Thursday, October 25, 2012

Sampaikan kerinduanku kepadanya

Aidiladha akan tiba esok. Entah kenapa  rasa rindu itu tiba-tiba datang menyapa. Rindu pada seseorang yang banyak berkorban untuk diri ini. Rindu pada insan yang aku yakin seratus peratus memberi kasih sayangnya tanpa syarat untukku. Ah beratnya menanggung rasa rindu. Ya Allah hanya aku dapat kirimkan doa untuk arwah bapa disana. Hampir setiap hari aku akan menyedekahkan surah Al-Mulk kepada  arwah, setiap kali solat mendoakan kesejahteraan bapaku disana dan aku yakin semua itu tidak cukup untuk membalas jasanya kepada ku. Jasanya membesarkan aku dengan penuh kasih sayang. Aku tidak akan berada di tempat aku ada sekarang sekiranya dia tidak mengeluarkan wang hasil dari titik peluhnya untuk membesarkan aku,menyekolahkan aku, hantar kesana kemari setelah aku abis pengajian, memberi pendidikan agama kepada aku and so on....The list so many tidak terungkap dengan kata-kata..............Malah ketika dewasa aku masih menyusahkan dia.....Dia tidak pernah merungut mahupun mengungkit........Entahlah rasa belum puas berbakti kepada arwah...........

Ketika aku kenang malam terakhir sebelum arwah meninggalkan kami aku jadi menyesal. Kerana aku tidak melayan arwah dek kerana kepenatan aku sendiri. Arwah menunjukkan tangannya kepadaku meminta simpati untuk diurut. Memang kebiasaan kami adik-beradik mengurutnya tapi entah kenapa aku rasa mengantuk sangat lalu aku menolaknya. Dan terus tidur. Tidak langsung difikir beban yang ditanggung oleh arwah ketika itu . Sedangkan dia bersekang mata menjaga aku ketika aku sakit dahulu. Dan tidak pernah aku sangka bahawa itulah permintaan terakhir arwah dan aku tidak dapat menunaikannya. Buat kalian yang masih ada ibu bapa hargailah mereka kerana kita tidak tahu bila mereka meninggalkan kita. Kerana apabila jadi seperti aku kalian akan rindu dan menyesal tak sudah.

Alhamdulillah aku masih ada ibu. Aku masih boleh berbakti kepada ibuku. Tapi ibu aku selalu menyatakan hidupnya tidak sama seperti dahulu kerana arwah bapa ku sudah tiada.Bukan sekali tapi hampir setiap hari aku  perhatikan ibu aku akan bertahajjud dan berqiamualai dan kadang2 aku perhatikan dia akan menangis. Bukan sekali tapi hampir setiap pagi ibu aku akan membaca ayat-ayat cinta Allah untuk disedekahkan untuk arwah. Dan hebatnya penangan cinta ibu aku berhijab kerana risaukan keadaan arwah disana. Siapa yang tidak rindu dengan insan yang telah bersamanya dengannya selama lebih 30 tahun. Bahkan orang yang lemah imannya mungkin tiba2 akan hilang akal atau hilang pendoman. Tapi ibu aku kuat. Dia tidak bersedih untuk satu tempoh yang lama. Dia tahu dia perlu kuat demi anak-anak tercinta. Dia tahu  lebih banyak orang diuji lebih hebat daripadanya. Dan dia tahu dia masih mampu menolong arwah dengan mengirim doa kepadanya.

Siapakah yang meniupkan roh kasih sayang antara manusia itu? Bukankah Dia Ar-Rahman? Lalu siapa yang kita rindu sebenarnya bapa atau suami kita? Atau Dia Ar-Rahim?

Kematian adalah satu kepastian. Cuma bagaimana kita mahu pengakhirannya untuk kita. Tentunya dalam husnul khatimah. Oleh itu wajib kita berusaha ke arahnya kerana hidayah tidak datang bergolek. Ianya perlu dicari. Harga syurga terlalu mahal kerana nikmatnya tidak dapat dibayangkan oleh akal sekali pun.

" Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan."
Surah Al- Imran ayat 185

Arwah juga seseorang tidak pernah bersangka buruk kepada orang. Tidak sekali pun aku melihat dia mengutuk atau berkata buruk tentang orang lain. Dia juga seorang penyabar. Sayang pada kanak-kanak. Sayang pada binatang. Selalu menolong orang dalam keperluan. Malahan dia juga boleh dikatakan sumber ekonomi kepada keluarganya. Sentiasa mengutamakan ibu sehingga dia menolak kenaikan pangkat kerana risau keadaan ibunya yang tua sekiranya dia berpindah ke Sabah. Arwah juga tidak pernah berbangga dengan kedudukan dia miliki. Dia mengajar kami adik beradik agar berserdahana dalam segala hal. .


Arwah juga sentiasa mementingkan hubungan persahabatan. Pernah sekali rakan dia menelefon kerana hairan dia tidak membalas message atau panggilan telefon. Aku katakan pada dia bahawa dia telah meninggal dan memohon maaf kerana tidak memaklumkan kepada beliau. Agak mustahil bagi kami memaklumkan kepada semua rakan arwah kerana sememangnya ramai. Dia agak kecewa arwah tidak dapat menghadiri perkahwinan anak perempuannya dan mendoakan kesejahteraan arwah. Dia juga memberitahu sekiranya keluarga aku memerlukan apa-apa bantuan hubungilah dia. Kebaikan sentiasa dibalas kebaikan. Sekiranya tidak pada diri kita mungkin pada keluarga kita.

Pemergiannya ditangisi bukan sahaja kami adik-beradik, tetapi anak-anak saudaranya dan rakan taulannya.Aku ingat lagi apabila pergi melawat bekas jiran di Pulau Pinang dia menangis mengenangkan arwah. Aku ingat lagi apabila pergi melawat ke rumah rakan seuniversiti arwah yang juga merupakan saudara terdekat arwah menangis apabila bercakap tentang arwah. Moga tangisan mereka itu menjadi pembela untuk arwah di masyhar kelak.

Ya Allah sampaikan kerinduanku kepadanya. Sampaikan doaku kepadanya. Ampunkan segala kesalahan dosanya kerana dia juga manusia biasa. Lapangkan kuburnya. Bahagiakan dia di alam barazkh sana. Pertemukan kami disyurga kelak. Amin ya rabb.


Specially dedicate to my late father Syed Amir Syed Ali. Moga dirimu menemui ketenangan abadi dan tenang beristhrehat disana.

p/s : Mohon pembaca blog sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah. Senyum tanda aman.....:)






No comments:

Post a Comment