Sunday, February 19, 2012

Al-Fatahhttp://www.blogger.com/post-create.g?blogID=8859562682058166917

Tengah dengar nasyid Berjalan Tanpa Henti Untuk recharge energy balik..........Officially contract aku ditamatkan 17 April 2012. Jenuh nak mencari kerja balik..........Akan ku gagahi juga perjalanan hidup ini. Inila namanya dugaan. Kalau takde dugaan tak mencabar la yek......Insyaallah segala kepahitan dan segala keperitan sebagai penghapus dosa dan pengalaman hidup yang berharga.
Semalam dengar kuliah Dr Maza tentang sifat Allah Al-Fatah iaitu Maha Pembuka.......

Allah Pembuka Segala Macam Pintu Rahmat.......Seperti didalam doa masuk masjid

اللهم افتح لي أبواب رحـمتك
“Ya Allah, bukakanlah untuku pintu-pintu rahamat-Mu” (H.R. Muslim).

Allah juga Pembuka segala pintu-pintu kebahagian.Seseorang insan itu tidak mungkin bahagia tanpa rahmat Allah. Apabila kita bersedih balikla pada Allah kerana dia Pembuka kepada kebahagian.Seperti daam doa keluar masjid

وافـتح لـي أبـواب فضلك

waf tahlii abwaaba fadhlik.

“Dan bukakanlah untukku pintu-pintu karunia-Mu”

Allah juga Pembuka segala pintu rezeki. Tanpa keizinannya kita tidak akan menikmati rezeki yang kita nikmati hari ini.

Allah juga Pembuka segala pintu ilmu. Segala ilmu adalah dalam pengetahuanNya dan dengan izinnya segala ilmu sains dan teknologi diperolehi.

Ya Fatah...Dengan namaMu akan pohon jauhkanlah aku dari kedukaan kerana terlalu mengharapkan manusia. Jauhkanlah aku dari kedukaan yang perpanjangan. Dia nampak sempurna untuku tapi Kau lebih mengetahui apa yang terbaik untukku.

Ya Fatah...Dengan namaMu akan pohon bukalah pintu rezekiku seluas-luasnya....Aku benar-benar memohon Ya Allah. Aku tidak mahu menyusahkan sesiapa. Cukuplah aku menyusahkan ibuku dahulu. Mungkin silapku kerana tidak menghargai peluang yang Kau berikan. Janganlah Kau hukumku kerana kebodohanku. Ampunkanlah Ya Rabb.

Sunday, January 22, 2012

Ujian

Hmmmmm...............Cuti diabiskan dengan membaca buku2 yang dibeli dan juga mengadap facebook.......Buku yang dibaca Tip-tip Cemerlang Daripada Quran dan Mohonlah Hanya PadaNya.....Aku terkasima dengan penulis Mohonlah Hanya Padanya yang tidak pernah berputus asa untuk sentiasa bermohon pada yang Esa untuk menyembuhkan anaknya yang tidak dapat berjalan akibat kemalangan selama 5 tahun. 5 tahun bukan suatu tempoh yang singkat. Ia sudah tentu menguji kesabaran siapa yang menerima dugaan sedemikian.

Nyata tempoh penantian tidak sia-sia kerana anaknya boleh berjalan kembali. Oleh demekian sentiasa bersangka baik dengan Allah. Allah lambat mengakbul doa bukan bererti Allah tidak mendengar. Sebenarnya Allah mahu mendidik kita supaya sentiasa dekat padaNya.
Ketika Allah rindu pada hambaNya, Ia akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian. Dalam hadits qudsi Allah berfirman: " Pergilah pada hambaKu lalu timpakanlah b'bagai ujian padanya kerana Aku ingin m'dengar rintihannya " ( HR Thabrani dari Abu Umamah ).
Ujian sakit itu menyedarkan kita tentang kelemahan diri. Dia mahu mendidik kita agar sentiasa membasahi bibir dengan zikrullah dan kembali merindui kasih sayang-NYA.

