Saturday, January 15, 2011

La Tahzan........................

La Tahzan Sharifah Shafiah dunia ni sememangnya tak layak untuk ditangisi......

La Tahzan Sharifah Shafiah masih banyak nikmati yang ada pada diri kau....Tidakkah kau tahu bersyukur?
.........dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah,nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya.........<>

La Tahzan Sharifah Shafiah pilihan Allah adalah Pilihan Terbaik................

Kenapa aku perlu rasa begini? Terlalu lemah dan tidak berdaya........Mudah berputus asa dengan rahmat Allah......Mungkin sebab aku terlalu berfikir mengenai masa depan aku........Aku tidak berdaya lagi Ya Allah....Mahu saja aku mengalah ..........Malah aku telah pun mengalah.....Kembalikan motivasi aku Ya Allah....Pimpinlah daku ke jalan Kau redhai.....Sekiranya ini kifarah kepada dosa-dosaku aku redha..........Apa yang harus aku lakukan Ya Allah ? Kau tunjukkan lah aku jalannya agar aku tidak merasa keseorangan mengharungi dunia yang penuh pacaroba ini............

Tadi aku sempat menjenguk ke Laman Web Dr Asri....Terbaca postnya Mencari Penawar Duka,Pengubat Sengsara........Terkedu aku seketika apabila aku membaca entry.....antara penghalang rahmat Allah kepada diriku adalah dosa-dosaku. Ya dosa-dosa ku terlalu banyak seumpama butir-butir pasir di pantai...........Aku terlupa untuk beristighfar kepadaNya mengenai dosa-dosaku.........Mungkinkah Dia nerindui tangisan keinsafan di malam hari lalu menghadiahkan ujian ini. Ujian yang terlalu kecil jika dibandingkan nabi dan para rasul terdahulu.


Ya Allah ampunkan daku dan anugerahkan daku rahmatMu............

Saturday, October 30, 2010

KL kau membosankan aku

Assalamualaikum semua............Hmmm dah lama tak post entry kat sini.........Aku mendapat pekerjaan baru sebagai Account Executive......Alhamdullilah dapat juga kerja di bahagian finance.....Cuma dalam sebulan kerja aku dikatakan tidak meet requirement management.....Biasala belajar benda baru agak slow.............Diaorg bagi tempoh percubaan 2 minggu lagi......Ya Allah betapa kerdil hambamu ini...Bantulah aku mengatasi masalah ini...Hambamu amat lemah......Motivasi aku semakin menurun.....Lalu aku tunduk sujud kepada Allah mengharapkan pertolongan daripadanya.........Yang tak bestnya management ungkit time keluar solat....Itu aku tak dpt ubah......Solat is tiang agama....Takkan 10 minit solat pun diaorg berkira.....Entah la dah nasib badan dpt company yg tak memahami ritual orang Islam.....Disini aku perlu berdakwah...Salah org kita jugak.......Selama ini diaorg ambik org Melayu tak solat.......Jadi dtg aku yang solat keadaan jadi pelik pada diaorg.....Kerja aku ni ada cut off time jadi 10 minit pun amat berharga pada diaorg........Moga Allah beri bantuan pada aku agar Istiqamah dalam hal solat....Pernah terjadi aku keluar solat zuhur pukul 4 disebabkan terlalu banyak kerja.....Astrafiqrullahazim..........Pendek kata apabila aku menetap di KL jiwa aku kosong tidak terisi....Usrah pun tak pergi.....Aktivit-aktiviti dakwah aku tinggalkan......Aku semakin jauh denganMu Ya Allah.........Aku mengharapkan bantuanMu tapi aku jauh darimu......Aku mohon petunjuk dan mengharap keampunan daripadamu.......Bantulah hambaMu yang mengharap bantuan daripadaMu.......

