Wednesday, June 30, 2010

Alhamdullilah

Alhamdullilah itu yang patut aku ucapkan sekarang apabila interview yang aku hadiri di Forward Freight telah berjaya dan aku akan bermula bekerja hari Isnin ni. Takde soalan pelik2 kenapa aku resign di Western Digital sedangkan aku bekerja hanya dalam masa sebulan sahaja. ( kalau tanya jenuh aku nak memikirkan ayat memberitahu perkara sebenarnya), kenapa aku tak bekerja dan sebagainya. Cuma mereka agak hairan kenapa aku sanggup bekerja dengan gaji sikit sedangkan di Western Digital aku menerima imbuhan yang agak banyak. Allah memang mudahkan urusan interview hari itu. Pada pandangan mereka aku calon yang terbaik. Alhamdullilah. Tapi di sebalik ucapan Alhamdullilah itu aku gagal mengagungkan kebesaran Allah. Hati aku berpenyakit. Nikmat Allah gagal aku syukuri sepenuhnya. Ya Allah bantulah hambaMu yang lemah ini dalam meredhai ujian kau berikan kepada aku kerana aku masih terikat dengan nikmat dunia.Aku sebenarnya agak terkilan kerana kerja yang aku dapat bukan dalam bidang pengajian aku iaitu perakaunan. Sebenarnya bukan mudah untuk aku dapat kerja di Western Digital. Aku mengambil masa yang agak lama iaitu 2 tahun untuk mendapat pekerjaan yang aku suka. Tapi sayangnya nikmat itu hanya sementara kemudian nikmat itu Allah tarik balik. Aku agak terkilan gaji dahulu agak besar kini gaji sedikit. YA AKU TERKILAN.........
Terukkan aku? Kenapa aku jadi insan yang tak tahu bersyukur? Masih terkilan sedangkan nikmat Allah banyak aku nikmati. Ibubapa aku masih hidup. Aku masih mempunyai keluarga. Tiada anggota badan aku yang cacat. Kenapa Sharifah Shafiah Engkau menjadi hamba Allah yang lupa? Kau lupa menyerahkan sepenuhNya urusan kepada Allah.Allah lebih mengetahui apa terbaik buatmu dan Dia sekali-kali tidak menzalimi hambanya.Sebenarnya banyak rahsia Allah yang kau tidak ketahui Sharifah Shafiah.
Sebenarnya boleh aku simpulkan aku dalam proses untuk belajar perkataan yang besar iaitu reda dan bersabar. Bukan hanya dimulut tetapi dihati dalam mengagungkan Allah. Aku bukan ditahap cintakan Allah tetapi masih belajar untuk mencintainya. Ya Allah Kau rawatlah hatiku yang berpenyakit ini. Berilah aku peluang mengenalmu dengan lebih rapat lagi.
Teman-teman kalian tolong doakan aku ya............

2 comments: