ALLAH.
Jadikan cinta kepada suami/isteri sebagai sejadah mendapat cinta dan redhanya ALLAH.
Jadikan cinta kepada jawatan/harta/wang ringgit/pangkat sebagai sejadah mendapat cinta dan redhanya ALLAH.


Ketika kita mampu dan berjaya mengorbankan cinta dunia, cinta diri sendiri, cinta kepada selain Dia...

Atas Nama Allah....
Karena Allah...
Dan hanya untuk Allah semata-mata...


Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan takwa dari kamu.

Demikianlah Dia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya.

Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya.
(Al Hajj : 37)



Setiap orang cintanya masing-masing...
kisah cinta yang sejati..
kepada yang Maha Abadi...
Dan malaikat kemudian akan mencatat jalan hidup kita, menjadi kisah cinta yang abadi..


Itulah dia kebahagiaan yg kita akan dapati setelah kita menjadikan ALLAH sebagai matlamat dalam hidup kita.

Tersenyumlah kalian semuanya :)



Salam Aidil Adha

Tuesday, October 9, 2012

Dugaan demi dugaan

Alhamdulillah selesai sudah KBM di Sekolah Tunku Putera 2 hari lepas. Alhamdulillah segala pujian kepada Allah kerana memudahkan urusan kami. Walaupun sebenarnya hati ini ada perasaan bimbang apabila mengetahui melalui pengalaman yang lepas berprogram di sekolah tersebut hampir 20 orang pelajar histeria apabila selesai program tersebut.Hanya Allah tahu betapa aku bergelut dengan perasaan ketika itu. Pengalaman silam aku terbayang-bayang kembali. Bimbang episod silam akan berulang. Namun aku gagahi juga kerana aku tak mahu takut kepada bayang-bayang sendiri. Aku tidak mahu meletakkan ketakutan aku kepada makhluk lain melebihi daripada pengharapan aku kepada redha Allah s.w.t. Dan mungkin kerana aku sendiri mengetahui pengisian program tersebut sebenarnya amat2 sungguh berkesan bukan sahaja kepada adik-adik di luar sana tetapi kepada diri aku sendiri.

Setiap kali sesi KBM aku belajar perkara baru. Walaupun sebenarnya ada perasaan takut setiap kali sesi meniti angin malam ayat-ayat Allah sentiasa dilidah aku. Sekiranya ada pelajar yang nampak lemah aku akan biarkan senior-senior yang lebih berpengalaman handle kerana bimbang situasi akan menjadi lebih teruk. Namun perancangan Allah melebihi segala-galanya kerana KBM kali ini aku yang menjadi senior itu. Akhwat2 yang lain baru first time handle program itu dan kami hanya berlima. Sebelum pergi aku telah siapkan mental aku untuk menghadapi apa-apa kemungkinan dan aku berdoa kepada Yang Esa bersungguh-sungguh agar Allah memelihara kami semua daripada malapetaka.

Dan ya kami diuji bukan hanya disebelah malam sahaja tetapi juga disebelah siang. Inila kali pertama aku handle KBM pelajar-pelajar menjadi lemah disebelah siang. Kami terpaksa mengangkat 4 pelajar keluar agar situasi tidak menjadi lebih teruk. Mujur ada adik-adik KITAB. Kalau tidak aku tak tahu la macam mana nak handle apabila pelajar-pelajar berturut-turut jadi lembik.Aku menjadi bimbang kerana mengetahui pengisian sebelah malam akan lebih mencabar. Terus aku sms kepada rakan-rakan KBM yang lain mohon doa mereka agar permudahkan perjalanan kami dan mohon agar Allah memberi kekuatan kepada aku untuk melawan ketakutan sendiri. Seorang adik fasi meluahkan perasaan bimbang kepada aku. "Akak takut la......Kalau ada ustaz yang pandai baca xpa la jugak....Malam karang tak nak join boleh tak". Aku tersenyum. Dia tak tahu rasanya aku ni lagi berdebar lagi dari dia. " Insyaallah tak ada apa2.Doa banyak2 moga Allah lindungi kita. Kuasa Allah kan melebihi makhluk. Tentu ada sebabnya Allah pilih kita untuk menghadapi situasi sekarang. Jangan bimbangla abang-abang fasi dah banyak pengalaman handle kes-kes macam ni.".

