Monday, June 25, 2012

Alhamdulillah selamat pulang dari Tanah Suci Mekah 8hb June 2012. Terima kasih ya Allah kerana Kau mengizinkan aku kesana. Rasa mcm mimpi dpt kesana. Benarlah kata orang apabila kita menjejakkan kesana kita dpt rasa kemanisannya. Malah berapa banyak hati2 diketuk oleh cik hidayah apabila berada disana. Sejujurnya apabila aku berada disana aku lupa dunia. Masalah tiada perkerjaan langsung tidak terlintas difikiran aku. Yang  hanya ada  difikiran aku hanya redhaMu Ya Allah. Rasa tak mahu pulang langsung. Kalau boleh ingin jadi tukang cuci masjid yang mungkin pahalanya berlipat kali ganda dari kita disini. Namun sudah Kau tetapkan aku tetap akan pulang ke Malaysia. Hanya Kau dan aku tahu apa berlaku disana. Betapa Kau boleh bolak balikkan hati manusia. Aku mohon ketetapan iman agar aku tidak tergolong dlm mereka yang Kau murka dan mereka yang menzalimi diri sendiri. Ampunkan dosaku Ya Allah samada aku sedar ataupun tidak. Izinkan aku kesana lagi Ya Allah.Tambahkan ilmu untuk mengenali dirimu Ya Allah.Sungguh Kau mendengar doa hambaMu. Buktinya Kau mendengar doa ku untuk mengizinkan ibuku kesana. Buktinya Kau mendengar doaku untuk membuka hati ibuku untuk berhijab. Cuma cara Kau lakukan berbeza. Apalah sangat dengan dugaan Kau berikan untukku berbanding dengan nikmat2 yang Kau berikan.Malah kebanyakkan doaku Kau makbulkan. Cuma aku ni saja insan yang tidak tahu bersyukur.Kau tahu apa yang aku doakan disana. Kau tahu apa keperluanku. Maka aku mohon dengan rahmat dan kasih sayangmu Kau makbulkan permintaanku. Kerana hanya padaMu saja aku dapat meminta dan hanya Kau saja mengetahui apa yang berlaku kepada diriku.

Friday, May 18, 2012

Hadiah dariNya

Insyaallah akan berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 28 May ni. Perasaan bercampur baur. Terharu,gembira dan sudah bersyukur kerana masih ada kesempatan melihat sendiri kebesaran Allah,mengungjungi makam kekasih Allah.Jika difikirkan kembali mungkin ini adalah salah satu hikmah yang tersembunyi kenapa kontrak aku tidak direnew. Sekiranya aku bekerja sudah tentu tidak akan  berkesempatan untuk kesana kerana sudah tentu aku tidak diberikan cuti untuk satu tempoh yang lama. Faham sahaja kerja akauntan menuntut komitmen yang tinggi dari segi masa. Ada je closing and issue yang perlu diselesaikan segera.
Bermain-main di minda pelbagai doa ingin aku panjatkan. Pelbagai permintaan aku ingin minta.Kesembuhan,kelapangan hidup,jodoh, hidayah dan paling penting syurgaMu Ya Allah. Tapi aku jadi malu denganMu Ya Allah. Ingin pelbagai bentuk kesenangan tapi sedikit aku berikan di jalan dakwah. Malah aku belum jadi daie yang hebat yang dapat memberi contoh yang baik kepada adik-adiku. Mereka masih belum dapat sentuhan hidayahMu kerana kegagalan ku sendiri untuk menjadi insan yang hebat.Sungguh jalan dakwah ini bukan mudah. Untuk mengajak orang ke jalan Allah kita terlebih dahulu perlu menjadi insan luar biasa. Hebat dari macam segi perkara. Dan aku masih mencuba untuk ke arah itu. Bukan sekali dua aku mendengar perkataan macam ni ka orang pergi usrah? Hang pi usrah tu dapat apa? Aku tgk sama ja........
Sungguh aku tidak menyalahkan mereka kerana kegagalan itu berpunca dari diriku sendiri. Tidak dapat memberi contoh yang baik. Sungguh Kau hadiahkan ujian kepada insan Kau sayangi. Sungguh Kau hadiahkan ujian kepada insan yang mampu menanggungnya dan sungguh Kau hadiahkan ujian kepada insan yang lupa padaMu.

