Aduh2....... Hari yang memenatkan dua tiga hari ni. Kenduri merata-rata. Jamuan raya la, kenduri pertunangan la, kenduri kesyukuran menyambut kelahiran,kenduri kahwin dan sebagainya........Nampaknya semakin sihat dan berisila aku ni....Alhamdulillah. Semua itu rezeki dari Allah. Lagipun memang kewajipan kita memenuhi undangan seperti dalam riwayat Muslim. Bukankah Islam itu cantik? Sering menitik beratkan hubungan sesama manusia juga
”Hak muslim pada muslim yang lain ada enam yaitu,”(1) Apabila engkau bertemu, berilah salam padanya, (2) Apabila engkau diundang, penuhilah undangannya, (3) Apabila engkau dimintai nasehat, berilah nasehat padanya, (4) Apabila dia bersin lalu mengucapkan ’alhamdulillah’, doakanlah dia (dengan mengucapkan ’yarhamukallah’, pen), (5) Apabila dia sakit, jenguklah dia, dan (6) Apabila dia meninggal dunia, iringilah jenazahnya. (HR. Muslim).
Sebenarnya apa aku nak kongsi hari ni adalah tentang pengalaman aku turut serta menjayakan program jamuan raya dipejabat aku. Dalam satu hari tu aku rasa banyak ibrah yang boleh aku ambil sepanjang hari itu.
Ibrah yang pertama yang aku dapat ialah apabila kita melakukan kerja secara perpasukkan kerja akan menjadi lebih mudah tetapi setiap ahli pasukan mestilah tahu tanggungjawab masing-masing. Apa yang aku lihat kekuatan ahli kumpulan aku ialah mereka cepat untuk menyumbang bidang kepakaran masing-masing tanpa banyak songeh. Cepat memperbetulkan cacat cela yang ada dan pihak yang diperbetulkan itu tidak pula melenting tidak tentu hala. Contohnya dalam bab menyusun pinggan untuk VIP ada protokolnya...dimana hendak diletakkan sudu dan air minuman dan ditelangkupkan pinggan atau tidak.....Pada yang tidak tahu memang susun ikut suka tapi datang seorang untuk memperbetulkan dgn cara berhikmah dan takde pula aku lihat pihak satu lagi membuat muka. Sebaliknya membantu ikut cara yang diperlukan.Sebenarnya ini yang aku lihat kurang dalam dunia Islam. Kita asyik bercakaran tak tentu hala.Sudahnya nasib umat tidak terbela. Itu belum masuk lagi bab politik yang aku lihat amat buruk rupanya.Dan juga belum lagi tentang tukang komen orang-orang yang buat kerja kebajikan dan kebaikan. Itu tak kena ini tak kena. Janganlah kita pertikaikan tentang orang lain sebaliknya pertikaikan apa sumbangan kita.Kalau tak dapat nak tolong tolonglah jangan kusutkan keadaan.Berlapang dada lah apabila ditegur munasabah diri balik mungkin ada silap kat mana2.
Ibrah yang kedua yang aku dapat ialah bagaimana bahagianya disambut oleh malaikat disyurga. Mcm ni Dato dtg lewat. Jadi kami beranggapan dia mungkin tidak datang. Tiba2 teman aku mendapat panggilan dari big boss yang Dato akan datang. Maka apa lagi kelam kabut la kami. Cepat2 kutip pinggan yang banyak utk dicuci. Serve makan dan sebagainya. Apabila tiba Dato datang semuanya bangun tanda menghormati dia. Makanan dan air minuman diserve oleh pekerja. Akulah tukang servenya.Hehehe.Ok2. Terlintas di fikiran aku kata2 Prof Dr Harlina. Tidakkah kamu mahu mendapat layanan sebegini istimewa. Disambut oleh malaikat-malaikat dan bidadari dari syurga. Kalau didunia manusia mungkin ada cacat celanya melayan tetamu VIPnya tapi diakhirat malaikat-malaikat dan bidadari syurga layan kita sampai tak terjangkau fikiran kita nikmatnya.
Maka tidak ada seseorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (dari segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan mengembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan.- Surah As-Sajadah Ayat 17.
Ok kalau ditanya Dato aku pasti perjalanannya untuk mendapatkan posisi seperti sekarang tidaklah mudah. Begitulah dengan kedudukan kita disyurga kelak. Harga untuk mendapatkan syurga adalah mahal. Ada harga yang kita perlu bayar. Malah ada penduduk disyurga mencemburui ahli syurga yang lain kerana tingkat syurga yang dimilikinya. Mereka berharap mereka mampu beramal seperti ahli syurga tersebut. Bagaimana dengan kita? Adakah kita berebut-rebut utk melakukan kebaikan atau kita tunggu dan lihat sahaja orang melakukan kebaikan? Biarla diaorg buat baik aku takde masa......Aku bukan buat jahat pun insyaallah syurga aku punya.......Cukuplah dengan kebaikan yang aku lakukan ini...........Sekali lagi saya memberi peringatan untuk anda bahawa ada ahli syurga mencemburui ahli syurga yang lain kerana tingkat syurga yang dimilikinya.....Tidakkah anda teruja untuk mendapatkan yang terbaik? Terpulangla. The choice is yours.Memang kita akan masuk syurga dengan rahmat Allah jadi bukankah kewajipan kita untuk mendapatkan redha Allah terlebih dahulu. Bagaimana untuk mendapatkan redha Allah? Berbagai2 cara yang dinyatakan dlm Al-Quran.......Masalahnya adakah Al-Quran itu betul2 kita kaji dan jadikan bahan rujukan kita?
Rasa terlalu banyak untuk saya perbaiki diri saya dan terlalu tinggi cita-cita saya.Moga Allah mempermudahkan jalan untuk saya dalam mendapat redhaNya.

No comments:
Post a Comment