Friday, April 1, 2011
Motorola telah menerima ku.....TQ Allah.........
Benarlah kata orang jika Allah mengehendaki kebaikan pada diri seseorang tiada satu pun boleh menghalangnya begitu juga dengan keburukan........Interview aku hadiri berjalan dengan mudah......Dapat aku katakan keajaiban telah berlaku.....Mahu tidak gaji ditawarkan tinggi dari gaji aku sebelum ini sedangkan experience aku tidak banyak......Kalau nak ikutkan English aku pun tak la fluent sgt.......Memang satu keajaiban telah berlaku dan pada ketika ini akulah insan paling gembira
Aku banyak belajar Ya Allah......Tawakal kepada mu merupakan suatu nikmat.........Aku perlu tertib dalam menitipkan doa kepadaMu dan menyakini Kau memberikan terbaik............Perjalanan hidupku masih jauh Ya Allah.......Kau sertailah dengan rahmatMu.....Biarlah rezeki ini berpanjangan......Jadikan lah aku pekerja yang cemerlang agar mereka boleh convert aku ke permanent staff.........Janganlah Kau bebankan aku dengan bebanan yang tidak aku mampu tanggungnya.........
Sebenarnya aku masih takut aku tak mampu meet performance seperti sebelum ini........Tapi insyaallah dengan berkat doa harianku serta ibu ku aku pasti dapat mengharunginya........Kau mengabulkan doa hambamu maka kabulkan permintaan hambamu yang bergantung padamu ini.......
Tuesday, January 25, 2011
Sayangnya Allah pada kita...............
Aku terasa jauh dari rahmat Allah namun Allah menyakinkan aku bahawa aku tidak berseorangan dalam menjalani kehidupan seharian......Terlalu banyak dosa ku kepadaMu namun Kau tidak putus2 memberi ku hidayah kepadaku.....Aku malu padaMu Ya Allah......Terlalu banyak meminta tetapi terlalu sedikit aku beri padaMu........Kau hadiahkan aku ujian namun aku kecewa.........Hati aku meronta bertanya sampai bila ujian ini untuk aku.........Aku ingin berjaya seperti rakan-rakan ku yang lain....Aku bertanya dimana silapnya sedangkan silap itu berpunca daripada ku sendiri.....
Masihkah ada keampunan untukku? Apabila aku baca bloq saudara seislam ku baru aku sedar betapa besar rahmatmu kepadaku sekiranya aku bersabar...........Disini aku kongsikan apa yang telah ku baca....................
Kali pertama bumi ini di ciptakan. Katanya bumi ini selalu bergoyang, bergoncang, dan tidak berputardgn stabil malah tidak berputar pd paksinya…Perkara ini merunsingkan para malaikat lalu para malaikat mnghadap Allah SWT..
“Wahai Rabb, Yang Maha Mengetahui, mengapa bumi ini bergoyang?” Tanya para malaikat.
Setelah itu, Allah terus menciptakan gunung-ganang di berbgai belahan bumi. Apa yg trjadi sememangnya benar setelah diciptakan gunung-ganang, bumi pun diam kemudian berputar sesuai paksinya. Maka kemudian gunung pun dikenali sebagai paku bumi yang diciptakan Allah SWT..
Setelah Allah menciptakan paku bumi iaitu gunung-ganang, kemudian para malaikat pun bertanya lagi.
"Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari paku?"
"Ada!" Jawab Allah " Iaitu api, yang dengan panasnya dapat melelehkan besi"
"Adakah yang lebih kuat lagi selain api, Ya Rabb?" tanya malaikat lagi
"Ada! yakni air yang dapat memadamkan api." Jawab Allah lagi
"Jadi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat lagi selain air?" sambung malaikat.
"Ada! Iaitu angin, yang kerananya dapat mmbawa air ke mana pun ia menghembus." Jawab Allah lagi.
"Tapi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari semua itu? (gunung, api, air, angin?)" malaikat bertanya lagi.
"Ada!
"IAITU NAFAS HAMBAKU YANG BERDOA KEPADAKU. KERANA SESUNGGUHNYA DOA ITU MAMPU MENGUBAH TAKDIRKU."
demikian Allah SWT menjelaskan..
