Monday, September 24, 2012

Epilog Silam

Hmmm tak sabar rasanya utk turut serta menjadi fasilitator KBM di salah sebuah di Baling 5 Okt & 6 Okt ni. Moga Allah permudahkan niat aku ni agar dapat mentarbiyah adik-adik di luar sana dan seterusnya diri ini sendiri juga ditarbiyah. Sebenarnya mmg aku nantikan saat2 ini tidak lain tidak bukan untuk mengcharge bateri keimanan yang agak low.Mungkin kerana aku tak jumpa2 lagi bulatan gembira di Alor Setar ni walaupun beberapa usaha &sms telah dihantar. Malahan bekas naqibah yang sememangnya caring beberapa kali follow up dengan aku mengenai status terkini. Moga Allah permudahkan kerana diri ini amat merindui ukhuwah dan bulatan gembira itu.Sebenarnya program2 sebegini dapat memberi energy baru kepada pengerak dan malahan amat dinantikan kepada sesiapa yang pernah menyertainya. Kenapa? Tidak lain tidak bukan kerana terasa kelazatan dan kemanisannya. Tak percaya mungkin anda patut mencubanya.

Aku sendiri merupakan bekas almuni KBM Belia. KBM Belia( Keindahan Bersamamu) yang dianjurkan tak silap aku pada tahun 2008. Masyaallah tak tergambar perasaan ketika itu. Sayangnya Allah pada aku mengingatkan aku sesuatu yang kebanyakkan orang lupa. KBM adalah program motivasi yang sememangnya sempoi, tidak boring,penuh riang ria dan sememangnya sinonim dengan air mata sehingga ia digelar oleh kami Kem Bengkak Mata .Bukan kami fasilitor menyuruh peserta-peserta itu menangis tetapi air mata itu hasil dari keinsafan mereka sendiri. Ia menekankan ukhuwah sesama sahabat dan perhubungan kita dengan pencipta, rasul , ibubapa.

Ketika aku melalui KBM aku tertanya sendiri mahukah Allah bertemu dengan aku diakhirat kelak? Mahukah Dia memandang aku insan yang penuh dosa dan noda.Layakkah aku mendapat kasih sayangnya?  Sebenarnya aku patut berterima kasih kepada Kak Miza kerana mencadangkan aku pergi ke program sedemikian. Banyak insan sebenarnya aku patut berterima kasih kerana membimbing dan menarik aku ke gerabak dakwah yang pada satu ketika dahulu aku rasa aku tak mungkin sertainya atau agak fobia dengannya.Mungkin kerana tidak mengetahui betapa seronok dan bertuahnya seseorang berada di dalam gerabak ini. Akhi Yusni, Ukthi Aida, Kak Lat, Kak Lin, Kak Lilis dan ramai lagi yang tak tersebut namanya.Terima kasih buat kalian. Kerana menyelamatkan diri ini dari zaman kejahilan.Moga kalian dibalas syurga. Dan sebenarnya aku amat terhutang budi dengan seorang insan yang mula2 memperkenalkan aku kepada NGO ini. Dia tidak pernah lekang dalam doa harianku kerana aku sedar tanpa ajakan dia aku mungkin akan terus leka dengan dunia.

Tidak ada kepuasan yang lebih memuaskan apabila adik-adik yang disentuh hatinya berubah menjadi hamba dan sedar tanggungjawab dia dengan Pencipta . Malah ada diantara mereka terkenal dengan kenakalan mereka berubah dengan serta merta. Melihat ibu bapa yang terharu dengan perubahan anak mereka amat menyentuh hati ini.Sungguh hidayah milik Allah. Tetapi menjadi tanggugjawab kita utk berusaha mendapatkan hidayah tersebut.

"Sesungguhnya tanggungan Kamilah memberi hidayah petunjuk (tentang yang benar dan yang salah)."Surah Al-Lail, ayat : 12