Dan kami diuji apabila turut menerima berita kemalangan seorang ikhwah dalam perjalanan ke program. Allah. Tersentap aku apabila Achu memohon adik-adik mendoakan Suhaimi(abg lang) agar Allah selamatkan dia dan dia redha sekiranya Allah menyayangi dia. Air mata aku mengalir. Kerana aku tahu abg lang banyak menyumbang kepada dakwah. Hilang dia maka hilangla satu permata yang banyak menyumbang tenaga kepada dakwah. Dan apabila aku melihat Achu dan Abang Long tenang menerima perkhabaran itu dan handle program seperti biasa aku menjadi kagum. Kerana aku mengetahui mereka amat rapat. Bagai adik beradik.Mereka meletakkan jauh2 bebanan emosi yang mereka tanggung demi memastikan mesej kepada adik-adik yang mereka tidak kenal sebelum ini benar-benar sampai. 2 orang ikhwah yang lain bergegas untuk ke hospital. Alhamdulillah abg lang dah stabil.Dia patah paha kiri dan tangan kanan. Dan cedera dimuka.

Disebelah malam 4 pelajar yang lain menjadi lembik. Alhamdulillah tidak terjadi histeria berlebihan, Cuma perlu tenangkan mereka dengan zikir-zikir dan ayat-ayat Al-Quran sahaja. Dan alhamdulillah diaorg okay keesokan harinya.Dan aku sendiri terkejut bahawa aku dapat handle situasi sebegitu dan Allah mencampakkan rasa tenang kepada diri aku malam itu.Syukur padamu Ya Allah kerana mempermudahkan urusan kami.

Apabila aku pulang Allah mentarbiyah aku sekali lagi. Seorang akhwat yang juga merupakan isteri aktivis KBM telah kehilangan baby yang dia kandung kerana mengandung di luar rahim. Aku ketahui itu daripada fb dia. Allah. Sungguh tenang dia. Dan lebih mengagumkan lagi dia rela suami berjuang ditempat lain walaupun dia berdepan suatu keadaan yang berat dimana dia memerlukan suaminya disisi. Kalau tak silap aku dia dimasukkan kedalam wad dua hari sebelum itu iaitu pada hari Jumaat. Hari tersebut program sedang berlangsung. Allah sungguh kalian luarbiasa. Meletakkan redha Allah ditempat pertama dan tidak mementingkan diri semata-mata. Moga kalian tabah menghadapi ujian ini dan Allah gantikan rezeki yang lebih baik. Kalian mengajar aku Allah lah segala-galanya. Sungguh luarbiasa seseorang itu mampu berkorban apabila dia meletakkan cinta kepada Allah melebihi segala-galanya.

Ya Allah Kau ringankanlah bebanan yang mereka tanggung kerana hanya Kau mampu ringankan. Kau pulihkanlah abg Lang seperti biasa agar dia dapat terus berbakti di medan dakwah. Tetapkan hati kami berkasih sayang kerana mengharapkan redhaMu  dan teguhkan iman kami seperti mana Kau teguhkan iman para sahabat sebelum ini. Amin ya rab. 


Monday, September 24, 2012

Epilog Silam

Hmmm tak sabar rasanya utk turut serta menjadi fasilitator KBM di salah sebuah di Baling 5 Okt & 6 Okt ni. Moga Allah permudahkan niat aku ni agar dapat mentarbiyah adik-adik di luar sana dan seterusnya diri ini sendiri juga ditarbiyah. Sebenarnya mmg aku nantikan saat2 ini tidak lain tidak bukan untuk mengcharge bateri keimanan yang agak low.Mungkin kerana aku tak jumpa2 lagi bulatan gembira di Alor Setar ni walaupun beberapa usaha &sms telah dihantar. Malahan bekas naqibah yang sememangnya caring beberapa kali follow up dengan aku mengenai status terkini. Moga Allah permudahkan kerana diri ini amat merindui ukhuwah dan bulatan gembira itu.Sebenarnya program2 sebegini dapat memberi energy baru kepada pengerak dan malahan amat dinantikan kepada sesiapa yang pernah menyertainya. Kenapa? Tidak lain tidak bukan kerana terasa kelazatan dan kemanisannya. Tak percaya mungkin anda patut mencubanya.

Aku sendiri merupakan bekas almuni KBM Belia. KBM Belia( Keindahan Bersamamu) yang dianjurkan tak silap aku pada tahun 2008. Masyaallah tak tergambar perasaan ketika itu. Sayangnya Allah pada aku mengingatkan aku sesuatu yang kebanyakkan orang lupa. KBM adalah program motivasi yang sememangnya sempoi, tidak boring,penuh riang ria dan sememangnya sinonim dengan air mata sehingga ia digelar oleh kami Kem Bengkak Mata .Bukan kami fasilitor menyuruh peserta-peserta itu menangis tetapi air mata itu hasil dari keinsafan mereka sendiri. Ia menekankan ukhuwah sesama sahabat dan perhubungan kita dengan pencipta, rasul , ibubapa.

