Hmmm tak sabar rasanya utk turut serta menjadi fasilitator KBM di salah sebuah di Baling 5 Okt & 6 Okt ni. Moga Allah permudahkan niat aku ni agar dapat mentarbiyah adik-adik di luar sana dan seterusnya diri ini sendiri juga ditarbiyah. Sebenarnya mmg aku nantikan saat2 ini tidak lain tidak bukan untuk mengcharge bateri keimanan yang agak low.Mungkin kerana aku tak jumpa2 lagi bulatan gembira di Alor Setar ni walaupun beberapa usaha &sms telah dihantar. Malahan bekas naqibah yang sememangnya caring beberapa kali follow up dengan aku mengenai status terkini. Moga Allah permudahkan kerana diri ini amat merindui ukhuwah dan bulatan gembira itu.Sebenarnya program2 sebegini dapat memberi energy baru kepada pengerak dan malahan amat dinantikan kepada sesiapa yang pernah menyertainya. Kenapa? Tidak lain tidak bukan kerana terasa kelazatan dan kemanisannya. Tak percaya mungkin anda patut mencubanya.
Aku sendiri merupakan bekas almuni KBM Belia. KBM Belia( Keindahan Bersamamu) yang dianjurkan tak silap aku pada tahun 2008. Masyaallah tak tergambar perasaan ketika itu. Sayangnya Allah pada aku mengingatkan aku sesuatu yang kebanyakkan orang lupa. KBM adalah program motivasi yang sememangnya sempoi, tidak boring,penuh riang ria dan sememangnya sinonim dengan air mata sehingga ia digelar oleh kami Kem Bengkak Mata .Bukan kami fasilitor menyuruh peserta-peserta itu menangis tetapi air mata itu hasil dari keinsafan mereka sendiri. Ia menekankan ukhuwah sesama sahabat dan perhubungan kita dengan pencipta, rasul , ibubapa.
Ketika aku melalui KBM aku tertanya sendiri mahukah Allah bertemu dengan aku diakhirat kelak? Mahukah Dia memandang aku insan yang penuh dosa dan noda.Layakkah aku mendapat kasih sayangnya? Sebenarnya aku patut berterima kasih kepada Kak Miza kerana mencadangkan aku pergi ke program sedemikian. Banyak insan sebenarnya aku patut berterima kasih kerana membimbing dan menarik aku ke gerabak dakwah yang pada satu ketika dahulu aku rasa aku tak mungkin sertainya atau agak fobia dengannya.Mungkin kerana tidak mengetahui betapa seronok dan bertuahnya seseorang berada di dalam gerabak ini. Akhi Yusni, Ukthi Aida, Kak Lat, Kak Lin, Kak Lilis dan ramai lagi yang tak tersebut namanya.Terima kasih buat kalian. Kerana menyelamatkan diri ini dari zaman kejahilan.Moga kalian dibalas syurga. Dan sebenarnya aku amat terhutang budi dengan seorang insan yang mula2 memperkenalkan aku kepada NGO ini. Dia tidak pernah lekang dalam doa harianku kerana aku sedar tanpa ajakan dia aku mungkin akan terus leka dengan dunia.
Tidak ada kepuasan yang lebih memuaskan apabila adik-adik yang disentuh hatinya berubah menjadi hamba dan sedar tanggungjawab dia dengan Pencipta . Malah ada diantara mereka terkenal dengan kenakalan mereka berubah dengan serta merta. Melihat ibu bapa yang terharu dengan perubahan anak mereka amat menyentuh hati ini.Sungguh hidayah milik Allah. Tetapi menjadi tanggugjawab kita utk berusaha mendapatkan hidayah tersebut.
"Sesungguhnya tanggungan Kamilah memberi hidayah petunjuk (tentang yang benar dan yang salah)."Surah Al-Lail, ayat : 12
Melihat kembali kisah silam sememangnya diri ini bertuah. Sentuhan hidayah pertama yang Allah berikan adalah pada ketika aku berada di Matrikulasi Negeri Sembilan. Satu keputusan besar aku ambil apabila bertekad untuk memakai hijab. Sukar aku gambarkan perasaan aku ketika itu. Satu ketenangan yang belum pernah aku rasa ketika aku berada di Matrikulasi itu. Apabila aku mengambil keputusan untuk bertudung aku tak tahu bagaimana untuk menyatakan perkara itu kepada keluarga aku. Aku risau dengan penerimaan orang sekelilingku dan kata-kata nista orang yang akan keluarkan pada ibuku kerana dia tidak bertudung pada ketika itu(alhamdulillah kini dia sudah berhijab). Aku tidak mahu orang sangka aku lebih baik daripada ibuku kerana sebenarnya dia lebih baik daripadaku. Macam2 perkara berlenggar di kepala otak tetapi alhamdulillah Allah mudahkan untukku. Aku ingat lagi ketika aku keluar untuk makan ketika balik bercuti arwah bapa aku bertanya....."Ni pasai pa pakai tudung ni?". Aku menjawab"Shafiah nak pakai tudung sampai bila2 bukan masa belajar kat Kolej sahaja". Arwah bapa aku menjawab"Ok. Jgn main2 pakai tudung. Kejap pakai kejap tidak". Lega. Tidak ada tentangan. Malah mereka amat menyokong tindakan ku.Berbanding dengan orang lain yang mungkin terpaksa berhadapan bermacam perkara.Dan apabila aku hendak keluar dari kolej itu aku menangis mengenangkan aku bakal berhadapan dunia. Aku takut aku akan leka.