Melihat kembali kisah silam sememangnya diri ini bertuah. Sentuhan hidayah pertama yang Allah berikan adalah pada ketika aku berada di Matrikulasi Negeri Sembilan. Satu keputusan besar aku ambil apabila bertekad untuk memakai hijab. Sukar aku gambarkan perasaan aku ketika itu. Satu ketenangan yang belum pernah aku rasa ketika aku berada di Matrikulasi itu. Apabila aku mengambil keputusan untuk bertudung aku tak tahu bagaimana untuk menyatakan perkara itu kepada keluarga aku. Aku risau dengan penerimaan orang sekelilingku dan kata-kata nista orang yang akan keluarkan pada ibuku kerana dia tidak bertudung  pada ketika itu(alhamdulillah kini dia sudah berhijab). Aku tidak mahu orang sangka aku lebih baik daripada ibuku kerana sebenarnya dia lebih baik daripadaku. Macam2 perkara berlenggar di kepala otak tetapi alhamdulillah Allah mudahkan untukku. Aku ingat lagi ketika aku keluar untuk makan ketika balik bercuti arwah bapa aku bertanya....."Ni pasai pa pakai tudung ni?". Aku menjawab"Shafiah nak pakai tudung sampai bila2 bukan masa belajar kat Kolej sahaja". Arwah bapa aku menjawab"Ok. Jgn main2 pakai tudung. Kejap pakai kejap tidak". Lega. Tidak ada tentangan. Malah mereka amat menyokong tindakan ku.Berbanding dengan orang lain yang mungkin terpaksa berhadapan  bermacam perkara.Dan apabila aku hendak keluar dari kolej itu aku menangis mengenangkan aku bakal berhadapan dunia. Aku takut aku akan leka.

Dan sememangnya aku leka dengan nikmat dunia.Tudung masih diatas kepala cuma ruh atau sebab asal aku bertudung hilang entah kemana. Sebenarnya apabila kita berseorangan dan tidak ada orang ingatkan memang mudah untuk kita tergelincir. Memang senang syaitan nak baham kita bila-bila masa. Kemudian Allah aturkan aku bertemu dengan seseorang yang bekerja di tempat  yang sama yang sememangnya aktif dengan NGO.Bermula daripada lawatan hospital aku mengenali teman-teman yang banyak mengingatkan aku tentang Yang Esa Paling tidak aku boleh lupakan Ukthi Aida ( kini sudah terputus hubungan dengan dia kerana dia berada Indonesia). Dia sentiasa mengajak aku ke program2 dan ceramah. Dan dia juga sebab utama aku turut serta dalam usrah. Aku masih ingat lagi dia bertanya nak tak kita pergi usrah? Aku bertanya kepada dia usrah tu apa?Ala ada belajar tajwid, baca Al- Quran. Rupanya lebih daripada itu usrah.Kebanyakkan bahasa arab yang aku tidak ketahui aku belajar daripada dia. Aku tidak boleh lupakan persahabatan aku dengan dia. Kelembutan dia berbicara. Semangat dia.Hikmah dia dalam berdakwah.Sungguh aku rindu kepada dia. Ketika dia hendak berangkat ke Indonesia aku menangis semahu-mahunya. Sehingga Kak Lin memujuk aku. Kami pun kat sini ramai. Jangan sedih. Tapi aku tahu Kak Lin pun turut rasa kehilangan dia.

Terima kasih Ya Allah kerana hidayahMu dan aku berharap ianya berpanjangan. Sekiranya ada bertanya samada aku akan tinggalkan medan ini aku akan katakan tidak. Malah ianya merupakan syarat pertama aku letakkan untuk sesiapa untuk berkahwin dengan aku. Selalu orang tanya nak orang macam mana? Automatik aku menjawab yang boleh faham dan menerima yang saya melakukan kerja amal. Bukan mudah orang untuk faham kenapa perlu menghabiskan masa, tenaga dan kadang kala wang ringgit untuk kerja-kerja dakwah. Tidak lain tidak bukan kami mengharapkan redha Allah. Tidak lain tidak bukan kami ingin Islam menang dan terus mekar dalam masyarakat. Tidak lain tidak bukan kami ingin orang lain merasai apa yang kami rasai apabila kami mendapat hidayah itu.

Menarik aturan Allah menemukan dengan insan2 tertentu agar aku tetap terus menerus mengingati Dia. Lalu aku bercita-cita menjadi seperti ukthi aida yang lembut dan penuh hikmah. Sebenarnya ramai dahagakan sentuhan itu cuma kita sahaja yang tidak sedar. Ramai yang ingin buat kebaikan tetapi tiada orang tunjukkan jalan untuk mereka. Dan lebih teruk lagi kita sendiri membuat andaian mereka tidak berminat hal sebegini dan perkara-perkara sebegini hanya sesuai untuk orang yang bertudung labuh atau ahli-ahli masjid.Kita menyerah kalah sebelum kita mencuba. Teringat saya pada satu cerita satu pasangan menyantuni remaja (mat rempit) untuk turut serta dalam gerabak ini. Berkali-kali ditolak. Akhirnya mereka mencari apa minat remaja. Remaja ini berminat dengan sukan badminton. Lalu mereka pun mengajak bermain badminton bersama-sama dan remaja itu bersetuju. Akhirnya remaja sendiri terharu kerana sifat prihatin mereka dan terlibat dalam aktiviti ini.Malahan menjadi fasilitator yang hebat disalah sebuah negeri. Pasangan ini mencari titik persamaan dan bukan titik perbezaan.