Sunday, August 15, 2010

Remaja Rai Ramadhan


Hmmm dah lama dah tak update bloq ni...tak sempat...sibuk dgn urusan harian.... K la nak promte 3R.....Jangan lupa daftarkan anak2 or adik2 anda

Wednesday, June 30, 2010

Alhamdullilah

Alhamdullilah itu yang patut aku ucapkan sekarang apabila interview yang aku hadiri di Forward Freight telah berjaya dan aku akan bermula bekerja hari Isnin ni. Takde soalan pelik2 kenapa aku resign di Western Digital sedangkan aku bekerja hanya dalam masa sebulan sahaja. ( kalau tanya jenuh aku nak memikirkan ayat memberitahu perkara sebenarnya), kenapa aku tak bekerja dan sebagainya. Cuma mereka agak hairan kenapa aku sanggup bekerja dengan gaji sikit sedangkan di Western Digital aku menerima imbuhan yang agak banyak. Allah memang mudahkan urusan interview hari itu. Pada pandangan mereka aku calon yang terbaik. Alhamdullilah. Tapi di sebalik ucapan Alhamdullilah itu aku gagal mengagungkan kebesaran Allah. Hati aku berpenyakit. Nikmat Allah gagal aku syukuri sepenuhnya. Ya Allah bantulah hambaMu yang lemah ini dalam meredhai ujian kau berikan kepada aku kerana aku masih terikat dengan nikmat dunia.Aku sebenarnya agak terkilan kerana kerja yang aku dapat bukan dalam bidang pengajian aku iaitu perakaunan. Sebenarnya bukan mudah untuk aku dapat kerja di Western Digital. Aku mengambil masa yang agak lama iaitu 2 tahun untuk mendapat pekerjaan yang aku suka. Tapi sayangnya nikmat itu hanya sementara kemudian nikmat itu Allah tarik balik. Aku agak terkilan gaji dahulu agak besar kini gaji sedikit. YA AKU TERKILAN.........
Terukkan aku? Kenapa aku jadi insan yang tak tahu bersyukur? Masih terkilan sedangkan nikmat Allah banyak aku nikmati. Ibubapa aku masih hidup. Aku masih mempunyai keluarga. Tiada anggota badan aku yang cacat. Kenapa Sharifah Shafiah Engkau menjadi hamba Allah yang lupa? Kau lupa menyerahkan sepenuhNya urusan kepada Allah.Allah lebih mengetahui apa terbaik buatmu dan Dia sekali-kali tidak menzalimi hambanya.Sebenarnya banyak rahsia Allah yang kau tidak ketahui Sharifah Shafiah.
Sebenarnya boleh aku simpulkan aku dalam proses untuk belajar perkataan yang besar iaitu reda dan bersabar. Bukan hanya dimulut tetapi dihati dalam mengagungkan Allah. Aku bukan ditahap cintakan Allah tetapi masih belajar untuk mencintainya. Ya Allah Kau rawatlah hatiku yang berpenyakit ini. Berilah aku peluang mengenalmu dengan lebih rapat lagi.
Teman-teman kalian tolong doakan aku ya............

Monday, June 7, 2010

Doa

Sabda Rasullulah " Doa merupakan senjata org mukmin". Doa merupakan rayuan kepada Sang Pencipta untuk memenuhi permintaan kita. Ia merupakan suatu ibadah kerana dengan berdoa secara tidak langsung kita telah meletakkan pergantungan kita pada Allah semata-mata. Malah Allah juga menyarankan kita berdoa seperti dalam surah Al-Baqarah ayat 186" Dan apabila hamba-hambaKU bertanya kepadamu ( Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-ku.Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)- Ku dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran."

Persoalannya sekarang kenapa doa tidak dimakbulkan? Contohnya dimana Allah letakkan doa kaum muslimin untuk membebaskan Palestin. Itu adalah rahsia Allah. Hanya Allah mengetahui perancangan yang ditentukannya. Kita sebagai hambaNya wajib berusaha kemudian bertawakal kepadaNya. Sekiranya doa kita tidak dimakbulkan didunia diakhirat nanti pasti ada balasan untuk kita. Rakyat Palestin contohnya dijanjikan syahid dan syurga Allah kerana mempertahankan Baitulmaqdis. Betapa beruntungnya mereka. Sengsara didunia tetapi diakhirat hidup di syurga.