~HADIS KUDSI~
Daripada hadis tersebut menunjukkan betapa Allah sayangkan hamba-hambanya dan mengharapkan doa hambanya.....Dia menolak semua ciptaanNya yang hebat dan membesarkan doa hambanya sedangkan hambanya masih keras hati. Kau mengingatkan aku aku masih mempunyai doa dalam kehidupan seharian ku. Kau menjanjikan doa mampu mengubah takdirmu. Betapa bodohnya aku Ya Allah. Lemah dan masih ragu-ragu dengan janjimu. Padanlah doaku tidak dikabulkan. Hatiku penuh dengan titik hitam.
Kau ingin hapuskan dosa dan mengangkat darjatku disisimu tapi aku kecewa. Ampunkan aku Ya Allah.........Sekiranya Kau tidak mengampunkan aku akulah menjadi manusia paling rugi di muka bumi ini...............
Hanya padaMu aku meminta dan hanya padaMu aku mengadu kerana Kaulah sebaik-baik pergantunggan..........Jadikanlah aku hamba yang tahu bersyukur. Aku tidak mahu menjadi hambamu yang kufur nikmat...........Kau banyak mengajarku dan tidak putus-putus memberi hidayahmu kepadaku.......Jangan Kau alihkan pandanganmu dari ku kerana aku tidak mampu menjalani kehidupan ini seorang diri...............
Kau sejak dahulu merancang terbaik untukku.....Mempertemukan aku dengan org2 yang baik...Menghadiahkan aku sahabat2 yang baik..........Sekiranya aku lalai Kau cepat sedarkan aku...Ya Allah moga hidayah ini berpanjangan................
Saturday, January 15, 2011
La Tahzan........................
La Tahzan Sharifah Shafiah masih banyak nikmati yang ada pada diri kau....Tidakkah kau tahu bersyukur?
.........dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah,nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya.........<>
La Tahzan Sharifah Shafiah pilihan Allah adalah Pilihan Terbaik................
Kenapa aku perlu rasa begini? Terlalu lemah dan tidak berdaya........Mudah berputus asa dengan rahmat Allah......Mungkin sebab aku terlalu berfikir mengenai masa depan aku........Aku tidak berdaya lagi Ya Allah....Mahu saja aku mengalah ..........Malah aku telah pun mengalah.....Kembalikan motivasi aku Ya Allah....Pimpinlah daku ke jalan Kau redhai.....Sekiranya ini kifarah kepada dosa-dosaku aku redha..........Apa yang harus aku lakukan Ya Allah ? Kau tunjukkan lah aku jalannya agar aku tidak merasa keseorangan mengharungi dunia yang penuh pacaroba ini............
Tadi aku sempat menjenguk ke Laman Web Dr Asri....Terbaca postnya Mencari Penawar Duka,Pengubat Sengsara........Terkedu aku seketika apabila aku membaca entry.....antara penghalang rahmat Allah kepada diriku adalah dosa-dosaku. Ya dosa-dosa ku terlalu banyak seumpama butir-butir pasir di pantai...........Aku terlupa untuk beristighfar kepadaNya mengenai dosa-dosaku.........Mungkinkah Dia nerindui tangisan keinsafan di malam hari lalu menghadiahkan ujian ini. Ujian yang terlalu kecil jika dibandingkan nabi dan para rasul terdahulu.
Ya Allah ampunkan daku dan anugerahkan daku rahmatMu............
Saturday, October 30, 2010
KL kau membosankan aku
Sunday, August 15, 2010
Remaja Rai Ramadhan
Wednesday, June 30, 2010
Alhamdullilah
Terukkan aku? Kenapa aku jadi insan yang tak tahu bersyukur? Masih terkilan sedangkan nikmat Allah banyak aku nikmati. Ibubapa aku masih hidup. Aku masih mempunyai keluarga. Tiada anggota badan aku yang cacat. Kenapa Sharifah Shafiah Engkau menjadi hamba Allah yang lupa? Kau lupa menyerahkan sepenuhNya urusan kepada Allah.Allah lebih mengetahui apa terbaik buatmu dan Dia sekali-kali tidak menzalimi hambanya.Sebenarnya banyak rahsia Allah yang kau tidak ketahui Sharifah Shafiah.
Sebenarnya boleh aku simpulkan aku dalam proses untuk belajar perkataan yang besar iaitu reda dan bersabar. Bukan hanya dimulut tetapi dihati dalam mengagungkan Allah. Aku bukan ditahap cintakan Allah tetapi masih belajar untuk mencintainya. Ya Allah Kau rawatlah hatiku yang berpenyakit ini. Berilah aku peluang mengenalmu dengan lebih rapat lagi.