Wahai Pemberi hidayah jadikan hati ini sentiasa mensyukri nikmatmu. Wahai Pemberi hidayah kurniakan hidayahMu kepada insan-insan yang aku sanjungi dan sayangi. Wahai Pemberi hidayah janganlah Kau jadikan hati ini condong kepada kemungkaran setelah Kau berikan petunjuk kepada ku Ya Allah. Amin Ya Rab.


Monday, September 17, 2012

Luahan hati

Hebat dugaan emosi Kau berikan padaku ketika ini ya Allah. Aku mohon agar Kau dapat pelihara hatiku ini agar tidak meletakkan cinta yang lain lebih tinggi dari cintaMu. Ya Rahman dengan sifat kasih sayangmu aku meminta agar hati ini sentiasa tenang dan redha dengan setiap ketentuanmu. Ya rab aku tidak ada tempat mengadu selain Kau. Aku tidak peduli jika semua orang memandang hina aku asalkan Kau tidak memandang hina pada diriku. Aku sedar Ya Allah pada ketika ini aku diuji.Kuatkan imanku untuk melawan kelemahan diri. Tingkatkan kefahamanku untuk aku lebih mengenalmu. Ya rab tetapkanlah iman ku dan tetapkanlah aku di jalan dakwahmu. Kau tahu perjalananan aku menemui hidayahmu. Sungguh ianya bukan mudah.Tetapi aku tahu Kau menyayangi diriku. Berkali-kali jauh dan jatuh tetapi kemudian berkali-kali Kau tarik aku kembali agar mengingatiMu.

Aku yakin bahawa perjalanan ini tidak sia-sia. Ada sebab musababnya Kau pertemukan aku dengan insan tertentu agar aku tidak terus terleka. Ada sebab musababnya Kau letakkan aku ke dalam suatu situasi yang kadangkala aku rasa agak sesak dan berat untuk aku lalui. Kau mahu aku belajar sesuatu cuma mungkin aku adalah pelajar yang lambat untuk menangkap maksudMu itu.

Ya Muhaimin peliharalah hati ini Ya Allah agar ikhlas berjuang semata-mata mengharap redhaMu dan bukannya redha manusia. Kau lebih mengetahu apa terbaik untukku. Jadi aku pasrahkan segala pengharapan aku hanya kepadamu.Bantulah aku Ya Allah. Insan yang kerdil ini dalam mencari redha mu.

Sunday, September 16, 2012

Ibrah jamuan hari raya

Aduh2....... Hari yang memenatkan dua tiga hari ni. Kenduri merata-rata. Jamuan raya la, kenduri pertunangan la, kenduri kesyukuran menyambut kelahiran,kenduri kahwin dan sebagainya........Nampaknya semakin sihat dan berisila aku ni....Alhamdulillah. Semua itu rezeki dari Allah. Lagipun memang kewajipan kita memenuhi undangan seperti dalam riwayat Muslim. Bukankah Islam itu cantik? Sering menitik beratkan hubungan sesama manusia juga

Hak muslim pada muslim yang lain ada enam yaitu,”(1) Apabila engkau bertemu, berilah salam padanya, (2) Apabila engkau diundang, penuhilah undangannya, (3) Apabila engkau dimintai nasehat, berilah nasehat padanya, (4) Apabila dia bersin lalu mengucapkan ’alhamdulillah’, doakanlah dia (dengan mengucapkan ’yarhamukallah’, pen), (5) Apabila dia sakit, jenguklah dia, dan (6) Apabila dia meninggal dunia, iringilah jenazahnya. (HR. Muslim).

Sebenarnya apa aku nak kongsi hari ni adalah tentang pengalaman aku  turut serta menjayakan program jamuan raya dipejabat aku. Dalam satu hari tu aku rasa banyak ibrah yang boleh aku ambil sepanjang hari itu.