Monday, January 2, 2012

Tahun Baru 2012

Pejam celik pejam celik dah masuk tahun baru 2012........rasa macam pantas masa berlalu......
tiba2 terfikir apa yang telah aku capai sepanjang tahun 2012.........aku dah lama lupakan impian aku sejak aku tinggalkan network marketing atas sebab-sebab tertentu.....tapi seriously i need to do something with my life...........aku perlu bertindak dan bukan mengeluh......April ni abis la contract aku..........cari kerja lain ..........tapi sampai bila aku perlu begini.......bukan tidak bersyukur dengan nikmat Allah kurniakan tapi mencari alternatif lain untuk aku memaksimakan keupayaan aku sebagai hamba Allah...............Aku tidak mengunakan sepenuhnya keupayaan aku.........Banyak yang bermain di fikiran aku.........Ya Allah tunjukkan jalan untuk hambaMu yang lemah ini.........Aku mahu berjaya di dunia dan akhirat.......menyumbang sebahagian dari rezekiku ke jalan mu.....membelanjakan sebahagian pendapatan ku untuk menegakkan syiarMu.......Kau lebih mengetahui dan mengenali aku dari diri ku sendiri......Kau bukalah jalannya Ya Allah..........
Fokus apa yang anda inginkan dan bertindaklah...........Mungkin aku perlu join balik mana2 network marketing yang bersesuaian......Anda ada cadangan untuk saya?hehehehe

Saturday, November 12, 2011

Sabar

Semalam tgk rancangan Tanyalah Ustazah terus dapat idea nak tulis dalam blog ni. Lepas tengok rancangan tu baru sedar bahawa diri ini kurang bersabar rupanya.Yela Allah baru bagi dugaan dalam pekerjaan dah megeluh. Patutnya bersyukur kerana Allah cuba jadikan aku insan hebat dari semalam. Tipisnya kesabaran aku berbanding dengan Siti Hajar yang redha ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim di padang pasir sedangkan kalau nak ikut logik akal bagaimana nak hidup dipadang pasir.Menunjukkan betapa tinggi tahap kebergantungan pada Allah yang dimiliki oleh Siti Hajar. Hasil kesabaran Siti Hajar dinikmati oleh umat sehingga hari ini. Air Zam Zam dinikmati kita sehingga hari ini. Janji Allah dalam Surah Huud ayat 11 '
Kecuali orang-orang yang sabar dan mengerjakan amal soleh maka mereka itu akan beroleh keampunan dan pahala yang besar.
Sabar ni ada 4 jenis:
1) Kesabaran untuk membuat ketaatan
2) Kesabaran dalam menahan diri dari kemaksiatan
3) Kesabaran atas perkara-perkara yang dibenci
4) Kesabaran atas nafsu dan syahawat

Ujian yang kita hadapi seharian boleh termasuk dalam kesabaran atas perkara-perkara yang dibenci. Kalau nak cakap bersabarla memang senang tapi bila benda tu kena kat batang hidung kita baru kita rasa payahnya nak bersabar. Tapi peganglah kata-kata Saidina Ali apabila kita diuji Jika engkau bersabar, takdir itu berlaku juga ke atas diri mu, tetapi engkau dikurniakan ganjaran pahala. Jika engkau tidak sabar pun, takdir tetap berlaku juga ke atas dirimu dan engkau berdosa. Jadi pada teman2 yang diuji ketika ini kita boleh pilih samada rahmat Allah atau murka Allah. It is your choice.

Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah seorang muslim menderita sakit karena suatu penyakit dan juga lainnya, melainkan Allah menggugurkan kesalahan-kesalahannya dengan penyakit itu, sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya". (HR Bukhari, Muslim).

Aku teringat arwah ayah ku pernah berkata-kata sabar itu separuh dari iman ketika aku sakit dulu. Shafiah tak sabar macam mana nak baik. Alhamdullilah hasil kesabaran dia dan ibu aku aku pulih. Disini menunjukkan betapa besar rahmat Allah kepada kita. Asal kita berusaha dengan rahmatnya akan kita perolehi apa yang kita ingini.

