Kalau dikira-kira sudah 6 bulan aku bekerja di Motorola. Alhamdullilah aku dapat meneruskan pekerjaan walaupun dua tiga kali dipanggil oleh bos kerana tidak berpuas hati dengan performance aku. Entah kenapa aku tak dpt perform dengan baik. Aku perlu bangun dan meletakkan keyakinan kembali kepada diri aku sendiri. Agaknya mungkin terlalu lama tidak berkerja membuatkan aku lemau dan tidak bermaya.
Shafiah Kak Yanti ingat nak ambik MC sebulan.....Rasanya Shafiah ok kot.......Alamak kenapa senior ku nak MC pulak.....Bermakna aku bersendirian handle masalah dipejabat....Mampukah aku? Aku baru lagi belajar kerja dia............ Sebelum ni aku handle kerja orang lain....Kerja orang yang berhenti la...Kerja orang cuti bersalin la.........Pendek kata mcm2 ilmu masuk kepala otak aku ni.....Ilmu tak rugi........Cuma mcm tak cukup masa nak kutip ilmu itu........
Ya Allah permudahkan urusan hambaMu ini. Cukuplah padaMU aku bergantung harapan kerana ku yakin Kau tidak pernah menghampakan ku.
Dia mengajar aku utk bergantung padaNya dan itu yang aku lakukan sejak aku bekerja di Motorola. Alhamdullilah aku dapat teruskan kerja aku walaupun diajar dalam masa yang singkat.
Cuma kini aku amat tertekan................Moga semuanya dipermudahkan.Amin
Bonus IKBS 2019...
4 years ago
No comments:
Post a Comment