Dan sememangnya aku leka dengan nikmat dunia.Tudung masih diatas kepala cuma ruh atau sebab asal aku bertudung hilang entah kemana. Sebenarnya apabila kita berseorangan dan tidak ada orang ingatkan memang mudah untuk kita tergelincir. Memang senang syaitan nak baham kita bila-bila masa. Kemudian Allah aturkan aku bertemu dengan seseorang yang bekerja di tempat yang sama yang sememangnya aktif dengan NGO.Bermula daripada lawatan hospital aku mengenali teman-teman yang banyak mengingatkan aku tentang Yang Esa Paling tidak aku boleh lupakan Ukthi Aida ( kini sudah terputus hubungan dengan dia kerana dia berada Indonesia). Dia sentiasa mengajak aku ke program2 dan ceramah. Dan dia juga sebab utama aku turut serta dalam usrah. Aku masih ingat lagi dia bertanya nak tak kita pergi usrah? Aku bertanya kepada dia usrah tu apa?Ala ada belajar tajwid, baca Al- Quran. Rupanya lebih daripada itu usrah.Kebanyakkan bahasa arab yang aku tidak ketahui aku belajar daripada dia. Aku tidak boleh lupakan persahabatan aku dengan dia. Kelembutan dia berbicara. Semangat dia.Hikmah dia dalam berdakwah.Sungguh aku rindu kepada dia. Ketika dia hendak berangkat ke Indonesia aku menangis semahu-mahunya. Sehingga Kak Lin memujuk aku. Kami pun kat sini ramai. Jangan sedih. Tapi aku tahu Kak Lin pun turut rasa kehilangan dia.
Terima kasih Ya Allah kerana hidayahMu dan aku berharap ianya berpanjangan. Sekiranya ada bertanya samada aku akan tinggalkan medan ini aku akan katakan tidak. Malah ianya merupakan syarat pertama aku letakkan untuk sesiapa untuk berkahwin dengan aku. Selalu orang tanya nak orang macam mana? Automatik aku menjawab yang boleh faham dan menerima yang saya melakukan kerja amal. Bukan mudah orang untuk faham kenapa perlu menghabiskan masa, tenaga dan kadang kala wang ringgit untuk kerja-kerja dakwah. Tidak lain tidak bukan kami mengharapkan redha Allah. Tidak lain tidak bukan kami ingin Islam menang dan terus mekar dalam masyarakat. Tidak lain tidak bukan kami ingin orang lain merasai apa yang kami rasai apabila kami mendapat hidayah itu.
Menarik aturan Allah menemukan dengan insan2 tertentu agar aku tetap terus menerus mengingati Dia. Lalu aku bercita-cita menjadi seperti ukthi aida yang lembut dan penuh hikmah. Sebenarnya ramai dahagakan sentuhan itu cuma kita sahaja yang tidak sedar. Ramai yang ingin buat kebaikan tetapi tiada orang tunjukkan jalan untuk mereka. Dan lebih teruk lagi kita sendiri membuat andaian mereka tidak berminat hal sebegini dan perkara-perkara sebegini hanya sesuai untuk orang yang bertudung labuh atau ahli-ahli masjid.Kita menyerah kalah sebelum kita mencuba. Teringat saya pada satu cerita satu pasangan menyantuni remaja (mat rempit) untuk turut serta dalam gerabak ini. Berkali-kali ditolak. Akhirnya mereka mencari apa minat remaja. Remaja ini berminat dengan sukan badminton. Lalu mereka pun mengajak bermain badminton bersama-sama dan remaja itu bersetuju. Akhirnya remaja sendiri terharu kerana sifat prihatin mereka dan terlibat dalam aktiviti ini.Malahan menjadi fasilitator yang hebat disalah sebuah negeri. Pasangan ini mencari titik persamaan dan bukan titik perbezaan.
Wahai Pemberi hidayah jadikan hati ini sentiasa mensyukri nikmatmu. Wahai Pemberi hidayah kurniakan hidayahMu kepada insan-insan yang aku sanjungi dan sayangi. Wahai Pemberi hidayah janganlah Kau jadikan hati ini condong kepada kemungkaran setelah Kau berikan petunjuk kepada ku Ya Allah. Amin Ya Rab.

No comments:
Post a Comment