Teman-teman kalian tolong doakan aku ya............
Monday, June 7, 2010
Doa
Persoalannya sekarang kenapa doa tidak dimakbulkan? Contohnya dimana Allah letakkan doa kaum muslimin untuk membebaskan Palestin. Itu adalah rahsia Allah. Hanya Allah mengetahui perancangan yang ditentukannya. Kita sebagai hambaNya wajib berusaha kemudian bertawakal kepadaNya. Sekiranya doa kita tidak dimakbulkan didunia diakhirat nanti pasti ada balasan untuk kita. Rakyat Palestin contohnya dijanjikan syahid dan syurga Allah kerana mempertahankan Baitulmaqdis. Betapa beruntungnya mereka. Sengsara didunia tetapi diakhirat hidup di syurga.
Ketika Ibrahim bin Adham (seorang ahli tasawuf terkenal) berada di tengah-tengah pasar Basrah, beliau telah dikerumuni oleh orang ramai.
Di antara mereka ada yang bertanya: " Kenapakah doa kami tidak dimakbulkan Allah, sedangkan kami bermohon kepada-Nya?".
Jawab Ibrahim : "Kerana hati mereka buta disebabkan sepuluh perkara:
1. Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak menunaikan suruhan-Nya.
2. Kamu menyangka kamu cinta kepada Rasul Allah, tetapi kamu meninggalkan sunahnya.
3. Kamu telah membaca Al-Quran, tetapi kamu tidak beramal dengannya.
4. Kamu telah makan nikmat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan syukur-Nya.
5. Kamu telah berkata syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya.
6. Kamu telah berkata syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal untuknya.
7. Kamu berkata neraka itu benar, tetapi kamu tidak lari daripadanya.
8. Kamu berkata mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia untuknya.
9. Kamu bangun daripada tidur lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia, tetapi kamu lupa keaiban diri sendiri.
10. Kamu kebumikan mayat-mayat kamu (sahabat-sahabatmu) tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripada mereka.
Ketika aku membaca sebab 10 perkara sebab doa tidak makbulkan aku bertanya sendiri "Adakah aku masuk dalam 10 golongan ini?" Sebab itu doaku tidak dimakbulkan walaupun hampir setiap malam aku melakukan solat hajat, setiap solat fardu aku mengangkat tangan untuk memperoleh secebis peluang untuk berkerja.Mungkin ada kebenarannya kerana aku membaca Al-Quran tetapi tidak memahami maksudnya. Lantas aku mengangkat tangan memohon keampunan agar dijauhi dari murkaNya. Ampunkan aku Ya Allah sekiranya aku mendatangkan murkaMu kerana aku hamba yang lemah. Tidak lepas dari kesalahan yang tidak ku sedari. Tidak mengapa kalau Kau uji aku didunia tapi jangan Kau hina aku diakhirat sana. Aku redha kesusahan didunia tetapi aku tidak sanggup siksaMu diakhirat sana.
Ramai yang memberi nasihat aku. Bersabar pasti ada rezeki untukku. Cuma lambat dengan cepat saja. Lalu aku bersangka baik kepada Allah.Bila ALLAH cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun...
Pasti ada perancangan lebih baik untuk aku apabila pelbagai interview aku hadiri tetapi gagal. Allah mengetahui kekuatan serta kelemahanku. Dia sedang mengajarku untuk bersabar.Allah sentiasa dengan orang bersabar.
Hari Khamis aku mendapat panggilan interview untuk berkerja dikilang Bluemetal Penang sebagai Account Assistant. Aku mohon doa rakan2 semua agar aku berjaya didalam interview tersebut seterusnya mendapat perkerjaan. Seandainya perkerjaan tersebut bukan untuk ku aku mohon doa rakan-rakan sekalian agar doakan ketabahan ku. Jangan biarkan aku mudah mengalah. Doakan ketetapan iman ku dan sentiasa berada dalam rahmat Allah.
Ya Allah bantulah hambaMu dalam menjalani kehidupan dunia yang penuh pancaroba ini. Aku takut Ya Allah kiranya aku gagal dalam ujian dunia. Lindungilah aku dari hasutan syaitan dan nafsuku sendiri. Berikanlah aku syurga di akhirat sana. Jadikanlah aku wanita soleha yang sentiasa ingat dan menegakkan syiarMu.