Ketika Ibrahim bin Adham (seorang ahli tasawuf terkenal) berada di tengah-tengah pasar Basrah, beliau telah dikerumuni oleh orang ramai.
Di antara mereka ada yang bertanya: " Kenapakah doa kami tidak dimakbulkan Allah, sedangkan kami bermohon kepada-Nya?".
Jawab Ibrahim : "Kerana hati mereka buta disebabkan sepuluh perkara:

1. Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak menunaikan suruhan-Nya.
2. Kamu menyangka kamu cinta kepada Rasul Allah, tetapi kamu meninggalkan sunahnya.
3. Kamu telah membaca Al-Quran, tetapi kamu tidak beramal dengannya.
4. Kamu telah makan nikmat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan syukur-Nya.
5. Kamu telah berkata syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya.
6. Kamu telah berkata syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal untuknya.
7. Kamu berkata neraka itu benar, tetapi kamu tidak lari daripadanya.
8. Kamu berkata mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia untuknya.
9. Kamu bangun daripada tidur lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia, tetapi kamu lupa keaiban diri sendiri.
10. Kamu kebumikan mayat-mayat kamu (sahabat-sahabatmu) tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripada mereka.

Ketika aku membaca sebab 10 perkara sebab doa tidak makbulkan aku bertanya sendiri "Adakah aku masuk dalam 10 golongan ini?" Sebab itu doaku tidak dimakbulkan walaupun hampir setiap malam aku melakukan solat hajat, setiap solat fardu aku mengangkat tangan untuk memperoleh secebis peluang untuk berkerja.Mungkin ada kebenarannya kerana aku membaca Al-Quran tetapi tidak memahami maksudnya. Lantas aku mengangkat tangan memohon keampunan agar dijauhi dari murkaNya. Ampunkan aku Ya Allah sekiranya aku mendatangkan murkaMu kerana aku hamba yang lemah. Tidak lepas dari kesalahan yang tidak ku sedari. Tidak mengapa kalau Kau uji aku didunia tapi jangan Kau hina aku diakhirat sana. Aku redha kesusahan didunia tetapi aku tidak sanggup siksaMu diakhirat sana.

Ramai yang memberi nasihat aku. Bersabar pasti ada rezeki untukku. Cuma lambat dengan cepat saja. Lalu aku bersangka baik kepada Allah.Bila ALLAH cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun...

Pasti ada perancangan lebih baik untuk aku apabila pelbagai interview aku hadiri tetapi gagal. Allah mengetahui kekuatan serta kelemahanku. Dia sedang mengajarku untuk bersabar.Allah sentiasa dengan orang bersabar.

Hari Khamis aku mendapat panggilan interview untuk berkerja dikilang Bluemetal Penang sebagai Account Assistant. Aku mohon doa rakan2 semua agar aku berjaya didalam interview tersebut seterusnya mendapat perkerjaan. Seandainya perkerjaan tersebut bukan untuk ku aku mohon doa rakan-rakan sekalian agar doakan ketabahan ku. Jangan biarkan aku mudah mengalah. Doakan ketetapan iman ku dan sentiasa berada dalam rahmat Allah.

Ya Allah bantulah hambaMu dalam menjalani kehidupan dunia yang penuh pancaroba ini. Aku takut Ya Allah kiranya aku gagal dalam ujian dunia. Lindungilah aku dari hasutan syaitan dan nafsuku sendiri. Berikanlah aku syurga di akhirat sana. Jadikanlah aku wanita soleha yang sentiasa ingat dan menegakkan syiarMu.

Friday, April 23, 2010

Nikmat oooo nikmat

Dikala aku kebosanan
memikirkan perkara yang merungsingkan
Bila aku akan memperoleh perkerjaan
Lalu aku duduk termenung memikirkan kebesaran tuhan.....

