Tuesday, January 25, 2011

Sayangnya Allah pada kita...............

Hmmmmmmmmm...........Apa khabar rakan2? Apa khabar iman rakan2.........Terima kasih kerana sudi menjenguk bloq ni.........Rajin pulak aku post entry kat sini.....Maklumla sekarang menganggur....Moga Allah beri aku jalan keluar dari masalah ini........Moga aku menjadi Sharifah Shafiah yang dahulu.....Positif dalam menjalani kehidupan sehariannya........

Aku terasa jauh dari rahmat Allah namun Allah menyakinkan aku bahawa aku tidak berseorangan dalam menjalani kehidupan seharian......Terlalu banyak dosa ku kepadaMu namun Kau tidak putus2 memberi ku hidayah kepadaku.....Aku malu padaMu Ya Allah......Terlalu banyak meminta tetapi terlalu sedikit aku beri padaMu........Kau hadiahkan aku ujian namun aku kecewa.........Hati aku meronta bertanya sampai bila ujian ini untuk aku.........Aku ingin berjaya seperti rakan-rakan ku yang lain....Aku bertanya dimana silapnya sedangkan silap itu berpunca daripada ku sendiri.....

Masihkah ada keampunan untukku? Apabila aku baca bloq saudara seislam ku baru aku sedar betapa besar rahmatmu kepadaku sekiranya aku bersabar...........Disini aku kongsikan apa yang telah ku baca....................

Kali pertama bumi ini di ciptakan. Katanya bumi ini selalu bergoyang, bergoncang, dan tidak berputardgn stabil malah tidak berputar pd paksinya…Perkara ini merunsingkan para malaikat lalu para malaikat mnghadap Allah SWT..

“Wahai Rabb, Yang Maha Mengetahui, mengapa bumi ini bergoyang?” Tanya para malaikat.

"kerana belum dipaku" jawab Allah singkat..

"Lalu, bagaimana Engkau memaku bumi wahai Rabb?" Tanya para malaikat lagi..

"Aku akan menciptakan gunung-ganang." Jawab Allah

Setelah itu, Allah terus menciptakan gunung-ganang di berbgai belahan bumi. Apa yg trjadi sememangnya benar setelah diciptakan gunung-ganang, bumi pun diam kemudian berputar sesuai paksinya. Maka kemudian gunung pun dikenali sebagai paku bumi yang diciptakan Allah SWT..

Setelah Allah menciptakan paku bumi iaitu gunung-ganang, kemudian para malaikat pun bertanya lagi.

"Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari paku?"

"Ada!" Jawab Allah " Iaitu api, yang dengan panasnya dapat melelehkan besi"

"Adakah yang lebih kuat lagi selain api, Ya Rabb?" tanya malaikat lagi

"Ada! yakni air yang dapat memadamkan api." Jawab Allah lagi

"Jadi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat lagi selain air?" sambung malaikat.

"Ada! Iaitu angin, yang kerananya dapat mmbawa air ke mana pun ia menghembus." Jawab Allah lagi.

"Tapi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari semua itu? (gunung, api, air, angin?)" malaikat bertanya lagi.

"Ada!

"IAITU NAFAS HAMBAKU YANG BERDOA KEPADAKU. KERANA SESUNGGUHNYA DOA ITU MAMPU MENGUBAH TAKDIRKU."

demikian Allah SWT menjelaskan..

~HADIS KUDSI~



Daripada hadis tersebut menunjukkan betapa Allah sayangkan hamba-hambanya dan mengharapkan doa hambanya.....Dia menolak semua ciptaanNya yang hebat dan membesarkan doa hambanya sedangkan hambanya masih keras hati. Kau mengingatkan aku aku masih mempunyai doa dalam kehidupan seharian ku. Kau menjanjikan doa mampu mengubah takdirmu. Betapa bodohnya aku Ya Allah. Lemah dan masih ragu-ragu dengan janjimu. Padanlah doaku tidak dikabulkan. Hatiku penuh dengan titik hitam.

Kau ingin hapuskan dosa dan mengangkat darjatku disisimu tapi aku kecewa. Ampunkan aku Ya Allah.........Sekiranya Kau tidak mengampunkan aku akulah menjadi manusia paling rugi di muka bumi ini...............

Hanya padaMu aku meminta dan hanya padaMu aku mengadu kerana Kaulah sebaik-baik pergantunggan..........Jadikanlah aku hamba yang tahu bersyukur. Aku tidak mahu menjadi hambamu yang kufur nikmat...........Kau banyak mengajarku dan tidak putus-putus memberi hidayahmu kepadaku.......Jangan Kau alihkan pandanganmu dari ku kerana aku tidak mampu menjalani kehidupan ini seorang diri...............

Kau sejak dahulu merancang terbaik untukku.....Mempertemukan aku dengan org2 yang baik...Menghadiahkan aku sahabat2 yang baik..........Sekiranya aku lalai Kau cepat sedarkan aku...Ya Allah moga hidayah ini berpanjangan................





No comments:

Post a Comment