Ketika aku melalui KBM aku tertanya sendiri mahukah Allah bertemu dengan aku diakhirat kelak? Mahukah Dia memandang aku insan yang penuh dosa dan noda.Layakkah aku mendapat kasih sayangnya?  Sebenarnya aku patut berterima kasih kepada Kak Miza kerana mencadangkan aku pergi ke program sedemikian. Banyak insan sebenarnya aku patut berterima kasih kerana membimbing dan menarik aku ke gerabak dakwah yang pada satu ketika dahulu aku rasa aku tak mungkin sertainya atau agak fobia dengannya.Mungkin kerana tidak mengetahui betapa seronok dan bertuahnya seseorang berada di dalam gerabak ini. Akhi Yusni, Ukthi Aida, Kak Lat, Kak Lin, Kak Lilis dan ramai lagi yang tak tersebut namanya.Terima kasih buat kalian. Kerana menyelamatkan diri ini dari zaman kejahilan.Moga kalian dibalas syurga. Dan sebenarnya aku amat terhutang budi dengan seorang insan yang mula2 memperkenalkan aku kepada NGO ini. Dia tidak pernah lekang dalam doa harianku kerana aku sedar tanpa ajakan dia aku mungkin akan terus leka dengan dunia.

Tidak ada kepuasan yang lebih memuaskan apabila adik-adik yang disentuh hatinya berubah menjadi hamba dan sedar tanggungjawab dia dengan Pencipta . Malah ada diantara mereka terkenal dengan kenakalan mereka berubah dengan serta merta. Melihat ibu bapa yang terharu dengan perubahan anak mereka amat menyentuh hati ini.Sungguh hidayah milik Allah. Tetapi menjadi tanggugjawab kita utk berusaha mendapatkan hidayah tersebut.

"Sesungguhnya tanggungan Kamilah memberi hidayah petunjuk (tentang yang benar dan yang salah)."Surah Al-Lail, ayat : 12



Melihat kembali kisah silam sememangnya diri ini bertuah. Sentuhan hidayah pertama yang Allah berikan adalah pada ketika aku berada di Matrikulasi Negeri Sembilan. Satu keputusan besar aku ambil apabila bertekad untuk memakai hijab. Sukar aku gambarkan perasaan aku ketika itu. Satu ketenangan yang belum pernah aku rasa ketika aku berada di Matrikulasi itu. Apabila aku mengambil keputusan untuk bertudung aku tak tahu bagaimana untuk menyatakan perkara itu kepada keluarga aku. Aku risau dengan penerimaan orang sekelilingku dan kata-kata nista orang yang akan keluarkan pada ibuku kerana dia tidak bertudung  pada ketika itu(alhamdulillah kini dia sudah berhijab). Aku tidak mahu orang sangka aku lebih baik daripada ibuku kerana sebenarnya dia lebih baik daripadaku. Macam2 perkara berlenggar di kepala otak tetapi alhamdulillah Allah mudahkan untukku. Aku ingat lagi ketika aku keluar untuk makan ketika balik bercuti arwah bapa aku bertanya....."Ni pasai pa pakai tudung ni?". Aku menjawab"Shafiah nak pakai tudung sampai bila2 bukan masa belajar kat Kolej sahaja". Arwah bapa aku menjawab"Ok. Jgn main2 pakai tudung. Kejap pakai kejap tidak". Lega. Tidak ada tentangan. Malah mereka amat menyokong tindakan ku.Berbanding dengan orang lain yang mungkin terpaksa berhadapan  bermacam perkara.Dan apabila aku hendak keluar dari kolej itu aku menangis mengenangkan aku bakal berhadapan dunia. Aku takut aku akan leka.

Dan sememangnya aku leka dengan nikmat dunia.Tudung masih diatas kepala cuma ruh atau sebab asal aku bertudung hilang entah kemana. Sebenarnya apabila kita berseorangan dan tidak ada orang ingatkan memang mudah untuk kita tergelincir. Memang senang syaitan nak baham kita bila-bila masa. Kemudian Allah aturkan aku bertemu dengan seseorang yang bekerja di tempat  yang sama yang sememangnya aktif dengan NGO.Bermula daripada lawatan hospital aku mengenali teman-teman yang banyak mengingatkan aku tentang Yang Esa Paling tidak aku boleh lupakan Ukthi Aida ( kini sudah terputus hubungan dengan dia kerana dia berada Indonesia). Dia sentiasa mengajak aku ke program2 dan ceramah. Dan dia juga sebab utama aku turut serta dalam usrah. Aku masih ingat lagi dia bertanya nak tak kita pergi usrah? Aku bertanya kepada dia usrah tu apa?Ala ada belajar tajwid, baca Al- Quran. Rupanya lebih daripada itu usrah.Kebanyakkan bahasa arab yang aku tidak ketahui aku belajar daripada dia. Aku tidak boleh lupakan persahabatan aku dengan dia. Kelembutan dia berbicara. Semangat dia.Hikmah dia dalam berdakwah.Sungguh aku rindu kepada dia. Ketika dia hendak berangkat ke Indonesia aku menangis semahu-mahunya. Sehingga Kak Lin memujuk aku. Kami pun kat sini ramai. Jangan sedih. Tapi aku tahu Kak Lin pun turut rasa kehilangan dia.

Terima kasih Ya Allah kerana hidayahMu dan aku berharap ianya berpanjangan. Sekiranya ada bertanya samada aku akan tinggalkan medan ini aku akan katakan tidak. Malah ianya merupakan syarat pertama aku letakkan untuk sesiapa untuk berkahwin dengan aku. Selalu orang tanya nak orang macam mana? Automatik aku menjawab yang boleh faham dan menerima yang saya melakukan kerja amal. Bukan mudah orang untuk faham kenapa perlu menghabiskan masa, tenaga dan kadang kala wang ringgit untuk kerja-kerja dakwah. Tidak lain tidak bukan kami mengharapkan redha Allah. Tidak lain tidak bukan kami ingin Islam menang dan terus mekar dalam masyarakat. Tidak lain tidak bukan kami ingin orang lain merasai apa yang kami rasai apabila kami mendapat hidayah itu.

Menarik aturan Allah menemukan dengan insan2 tertentu agar aku tetap terus menerus mengingati Dia. Lalu aku bercita-cita menjadi seperti ukthi aida yang lembut dan penuh hikmah. Sebenarnya ramai dahagakan sentuhan itu cuma kita sahaja yang tidak sedar. Ramai yang ingin buat kebaikan tetapi tiada orang tunjukkan jalan untuk mereka. Dan lebih teruk lagi kita sendiri membuat andaian mereka tidak berminat hal sebegini dan perkara-perkara sebegini hanya sesuai untuk orang yang bertudung labuh atau ahli-ahli masjid.Kita menyerah kalah sebelum kita mencuba. Teringat saya pada satu cerita satu pasangan menyantuni remaja (mat rempit) untuk turut serta dalam gerabak ini. Berkali-kali ditolak. Akhirnya mereka mencari apa minat remaja. Remaja ini berminat dengan sukan badminton. Lalu mereka pun mengajak bermain badminton bersama-sama dan remaja itu bersetuju. Akhirnya remaja sendiri terharu kerana sifat prihatin mereka dan terlibat dalam aktiviti ini.Malahan menjadi fasilitator yang hebat disalah sebuah negeri. Pasangan ini mencari titik persamaan dan bukan titik perbezaan.

Wahai Pemberi hidayah jadikan hati ini sentiasa mensyukri nikmatmu. Wahai Pemberi hidayah kurniakan hidayahMu kepada insan-insan yang aku sanjungi dan sayangi. Wahai Pemberi hidayah janganlah Kau jadikan hati ini condong kepada kemungkaran setelah Kau berikan petunjuk kepada ku Ya Allah. Amin Ya Rab.


Monday, September 17, 2012

Luahan hati

Hebat dugaan emosi Kau berikan padaku ketika ini ya Allah. Aku mohon agar Kau dapat pelihara hatiku ini agar tidak meletakkan cinta yang lain lebih tinggi dari cintaMu. Ya Rahman dengan sifat kasih sayangmu aku meminta agar hati ini sentiasa tenang dan redha dengan setiap ketentuanmu. Ya rab aku tidak ada tempat mengadu selain Kau. Aku tidak peduli jika semua orang memandang hina aku asalkan Kau tidak memandang hina pada diriku. Aku sedar Ya Allah pada ketika ini aku diuji.Kuatkan imanku untuk melawan kelemahan diri. Tingkatkan kefahamanku untuk aku lebih mengenalmu. Ya rab tetapkanlah iman ku dan tetapkanlah aku di jalan dakwahmu. Kau tahu perjalananan aku menemui hidayahmu. Sungguh ianya bukan mudah.Tetapi aku tahu Kau menyayangi diriku. Berkali-kali jauh dan jatuh tetapi kemudian berkali-kali Kau tarik aku kembali agar mengingatiMu.

Aku yakin bahawa perjalanan ini tidak sia-sia. Ada sebab musababnya Kau pertemukan aku dengan insan tertentu agar aku tidak terus terleka. Ada sebab musababnya Kau letakkan aku ke dalam suatu situasi yang kadangkala aku rasa agak sesak dan berat untuk aku lalui. Kau mahu aku belajar sesuatu cuma mungkin aku adalah pelajar yang lambat untuk menangkap maksudMu itu.

Ya Muhaimin peliharalah hati ini Ya Allah agar ikhlas berjuang semata-mata mengharap redhaMu dan bukannya redha manusia. Kau lebih mengetahu apa terbaik untukku. Jadi aku pasrahkan segala pengharapan aku hanya kepadamu.Bantulah aku Ya Allah. Insan yang kerdil ini dalam mencari redha mu.