Jika dilihat hidup kita juga menuntut kesabaran. Bayi yang dilahirkan perlu dikandung oleh ibunya selama 9 bulan. Ibunya perlu susah dahulu sebelum melahirkannya. Bayi tersebut perlu belajar meniarap merangkak dan bertatih sebelum dapat berjalan normal.Berapa kali bayi tersebut jatuh sebelum berjalan normal. Inilah hakikat kehidupan. Kita perlu menghadapi beberapa peringkat sebelum kita berjaya. Akan aku semat perkara ini dalam otak aku. Aku perlu melalui kesusahan dahulu. Biarpun kontrak aku tinggal 4 bulan lagi akan aku cuba jadikan hari-hari di Motorola sebagai pelajaran yang berguna. Rezeki ada dimana-mana. Insyaallah jika Motorola terbaik untukku Allah akan permudahkan jalan. Jika rezeki aku sampai bulan April ini aku redha. Mungkin ada kekurangan dalam diriku aku perlu perbaiki dan aku akan mengorak langkah untuk maju kehadapan.

Ya Allah jadikanlah aku hamba bersabar ketika menghadapi ujianMu dan hamba yang bersyukur ketika menikmati nikmatMu.

Thursday, October 27, 2011

Masih mencuba

Kalau dikira-kira sudah 6 bulan aku bekerja di Motorola. Alhamdullilah aku dapat meneruskan pekerjaan walaupun dua tiga kali dipanggil oleh bos kerana tidak berpuas hati dengan performance aku. Entah kenapa aku tak dpt perform dengan baik. Aku perlu bangun dan meletakkan keyakinan kembali kepada diri aku sendiri. Agaknya mungkin terlalu lama tidak berkerja membuatkan aku lemau dan tidak bermaya.
Shafiah Kak Yanti ingat nak ambik MC sebulan.....Rasanya Shafiah ok kot.......Alamak kenapa senior ku nak MC pulak.....Bermakna aku bersendirian handle masalah dipejabat....Mampukah aku? Aku baru lagi belajar kerja dia............ Sebelum ni aku handle kerja orang lain....Kerja orang yang berhenti la...Kerja orang cuti bersalin la.........Pendek kata mcm2 ilmu masuk kepala otak aku ni.....Ilmu tak rugi........Cuma mcm tak cukup masa nak kutip ilmu itu........
Ya Allah permudahkan urusan hambaMu ini. Cukuplah padaMU aku bergantung harapan kerana ku yakin Kau tidak pernah menghampakan ku.
Dia mengajar aku utk bergantung padaNya dan itu yang aku lakukan sejak aku bekerja di Motorola. Alhamdullilah aku dapat teruskan kerja aku walaupun diajar dalam masa yang singkat.
Cuma kini aku amat tertekan................Moga semuanya dipermudahkan.Amin

Thursday, April 7, 2011

DariNya kita datang kepadaNya kita kembali

Sayu hatiku apabila mengenang kembali saat-saat terakhir aku bersama arwah bapaku......Arwah tidak menunjukkan tanda2 dia akan meninggalkan kami semua selamanya.....Malahan pemergian arwah secara mengejut amat sukar diterima oleh orang yang mengenali arwah........Saat terakhir aku yang masih aku ingat arwah belanja aku dan ibu makan char koey teow petang sebelum dia meninggal...........Masih teringat bagi mana arwah dengan gayanya mengusik ibuku........Siapa sangka arwah akan pergi sebelum ibunya yang berumur 90thn..............

Ya Allah berat sungguh dugaanMu kepadaku.....Kau menghadiahkan aku rezeki dan pekerjaan tetapi tak sangka Kau mengambil harta yang paling berharga dalam hidup ku..........Jika sahaja Kau memberi pilihan kepadaku antara pekerjaan atau arwah aku lebih rela memilih arwah........

Malam itu Kau mengajarku Kau berkuasa mengambil sesiapa sahaja jika Kau kehendaki.......Dengan sekelip mata Kau mengambil arwah.........Tiada siapa sangka......Malam itu juga aku menyedari bahawa aku mempunyai jiran tetangga yang baik.......Sebaik sahaja kematian itu dengan kuasa Allah hampir 20 org jiran dtg membantu mengangkat barang,mengangkat arwah masuk kedalam dan memasang katil untuk arwah..........Mungkin ini adalah balasan untuk arwah kerana selalu membantu orang yang memerlukan..............

Setidak-tidaknya arwah tidak menderita sakit......Allah lebih menyayangi arwah........Ini adalah dugaan hidup kepada kami yang masih hidup....Ini adalah dugaan untuk ibuku.....Kau berilah kekuatan untuk ibuku untuk menjalani kehidupannya seharian..........

Walid shafiah sayang walid......Shafiah terkilan malam tu shafiah tak sempat minta maaf kat walid.....Walid ampunkan dosa shafiah......Halalkan makan minum shafiah........Walid banyak tanggung shafiah.....Malah masa shafiah tak berkerja walid tak berkira bayar duit kereta shafiah.....Walid shafiah janji akan jaga mama sebaik-baiknya.....Shafiah akan berkerja bersungguh-sungguh....Shafiah tak mau susahkan mama pula...........

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim......Kau Maha Pengasih dan Penyayang dengan sifat kasih sayangmu rahmatilah arwah bapaku.....Lapangkan lah kuburnya selapang-lapangnya..........Hisablah arwah dengan seringan-ringan hisab.......Jauhi la arwah dari azab api neraka......Ya Allah pandanglah doaku......Perkenankan lah permintaanku.....Moga arwah tenang disana.........Kau berjanji akan menerima doa hambaMu........Maka perkenankanlah permintaan hambaMu ini......Moga doa ku menjadi bekalan yang tidak putus untuk arwah..........

Friday, April 1, 2011

Motorola telah menerima ku.....TQ Allah.........

Setinggi-tinggi kesyukuran ku panjatkan padaMu diatas nikmat rezeki Kau kurniakan padaku.....Aku tidak dapat berkata apa2 selain syukur Kau mengabulkan doaku........Motorola telah offer aku kerja....Gugur airmata ku apabila mengenang nikmat Kau berikan padaku......Sedangkan dosa ku masih menggunung tinggi tapi Kau masih memberi tanpa meminta apa2.....Terima kasih Allah kerana Kau menyakinkan aku bahawa Kau ada mendengar setiap rintihan aku.......Terima kasih Ya Allah ......
Benarlah kata orang jika Allah mengehendaki kebaikan pada diri seseorang tiada satu pun boleh menghalangnya begitu juga dengan keburukan........Interview aku hadiri berjalan dengan mudah......Dapat aku katakan keajaiban telah berlaku.....Mahu tidak gaji ditawarkan tinggi dari gaji aku sebelum ini sedangkan experience aku tidak banyak......Kalau nak ikutkan English aku pun tak la fluent sgt.......Memang satu keajaiban telah berlaku dan pada ketika ini akulah insan paling gembira
Aku banyak belajar Ya Allah......Tawakal kepada mu merupakan suatu nikmat.........Aku perlu tertib dalam menitipkan doa kepadaMu dan menyakini Kau memberikan terbaik............Perjalanan hidupku masih jauh Ya Allah.......Kau sertailah dengan rahmatMu.....Biarlah rezeki ini berpanjangan......Jadikan lah aku pekerja yang cemerlang agar mereka boleh convert aku ke permanent staff.........Janganlah Kau bebankan aku dengan bebanan yang tidak aku mampu tanggungnya.........
Sebenarnya aku masih takut aku tak mampu meet performance seperti sebelum ini........Tapi insyaallah dengan berkat doa harianku serta ibu ku aku pasti dapat mengharunginya........Kau mengabulkan doa hambamu maka kabulkan permintaan hambamu yang bergantung padamu ini.......