Tuesday, October 9, 2012

Dugaan demi dugaan

Alhamdulillah selesai sudah KBM di Sekolah Tunku Putera 2 hari lepas. Alhamdulillah segala pujian kepada Allah kerana memudahkan urusan kami. Walaupun sebenarnya hati ini ada perasaan bimbang apabila mengetahui melalui pengalaman yang lepas berprogram di sekolah tersebut hampir 20 orang pelajar histeria apabila selesai program tersebut.Hanya Allah tahu betapa aku bergelut dengan perasaan ketika itu. Pengalaman silam aku terbayang-bayang kembali. Bimbang episod silam akan berulang. Namun aku gagahi juga kerana aku tak mahu takut kepada bayang-bayang sendiri. Aku tidak mahu meletakkan ketakutan aku kepada makhluk lain melebihi daripada pengharapan aku kepada redha Allah s.w.t. Dan mungkin kerana aku sendiri mengetahui pengisian program tersebut sebenarnya amat2 sungguh berkesan bukan sahaja kepada adik-adik di luar sana tetapi kepada diri aku sendiri.

Setiap kali sesi KBM aku belajar perkara baru. Walaupun sebenarnya ada perasaan takut setiap kali sesi meniti angin malam ayat-ayat Allah sentiasa dilidah aku. Sekiranya ada pelajar yang nampak lemah aku akan biarkan senior-senior yang lebih berpengalaman handle kerana bimbang situasi akan menjadi lebih teruk. Namun perancangan Allah melebihi segala-galanya kerana KBM kali ini aku yang menjadi senior itu. Akhwat2 yang lain baru first time handle program itu dan kami hanya berlima. Sebelum pergi aku telah siapkan mental aku untuk menghadapi apa-apa kemungkinan dan aku berdoa kepada Yang Esa bersungguh-sungguh agar Allah memelihara kami semua daripada malapetaka.

Dan ya kami diuji bukan hanya disebelah malam sahaja tetapi juga disebelah siang. Inila kali pertama aku handle KBM pelajar-pelajar menjadi lemah disebelah siang. Kami terpaksa mengangkat 4 pelajar keluar agar situasi tidak menjadi lebih teruk. Mujur ada adik-adik KITAB. Kalau tidak aku tak tahu la macam mana nak handle apabila pelajar-pelajar berturut-turut jadi lembik.Aku menjadi bimbang kerana mengetahui pengisian sebelah malam akan lebih mencabar. Terus aku sms kepada rakan-rakan KBM yang lain mohon doa mereka agar permudahkan perjalanan kami dan mohon agar Allah memberi kekuatan kepada aku untuk melawan ketakutan sendiri. Seorang adik fasi meluahkan perasaan bimbang kepada aku. "Akak takut la......Kalau ada ustaz yang pandai baca xpa la jugak....Malam karang tak nak join boleh tak". Aku tersenyum. Dia tak tahu rasanya aku ni lagi berdebar lagi dari dia. " Insyaallah tak ada apa2.Doa banyak2 moga Allah lindungi kita. Kuasa Allah kan melebihi makhluk. Tentu ada sebabnya Allah pilih kita untuk menghadapi situasi sekarang. Jangan bimbangla abang-abang fasi dah banyak pengalaman handle kes-kes macam ni.".

Dan kami diuji apabila turut menerima berita kemalangan seorang ikhwah dalam perjalanan ke program. Allah. Tersentap aku apabila Achu memohon adik-adik mendoakan Suhaimi(abg lang) agar Allah selamatkan dia dan dia redha sekiranya Allah menyayangi dia. Air mata aku mengalir. Kerana aku tahu abg lang banyak menyumbang kepada dakwah. Hilang dia maka hilangla satu permata yang banyak menyumbang tenaga kepada dakwah. Dan apabila aku melihat Achu dan Abang Long tenang menerima perkhabaran itu dan handle program seperti biasa aku menjadi kagum. Kerana aku mengetahui mereka amat rapat. Bagai adik beradik.Mereka meletakkan jauh2 bebanan emosi yang mereka tanggung demi memastikan mesej kepada adik-adik yang mereka tidak kenal sebelum ini benar-benar sampai. 2 orang ikhwah yang lain bergegas untuk ke hospital. Alhamdulillah abg lang dah stabil.Dia patah paha kiri dan tangan kanan. Dan cedera dimuka.

Disebelah malam 4 pelajar yang lain menjadi lembik. Alhamdulillah tidak terjadi histeria berlebihan, Cuma perlu tenangkan mereka dengan zikir-zikir dan ayat-ayat Al-Quran sahaja. Dan alhamdulillah diaorg okay keesokan harinya.Dan aku sendiri terkejut bahawa aku dapat handle situasi sebegitu dan Allah mencampakkan rasa tenang kepada diri aku malam itu.Syukur padamu Ya Allah kerana mempermudahkan urusan kami.

Apabila aku pulang Allah mentarbiyah aku sekali lagi. Seorang akhwat yang juga merupakan isteri aktivis KBM telah kehilangan baby yang dia kandung kerana mengandung di luar rahim. Aku ketahui itu daripada fb dia. Allah. Sungguh tenang dia. Dan lebih mengagumkan lagi dia rela suami berjuang ditempat lain walaupun dia berdepan suatu keadaan yang berat dimana dia memerlukan suaminya disisi. Kalau tak silap aku dia dimasukkan kedalam wad dua hari sebelum itu iaitu pada hari Jumaat. Hari tersebut program sedang berlangsung. Allah sungguh kalian luarbiasa. Meletakkan redha Allah ditempat pertama dan tidak mementingkan diri semata-mata. Moga kalian tabah menghadapi ujian ini dan Allah gantikan rezeki yang lebih baik. Kalian mengajar aku Allah lah segala-galanya. Sungguh luarbiasa seseorang itu mampu berkorban apabila dia meletakkan cinta kepada Allah melebihi segala-galanya.

Ya Allah Kau ringankanlah bebanan yang mereka tanggung kerana hanya Kau mampu ringankan. Kau pulihkanlah abg Lang seperti biasa agar dia dapat terus berbakti di medan dakwah. Tetapkan hati kami berkasih sayang kerana mengharapkan redhaMu  dan teguhkan iman kami seperti mana Kau teguhkan iman para sahabat sebelum ini. Amin ya rab. 


No comments:

Post a Comment