Ya Allah Kau ciptakan aku penuh dengan kesempurnaan
Tanpa sebarang cacat penglihatan atau pendengaran
Lalu apa perlu aku keluh kesahkan
Seolah-olah tidak mensyukuri nikmatMu Tuhan

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan.....

Kau Tuhan Maha Pengasih dan Peyayang
Yang telah menurunkan Al-Quran
Yang mencipta manusia
Mengajarnya pandai berbicara

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan.....

Kau lahirkan daku penuh kemulian
Dlm keluarga Islam aku dilahirkan
Mengenal satu nikmat terbesar dinamakan iman
Namun kadangkala ia lemah disebabkan hasutan syaitan

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan.....

Ya Allah Kau Tuhan Maha Mendengar
Cuma kadangkala aku terlupa untuk mendengar seruanMu
Apakah Kau cuba berbicara denganku
Agar balik menyembah kepadaMu


Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan.....


Ya Allah ini luahan hati cuma...
Hatiku terbelenggu dengan nikmat dunia
Ujianmu hanya sedikit cuma
Namun terasa berat kerana mengejar dunia......

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan.....

Aku tidak diduga seperti Nabi Ayub....
Hilang harta hilang kawan
Hilang anak hilang kesihatan
Namun tegar dengan kebesaranmu Tuhan

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan.....

Aku masih mempunyai keluarga
Aku masih mempunyai teman
Aku masih mempunyai kesihatan
Cuma hilang perkerjaan

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan.....

Kenapa diriku tidak setegar Ayub
Kerana diriku manusia yang lemah
Hamba yang hina
Yang lupa padamu Tuhan

Ya Allah pandanglah daku dengan pandangan penuh rahmat
Ampunkan daku atas dosaku sekiranya aku kufur dengan nikmatmu
Bimbinglah daku ke jalan yang lurus Ya Allah
Agar aku tidak termasuk dalam golongan yang mendapat murkamu.........

Ya Allah padamu aku bergantung harap...
Agar aku memperoleh perkerjaan
Agar aku tidak membebabkan sesiapapun
Dikemudian hari nanti

Kau Maha Mengerti Penderitaan Ku
Kau Maha Mengerti Keluh Kesahku
Hanya padaMu aku memohon
Hanya padaMu aku meminta.....

Ya Maha Pemberi Rezeki.....Ya Razak....
Bukalah pintu rezeki ku agar aku dapat berbakti padamu.....



Friday, April 2, 2010

Wah dpt award

Dimulakan dengan Bismillahirahmanirahim dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Peyayang jutaan terima kasih kepada kak lin kerana memberi award ni kepada saya walaupun blog saya ni tak la sehebat tuan punya blog yang beri award. Dah lama tak tulih entry...Kalau tulih pun bukan ada yang nak baca...huhuhu..so baik duduk diam2....hehehehe......Dgn award ni terbubat rindu saya kepada kak lin ngan rakan2....Bukan apa kekadang dengan kesibukkan masing2 kita terlupa masih ada yang mengingati kita...To you kak lin you are special to me as you alwayz be there in my hard time....tq kak lin...kirim salam kepada kak lilis n rakan2 usrah yang lain...saya betul2 rindu nak balik Penang...tapi apakan daya peluang pekerjaan belum terbuka....Back to this award kalau dapat award ni kena bagi kepada 15 blogger yang lain...Malangnya saya tak tahu nak bagi kat sapa...Kesunyian rupanya aku ni...Yela baru berjinak2 ngan dunia blog ni so memang takde rakan2 blog yang rapat pun...so I kept to myself only ya.....N about me...
1) Cheerful and forgetful .....terlalu ceria sampai kadang2 org ingat saya pak lawak....pelupa tu selalu ....barang selalu lupa letak mana....
2 ) manja....ramai yang tak tahu saya ni manja orgnya
3 ) sensitif.....tapi insyaallah tak berlebihan....takleh tgk cerita2 sedey nanti ngangis...sob2....
4) hmmm apa lagi susah la nak explain ttg diri sendiri ttg org lain senang la so itu ja kot.....