Ibrah yang pertama yang aku dapat ialah apabila kita melakukan kerja secara perpasukkan kerja akan menjadi lebih mudah tetapi setiap ahli pasukan mestilah tahu tanggungjawab masing-masing. Apa yang aku lihat kekuatan ahli kumpulan aku ialah mereka cepat untuk menyumbang bidang kepakaran masing-masing tanpa banyak songeh. Cepat memperbetulkan cacat cela yang ada dan pihak yang diperbetulkan itu tidak pula melenting tidak tentu hala. Contohnya dalam bab menyusun pinggan untuk VIP ada protokolnya...dimana hendak diletakkan sudu dan air minuman dan ditelangkupkan pinggan atau tidak.....Pada yang tidak tahu memang susun ikut suka tapi datang seorang untuk memperbetulkan dgn cara berhikmah dan takde pula aku lihat pihak satu lagi membuat muka. Sebaliknya membantu ikut cara yang diperlukan.Sebenarnya ini yang aku lihat kurang dalam dunia Islam. Kita asyik bercakaran tak tentu hala.Sudahnya nasib umat tidak terbela. Itu belum masuk lagi bab politik yang aku lihat amat buruk rupanya.Dan juga belum lagi tentang tukang komen orang-orang yang buat kerja kebajikan dan kebaikan. Itu tak kena ini tak kena. Janganlah kita pertikaikan tentang orang lain sebaliknya pertikaikan apa sumbangan kita.Kalau tak dapat nak tolong tolonglah jangan kusutkan keadaan.Berlapang dada lah apabila ditegur munasabah diri balik mungkin ada silap kat mana2.

Ibrah yang kedua yang aku dapat ialah bagaimana bahagianya disambut oleh malaikat disyurga. Mcm ni Dato dtg lewat. Jadi kami beranggapan dia  mungkin tidak datang. Tiba2 teman aku mendapat panggilan dari big boss yang Dato akan datang. Maka apa lagi kelam kabut la kami. Cepat2 kutip pinggan yang banyak utk dicuci. Serve makan dan sebagainya. Apabila tiba Dato datang semuanya bangun tanda menghormati dia. Makanan dan air minuman diserve oleh pekerja. Akulah tukang servenya.Hehehe.Ok2. Terlintas di fikiran aku kata2 Prof Dr Harlina. Tidakkah kamu mahu mendapat layanan sebegini istimewa. Disambut oleh malaikat-malaikat dan bidadari dari syurga. Kalau didunia manusia mungkin ada cacat celanya melayan tetamu VIPnya tapi diakhirat  malaikat-malaikat dan bidadari syurga layan kita sampai tak terjangkau fikiran kita nikmatnya.

A017
Maka tidak ada seseorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (dari segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan mengembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan.- Surah As-Sajadah Ayat 17.

Ok kalau ditanya Dato aku pasti perjalanannya untuk mendapatkan posisi seperti sekarang tidaklah mudah. Begitulah dengan kedudukan kita disyurga kelak. Harga untuk mendapatkan syurga adalah mahal. Ada harga yang kita perlu bayar. Malah ada penduduk disyurga mencemburui ahli syurga yang lain kerana tingkat syurga yang dimilikinya. Mereka berharap mereka mampu beramal seperti ahli syurga tersebut. Bagaimana dengan kita? Adakah kita berebut-rebut utk melakukan kebaikan atau kita tunggu dan lihat sahaja orang melakukan kebaikan? Biarla diaorg buat baik aku takde masa......Aku bukan buat jahat pun insyaallah syurga aku punya.......Cukuplah dengan kebaikan yang aku lakukan ini...........Sekali lagi saya memberi peringatan untuk anda bahawa ada ahli syurga mencemburui ahli syurga yang lain kerana tingkat syurga yang dimilikinya.....Tidakkah anda teruja untuk mendapatkan yang terbaik? Terpulangla. The choice is yours.Memang kita akan masuk syurga dengan rahmat Allah jadi bukankah kewajipan kita untuk mendapatkan redha Allah terlebih dahulu. Bagaimana untuk mendapatkan redha Allah? Berbagai2 cara yang dinyatakan dlm Al-Quran.......Masalahnya adakah Al-Quran itu betul2 kita kaji dan jadikan bahan rujukan kita?

Rasa terlalu banyak untuk saya perbaiki diri saya dan terlalu tinggi cita-cita saya.Moga Allah mempermudahkan jalan untuk saya dalam mendapat redhaNya.

