Hmm ini adalah soalan cepu emas yang sering ditanya kepada aku......Bila nak kahwin? Ni mesti memilih sgt sampai sekarang tak kawen2.......Hang ni tak takut jadi anak dara tua ka? Mcm2 la komen2 yang kadang2 kala akan menyebabkan gunung lava akan meletup dengan tiba-tiba.......Saya teringat satu post oleh seseorang akhwat semua orang sibuk tanya saya bila nak kawen daripada sibuk tanya saya berapa surah dalam Al-Quran yang saya hafal dan berapa surah yang saya amalkan seolah-olah berkahwin itu syarat utama masuk syurga.....Tersenyum saya baca luahan hati dia kerana mmg ternyata dia mmg benar... Sabar je la...Saya bukan anti perkahwinan. Malah saya sedar banyak hadis-hadis yang menggalakkan perkahwinan seperti:
"Kamu berkata begitu, ingatlah demi Allah sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut kepada Allah dan yang paling taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadangkala tidak berpuasa; aku sembahyang dan aku tidur; dan juga kahwin dengan perempuan. Barangsiapa tidak suka dengan sunnahku, dia bukanlah pengikutku".
Ini adalah salah satu hadis yang cukup popular yang mengalakkan perkahwinan.Sungguh saya mencemburui rakan-rakan lain yang dapat meningkatkan mutabaah amal mereka satu tangga lagi melalui perkahwinan dan dapat melahirkan mujahid dan mujahidah muda yang bakal menjadi saham mereka di akhirat kelak. Siapa tak mahu semua itu. Fitrah manusia sememangnya ingin di sayangi dan menyayangi. Tetapi ini tidak bermakna saya akan menerima semborno sahaja sesiapa yang ingin menikahi saya. Issh2x awek ni dah la takde calon siap nak memilih lagi. Padan muka sampai sekarang tak kawen. Jadi la ko anak dara tua............errrrrr..........
Sekiranya saya menerima sesiapa sahaja bermakna saya telah menempah salah satu tiket bencana terkini rumah tangga kerana konflik bakal berlaku. Sekiranya dia tidak mempunyai misi dan visi yang sama dalam hala tuju hidup bagaimana saya hendak mendapatkan sokongan ketika keadaan susah. Bagaimana saya hendak berkongsi dengan dia kegembiraan saya kerana pada dia mungkin itu bukan sesuatu situasi gembira.Perkahwinan bukan suatu perkara yang mudah. Ia bukan happy ending seperti kisah cinderalla yang berkahwin dengan putera idaman dia dan mereka bahagia selama-lamanya.Sekira ini la pemahaman anda mengenai perkahwinan bersedialah utk menghadapi culture shock dlm perkahwinan.
Ia menuntut pengorbanan dan pemahaman yang tinggi daripada kedua-dua pasangan. Ia merupakan satu tanggungjawab yang besar. Berkahwin dengan dia bermakna anda akan turut berkahwin dengan keluarganya, perangai baik dan buruknya, cita-citanya dan menjadi sebahagian dari hidupnya. Saya teringat kata-kata adik saya yang sedang melalui perkahwinan dan menjadi seorang ibu.......Issh aku rasa macam nak gila meroyan ja masa baru dapat iman.....Baru aku tahu betapa susahnya jadi ibu. Alhamdulillah dia tidak gila meroyan dan menjadi ibu yang baik kepada anaknya tetapi saya faham maksud dia.Ianya bukan mudah melalui satu fasa yang sebelum ini kita hanya memikirkan diri sendiri kepada fasa kita perlu memikirkan kebajikan orang lain dan orang dibawah tanggungan kita. Sungguh ini menuntut satu persediaan mental yang amat tinggi.Saya rasakan mungkin ini salah satu hikmah kenapa Allah tak datangkan jodoh yang tepat kepada saya kerana Dia ingin saya lebih bersedia. Membina diri saya agar dapat membina ummah diluar sana.
Kata-kata Nouman Ali Khan ilmuan agama yang agak terkenal di abad ini amat menyentuh hati saya. “We live in a society where we wake up our kids for school but not for fajr.". Alangkah benar kata-katanya. Kita lebih risau anak kita tidak ke sekolah dari kita risau dia tidak mahu bangun untuk mengerjakan solat subuh.Kita lebih risau dia tidak mendapat A dalam mata pelajarannya dari kita risau dia tidak boleh membaca Al-Quran. Mungkin kerana faktor pesekitaraan membuat kita terlupa bahawa dunia ini hanya tempat persinggahan. Dan sekiranya kita membina anak-anak yang lupakan agamanya tidak mustahil anak-anak ini akan menarik kita ke neraka. Nazubillah. Maka rugilah kita kerana anak tidak menjadi saham kita di akhirat kelak sebaliknya menjadi liabiliti di akhirat kelak.
Sekiranya direnung kembali perjalanan hidup saya yang mencari Mr Right mungkin boleh buat novel. Selalu tak jadi. Sehingga saat saya hampir dirisik oleh keluarga pihak lelaki ditakdirkan oleh Allah tak jadi sbb saya jatuh sakit .Tapi itulah perancangan dari Allah.Mungkin sahaja dari segi karakter, matlamat dan cita-cita kami tidak bersesuaian. Sebenarnya saya sejujurnya tidak mengenali lelaki tersebut. Ianya adalah aturan dari pihak keluarga. Saya cuma bercakap dengan ibunya sahaja dan saya rasa seronok dan selesa bercakap dengannya jadi saya pun bersetuju apabila ibunya ingin merisik saya di majlis pertunangan sepupu saya.Sekiranya di tanya apa terjadi kepada lelaki itu sejujurnya saya tidak tahu. Mungkin sahaja dia sudah berkahwin dan saya doakan dia bahagia.
Pada akhwat2 diluar sana sekiranya anda belum ditemukan dengan orang yang bersesuaian jangan bersedih kerana ini adalah perancangan Allah. Panjatkan doa dan pengharapkan kita kepada Dia kerana hanya Dia sahaja memahami. Carilah cinta Allah insyaallah Allah sayang pada kita Dia akan berikan yang terbaik pada kita. Mungkin sahaja kita tidak dpt melalui ujian berat dalam rumahtangga.Sekiranya tidak dapat disini insyaallah kita akan dipinang oleh bidadari syurga.So cheer up. Takde apa perlu dirisaukan. Jangan beratkan kepala dengan masalah tidak sepatutnya kerana masalah besar lain seperti nasib keluarga kita di Palestin,Syria perlu kita utamakan.

No comments:
Post a Comment