Saturday, September 8, 2012

Soalan cepu emas yang sering ditanya-Kahwin

Hmm ini adalah soalan cepu emas yang sering ditanya kepada aku......Bila nak kahwin? Ni mesti memilih sgt sampai sekarang tak kawen2.......Hang ni tak takut jadi anak dara tua ka? Mcm2 la komen2 yang kadang2 kala akan menyebabkan gunung lava akan meletup dengan tiba-tiba.......Saya teringat satu post oleh seseorang akhwat semua orang sibuk tanya saya bila nak kawen daripada sibuk tanya saya berapa surah dalam Al-Quran yang saya hafal dan berapa surah yang saya amalkan seolah-olah berkahwin itu syarat utama masuk syurga.....Tersenyum saya baca luahan hati dia kerana mmg ternyata dia mmg benar... Sabar je la...Saya bukan anti perkahwinan. Malah saya sedar banyak hadis-hadis yang menggalakkan perkahwinan seperti:

"Kamu berkata begitu, ingatlah demi Allah sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut kepada Allah dan yang paling taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadangkala tidak berpuasa; aku sembahyang dan aku tidur; dan juga kahwin dengan perempuan. Barangsiapa tidak suka dengan sunnahku, dia bukanlah pengikutku".

Ini adalah salah satu hadis yang cukup popular yang mengalakkan perkahwinan.Sungguh saya mencemburui rakan-rakan lain yang dapat meningkatkan mutabaah amal mereka satu tangga lagi melalui perkahwinan dan dapat melahirkan mujahid dan mujahidah muda yang bakal menjadi saham mereka di akhirat kelak. Siapa tak mahu semua itu. Fitrah manusia sememangnya ingin di sayangi dan menyayangi. Tetapi ini tidak bermakna saya akan menerima semborno sahaja sesiapa yang ingin menikahi saya. Issh2x awek ni dah la takde calon siap nak memilih lagi. Padan muka sampai sekarang tak kawen. Jadi la ko anak dara tua............errrrrr..........

Sekiranya saya menerima sesiapa sahaja bermakna saya telah menempah salah satu tiket  bencana terkini rumah tangga kerana konflik bakal berlaku. Sekiranya dia tidak mempunyai misi  dan visi yang sama dalam hala tuju hidup bagaimana saya hendak mendapatkan sokongan ketika keadaan susah. Bagaimana saya hendak berkongsi dengan dia kegembiraan saya kerana pada dia mungkin itu bukan sesuatu situasi gembira.Perkahwinan bukan suatu perkara yang mudah. Ia bukan happy ending seperti kisah cinderalla yang berkahwin dengan putera idaman dia dan mereka bahagia selama-lamanya.Sekira ini la pemahaman anda mengenai perkahwinan bersedialah utk menghadapi culture shock dlm perkahwinan.

Ia menuntut pengorbanan dan pemahaman yang tinggi daripada kedua-dua pasangan. Ia merupakan satu tanggungjawab yang besar. Berkahwin dengan dia bermakna anda akan turut berkahwin dengan keluarganya, perangai baik dan buruknya, cita-citanya dan menjadi sebahagian dari hidupnya. Saya teringat kata-kata adik saya yang sedang melalui perkahwinan dan menjadi seorang ibu.......Issh aku rasa macam nak gila meroyan ja masa baru dapat iman.....Baru aku tahu betapa susahnya jadi ibu. Alhamdulillah dia tidak gila meroyan dan menjadi ibu yang baik kepada anaknya tetapi saya faham maksud dia.Ianya bukan mudah melalui satu fasa yang sebelum ini kita hanya memikirkan diri sendiri kepada fasa kita perlu memikirkan kebajikan orang lain dan orang dibawah tanggungan kita. Sungguh ini menuntut satu persediaan mental yang amat tinggi.Saya rasakan mungkin ini salah satu hikmah kenapa Allah tak datangkan jodoh yang tepat kepada saya kerana Dia ingin saya lebih bersedia. Membina diri saya agar dapat membina ummah diluar sana.

Kata-kata Nouman Ali Khan ilmuan agama yang agak terkenal di abad ini amat menyentuh hati saya. “We live in a society where we wake up our kids for school but not for fajr.". Alangkah benar kata-katanya. Kita lebih risau anak kita tidak ke sekolah dari kita risau dia tidak mahu bangun untuk mengerjakan solat subuh.Kita lebih risau dia tidak mendapat A dalam mata pelajarannya dari kita risau dia tidak boleh membaca Al-Quran. Mungkin kerana faktor pesekitaraan membuat kita terlupa bahawa dunia ini hanya tempat persinggahan. Dan sekiranya kita membina anak-anak yang lupakan agamanya tidak mustahil anak-anak ini akan menarik kita ke neraka. Nazubillah. Maka rugilah kita kerana anak tidak menjadi saham kita di akhirat kelak sebaliknya menjadi liabiliti di akhirat kelak.


Sekiranya direnung kembali perjalanan hidup saya yang mencari Mr Right mungkin boleh buat novel. Selalu tak jadi. Sehingga saat saya hampir dirisik oleh  keluarga pihak lelaki  ditakdirkan oleh Allah tak jadi sbb saya jatuh sakit .Tapi itulah perancangan dari Allah.Mungkin sahaja dari segi karakter, matlamat dan cita-cita kami tidak bersesuaian. Sebenarnya saya sejujurnya tidak mengenali lelaki tersebut. Ianya adalah aturan dari pihak keluarga. Saya cuma bercakap dengan ibunya sahaja dan saya rasa seronok dan selesa bercakap dengannya jadi saya pun bersetuju apabila ibunya ingin merisik saya di majlis pertunangan sepupu saya.Sekiranya di tanya apa terjadi kepada lelaki itu sejujurnya saya tidak tahu. Mungkin sahaja dia sudah berkahwin dan saya doakan dia bahagia.

Pada akhwat2 diluar sana sekiranya anda belum ditemukan dengan orang yang bersesuaian jangan bersedih kerana ini adalah perancangan Allah. Panjatkan doa dan pengharapkan kita kepada Dia kerana hanya Dia sahaja memahami. Carilah cinta Allah insyaallah Allah sayang pada kita Dia akan berikan yang terbaik pada kita. Mungkin sahaja kita tidak dpt melalui ujian berat dalam rumahtangga.Sekiranya tidak dapat disini insyaallah kita akan dipinang oleh bidadari syurga.So cheer up. Takde apa perlu dirisaukan. Jangan beratkan kepala dengan masalah tidak sepatutnya kerana masalah besar lain seperti nasib keluarga kita di Palestin,Syria perlu kita utamakan.


Wednesday, September 5, 2012

Akauntan menjadi ustazah?

Hmmm...Tajuknya sudah cukup menarik. Tetapi itulah cadangan ibu saudaraku kepadaku apabila aku menziarahinya di Pulau Pinang. Entah kenapa laju saja air mata aku mengalir apabila dia mencadangkan sedemikian. Auntie tgk jiwa shafiah ke arah agama. Apa kata shafiah sambung belajar jurusan agama lepas tu apply jadi cikgu.Hanya Allah tahu betapa aku rasa tak berdaya ketika itu. Aku rasa seolah-olah gagal. Gagal menyampaikan bahawa bidang dakwah ni bukan hanya kerja para ustazah sahaja. Gagal menyampaikan bahawa saya boleh jadi akauntan yang hebat tapi dalam masa yang sama saya faham agama saya. Jika difikirkan kembali mungkin aku patut sampaikan ayat ini kepada dia tapi entah kenapa hati ini tak dpt melakukannya. Moga2 hati dia terbuka untuk baca blog aku ni.

 Hendaklah di antara kamu satu puak yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh berbuat yang makruf dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung-Ayat 104 Surah Al-Imran.

Bukankah ayat diatas sudah nyata dengan penegasan Allah bahawa orang yang sampaikan dakwah adalah orang-orang yang beruntung? Jadi siapa orang2 beruntung itu? Para ustaz dah ustazah sahaja?

Masih tidak berpuas hati. Ok jom tgk ayat dibawah ini

Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)-Surah Fussilat Ayat 33

Apabila kita menyeru secara automatiknya akan timbul perasaan utk memperbaiki diri dan beramal. Ini merupakan salah satu sbb kenapa aku masih dlm gerabak ini kerana aku rasa banyak dpt perbaiki diri dan dpt banyak ilmu.

Tak takut ke dengan amaran Allah yang disebut dalam Hadis Qudsi dari Aisyah R.A bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda

Wahai manusia sesungguhnya Allah azza wajalla berfirman suruhlah kepada perkara makruf dan cegahlah kepada perkara mungkar,sebelum berlaku sesuatu keadaan apabila kamu berdoa kepada-k Aku tidak kabulkan doa kamu, kamu memohon sesuatu kepada-ku,Aku tidak tunaikan dan jika kamu memohon pertologan kepada-ku maka Aku tidak memberi pertolongan kepada kamu- Riwayat Al-Baihaqi

Padan la doa kita utk selamatkan Palestin tak terjawab.Kita tidak melakukan kerja dengan sungguh rupanya.

Okla nak tidur. Nanti kita sambung lagi ye..........