 Dan sungguh akan Kami berikan ujian kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (AL BAQARAH ( ayat 155)

Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.  AL BAQARAH ( ayat 214)

Ya pertolonganMu amat dekat. Terima kasih Ya Allah kerana menghadiahkan perjalanan yang aku yakin tidak akan dapat ku lupa seumur hidupku  dan aku pinta hanya rahmatMu dan kasih sayangMu kerana tidak mungkin aku dapat membalas segala kasih sayangMu dengan amalan yang sedikit ini. Aku pohon Kau berikan aku kekuatan di jalan dakwah ini. Aku yakin Kau sebaik-baik perancang. Segala kententuanmu sungguh tidak sia-sia.

Ya Allah berikan aku kekuatan untuk menjadi insan yang hebat dunia dan akhirat.

Wednesday, March 14, 2012

Mustajabnya doa seorang ibu

Seperti yang diketahui kontrak aku tamat pada bulan April ni. 17 hb ni secara rasminya kontrak aku tamat di Motorola. Jenuh mencari kerja lain nampaknya. Apa pun aku nak kongsikan satu kisah hidup aku yang menarik yang aku lalui hari ini. Hari ni sebenarnya aku ada interview di Sime Darby. Seperti biasa aku memaklumkan kepada ibu aku dan segala kegelisahan aku. Ibu aku menjawab Shafiah doa pada Allah. Dia tahu yang terbaik untuk Shafiah. Aku meminta ibu aku mendoakan aku. Alhamdullilah interview berjalan dengan lancar dan aku mendapat markah penuh dalam ujian bertulis. Kalau nak ikutkan aku ni takde la terror sgt tapi entah dari mana Allah datangkan ilham. Sesudah selesai interview aku menelefon ibu aku untuk memaklumkan bahawa aku gembira dengan hasilnya. Ibuku menjawab itula mama baru buat solat hajat untuk Shafiah. Subhanallah. Padanla aku dapat menjawab dengan baik. Berkat doa ibu aku pada Pemilik Rezeki dengan izinNya interview berjalan lancar. Aku tak terkata apa-apa melainkan terima kasih. Ibu aku sentiasa ada disisi aku ketika aku memerlukannya dan sentiasa menyokong aku. Aku tak dapat bayangkan kalau Allah ambil harta yang dia pinjamkan pada aku. Ya Allah panjangkan umurnya dan berkati hidupnya. Kepada bakal ibu dan ibu-ibu luar sana sedarlah bahawa doa anda amat mustajab dan tiada hijab dengan Allah. Oleh itu jangan pernah jemu untuk berdoa untuk anak-anak anda dan jangan berputus asa.

Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam telah berpesan kepada kita betapa mustajab doa seorang ibu untuk anaknya. Dalam Sahih Muslim, baginya kisah seorang lelaki, Juraij, yang begitu kuat beribadah kepada Allah. Hari-harinya diisi dengan solat sunat. Beliau mempunyai tempat khas untuk solat - pondok kecil yang agak tinggi tempatnya.

Pada suatu hari, ibunya datang menziarahinya. Sambil mendongakkan kepalanya, si ibu memanggil anaknya: "Juraij, saya ibumu, cakaplah denganku!"

Juraij khusyuk beribadah dan berkata dalam hatinya: "Ya Allah, saya utamakan solatku atau ibuku?"

Juraij memilih meneruskan ibadahnya. Ibunya letih berteriak dan akhirnya meninggalkan tempat Juraij.

Esoknya ibunya datang dan memanggilnya lagi tetapi Juraij tidak mengendahkan dan terus beribadah.

Ibunya pulang ke rumah dengan rasa hampa dan marah dalam hatinya. Semasa itulah wanita itu berdoa: "Ya Allah, Juraij itu adalah anakkku, aku mahu bercakap dengannya tapi dia menolak bercakap denganku. Ya Allah, jangan engkau matikan dia kecuali Engkau tunjukkan padanya akan pelacur."

Ada gembala kambing yang sentiasa menggembala kambingnya di sekita pondok Juraij. Gembala kambing itu terserempak dengan 'bunga desa' yang cantik. Mereka berasmara sehingga wanita itu hamil dan akhirnya melahirkan anak. Namun gembala itu menghilang.

Semasa ditanya orang kampung, anak siapakah itu, wanita ini sekadar menuding ke arah pondok Juraij. Orang-orang kampung beramai-ramai mendatangi Juraij dan memanggilnya dengan marah. Juraij keluar kehairanan. Mereka menuduhnya berzina sehingga wanita itu melahirkan bayinya. Juraij bertanya: "Di mana bayi itu"

Maka mereka membawa bayi itu menghadapnya. Juraij berkata: "Tinggalkan aku untuk solat dan berdoa."

Sesudah itu, Juraij menepuk perut bayi dan bertanya: "Wahai bayi, siapakah bapamu?"

Dengan izin Allah, bayi itu menjawab: "Bapaku ialah gembala kambing di kampung ini."

Penduduk kampung terkejut dan malu kerana merobohkan pondok Juraij dek tertipu oleh wanita itu. Mereka berjanji akan membangunkan pondoknya dengan emas dan perak, namun Juraij menolak dan meminta pondok seperti asalnya.

Rasulullah menyatakan kisah Juraij menunjukkan betapa kuat doa seorang ibu, apatah lagi yang disakiti anaknya.

Banyak iktibar daripada kisah Juraij.

  • Kewajiban anak memenuhi panggilan ibu lebih utama dibandingkan menyempurkan ibadah sunat. Dengan hadith ini, dihukumkan menurut fiqah bahawa memenuhi panggilan ibu adalah wajib berbanding meneruskan solat sunat.
  • Doa ibu sangat mustajab - sama ada maksud baik atau tidak. Oleh itu, ibu perlu berhati-hati dan usah ikut perasaan.
  • Ibu harus sentiasa memantau dan mengambil tahu akan keadaan kehidupan anak-anaknya agar tidak terjadi salah faham antara kededuanya.
  • Ibu harus ssentiasa mendoakan kebaikan untuk anak-anaknya, terlebih lagi pada waktu solat dinihari.
  • Ibu harus sentiasa menjaga mulutnya dan usah mudah tersinggung - maafkanlah dan nasihatkan serta sentiasa berdoa untuk anaknya.
  • Sebagai pengasuh, ibu perlu dilengkapi ilmu demi memupuk anak yang soleh.
Seorang alim besar, Syeikh Sya`roni Ahmadi Al-Qudsy berkata: "Doa ibu adalah seperti jelmaan malaikat, bahkan ibu adalah seperti jelmaan malaikat yang nampak. Ertinya, hati-hatilah dengan doa ibumu kerana doanya begitu cepat dikabulkan oleh Allah subhanahu wa ta`ala."

Kepada ibuku Shariffah Aishah terima kasih kerana mendoakan aku. Moga doamu menjadi pelindung padaku.

Sunday, February 19, 2012

Al-Fatahhttp://www.blogger.com/post-create.g?blogID=8859562682058166917

Tengah dengar nasyid Berjalan Tanpa Henti Untuk recharge energy balik..........Officially contract aku ditamatkan 17 April 2012. Jenuh nak mencari kerja balik..........Akan ku gagahi juga perjalanan hidup ini. Inila namanya dugaan. Kalau takde dugaan tak mencabar la yek......Insyaallah segala kepahitan dan segala keperitan sebagai penghapus dosa dan pengalaman hidup yang berharga.
Semalam dengar kuliah Dr Maza tentang sifat Allah Al-Fatah iaitu Maha Pembuka.......

Allah Pembuka Segala Macam Pintu Rahmat.......Seperti didalam doa masuk masjid

اللهم افتح لي أبواب رحـمتك
“Ya Allah, bukakanlah untuku pintu-pintu rahamat-Mu” (H.R. Muslim).

Allah juga Pembuka segala pintu-pintu kebahagian.Seseorang insan itu tidak mungkin bahagia tanpa rahmat Allah. Apabila kita bersedih balikla pada Allah kerana dia Pembuka kepada kebahagian.Seperti daam doa keluar masjid

وافـتح لـي أبـواب فضلك

waf tahlii abwaaba fadhlik.

“Dan bukakanlah untukku pintu-pintu karunia-Mu”

Allah juga Pembuka segala pintu rezeki. Tanpa keizinannya kita tidak akan menikmati rezeki yang kita nikmati hari ini.

Allah juga Pembuka segala pintu ilmu. Segala ilmu adalah dalam pengetahuanNya dan dengan izinnya segala ilmu sains dan teknologi diperolehi.

Ya Fatah...Dengan namaMu akan pohon jauhkanlah aku dari kedukaan kerana terlalu mengharapkan manusia. Jauhkanlah aku dari kedukaan yang perpanjangan. Dia nampak sempurna untuku tapi Kau lebih mengetahui apa yang terbaik untukku.

Ya Fatah...Dengan namaMu akan pohon bukalah pintu rezekiku seluas-luasnya....Aku benar-benar memohon Ya Allah. Aku tidak mahu menyusahkan sesiapa. Cukuplah aku menyusahkan ibuku dahulu. Mungkin silapku kerana tidak menghargai peluang yang Kau berikan. Janganlah Kau hukumku kerana kebodohanku. Ampunkanlah Ya Rabb.

Sunday, January 22, 2012

Ujian

Hmmmmm...............Cuti diabiskan dengan membaca buku2 yang dibeli dan juga mengadap facebook.......Buku yang dibaca Tip-tip Cemerlang Daripada Quran dan Mohonlah Hanya PadaNya.....Aku terkasima dengan penulis Mohonlah Hanya Padanya yang tidak pernah berputus asa untuk sentiasa bermohon pada yang Esa untuk menyembuhkan anaknya yang tidak dapat berjalan akibat kemalangan selama 5 tahun. 5 tahun bukan suatu tempoh yang singkat. Ia sudah tentu menguji kesabaran siapa yang menerima dugaan sedemikian.

Nyata tempoh penantian tidak sia-sia kerana anaknya boleh berjalan kembali. Oleh demekian sentiasa bersangka baik dengan Allah. Allah lambat mengakbul doa bukan bererti Allah tidak mendengar. Sebenarnya Allah mahu mendidik kita supaya sentiasa dekat padaNya.
Ketika Allah rindu pada hambaNya, Ia akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian. Dalam hadits qudsi Allah berfirman: " Pergilah pada hambaKu lalu timpakanlah b'bagai ujian padanya kerana Aku ingin m'dengar rintihannya " ( HR Thabrani dari Abu Umamah ).
Ujian sakit itu menyedarkan kita tentang kelemahan diri. Dia mahu mendidik kita agar sentiasa membasahi bibir dengan zikrullah dan kembali merindui kasih sayang-NYA.

Monday, January 2, 2012

Tahun Baru 2012

Pejam celik pejam celik dah masuk tahun baru 2012........rasa macam pantas masa berlalu......
tiba2 terfikir apa yang telah aku capai sepanjang tahun 2012.........aku dah lama lupakan impian aku sejak aku tinggalkan network marketing atas sebab-sebab tertentu.....tapi seriously i need to do something with my life...........aku perlu bertindak dan bukan mengeluh......April ni abis la contract aku..........cari kerja lain ..........tapi sampai bila aku perlu begini.......bukan tidak bersyukur dengan nikmat Allah kurniakan tapi mencari alternatif lain untuk aku memaksimakan keupayaan aku sebagai hamba Allah...............Aku tidak mengunakan sepenuhnya keupayaan aku.........Banyak yang bermain di fikiran aku.........Ya Allah tunjukkan jalan untuk hambaMu yang lemah ini.........Aku mahu berjaya di dunia dan akhirat.......menyumbang sebahagian dari rezekiku ke jalan mu.....membelanjakan sebahagian pendapatan ku untuk menegakkan syiarMu.......Kau lebih mengetahui dan mengenali aku dari diri ku sendiri......Kau bukalah jalannya Ya Allah..........
Fokus apa yang anda inginkan dan bertindaklah...........Mungkin aku perlu join balik mana2 network marketing yang bersesuaian......Anda ada cadangan untuk saya?hehehehe

Saturday, November 12, 2011

Sabar

Semalam tgk rancangan Tanyalah Ustazah terus dapat idea nak tulis dalam blog ni. Lepas tengok rancangan tu baru sedar bahawa diri ini kurang bersabar rupanya.Yela Allah baru bagi dugaan dalam pekerjaan dah megeluh. Patutnya bersyukur kerana Allah cuba jadikan aku insan hebat dari semalam. Tipisnya kesabaran aku berbanding dengan Siti Hajar yang redha ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim di padang pasir sedangkan kalau nak ikut logik akal bagaimana nak hidup dipadang pasir.Menunjukkan betapa tinggi tahap kebergantungan pada Allah yang dimiliki oleh Siti Hajar. Hasil kesabaran Siti Hajar dinikmati oleh umat sehingga hari ini. Air Zam Zam dinikmati kita sehingga hari ini. Janji Allah dalam Surah Huud ayat 11 '
Kecuali orang-orang yang sabar dan mengerjakan amal soleh maka mereka itu akan beroleh keampunan dan pahala yang besar.
Sabar ni ada 4 jenis:
1) Kesabaran untuk membuat ketaatan
2) Kesabaran dalam menahan diri dari kemaksiatan
3) Kesabaran atas perkara-perkara yang dibenci
4) Kesabaran atas nafsu dan syahawat

Ujian yang kita hadapi seharian boleh termasuk dalam kesabaran atas perkara-perkara yang dibenci. Kalau nak cakap bersabarla memang senang tapi bila benda tu kena kat batang hidung kita baru kita rasa payahnya nak bersabar. Tapi peganglah kata-kata Saidina Ali apabila kita diuji Jika engkau bersabar, takdir itu berlaku juga ke atas diri mu, tetapi engkau dikurniakan ganjaran pahala. Jika engkau tidak sabar pun, takdir tetap berlaku juga ke atas dirimu dan engkau berdosa. Jadi pada teman2 yang diuji ketika ini kita boleh pilih samada rahmat Allah atau murka Allah. It is your choice.

Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah seorang muslim menderita sakit karena suatu penyakit dan juga lainnya, melainkan Allah menggugurkan kesalahan-kesalahannya dengan penyakit itu, sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya". (HR Bukhari, Muslim).

Aku teringat arwah ayah ku pernah berkata-kata sabar itu separuh dari iman ketika aku sakit dulu. Shafiah tak sabar macam mana nak baik. Alhamdullilah hasil kesabaran dia dan ibu aku aku pulih. Disini menunjukkan betapa besar rahmat Allah kepada kita. Asal kita berusaha dengan rahmatnya akan kita perolehi apa yang kita ingini.

Jika dilihat hidup kita juga menuntut kesabaran. Bayi yang dilahirkan perlu dikandung oleh ibunya selama 9 bulan. Ibunya perlu susah dahulu sebelum melahirkannya. Bayi tersebut perlu belajar meniarap merangkak dan bertatih sebelum dapat berjalan normal.Berapa kali bayi tersebut jatuh sebelum berjalan normal. Inilah hakikat kehidupan. Kita perlu menghadapi beberapa peringkat sebelum kita berjaya. Akan aku semat perkara ini dalam otak aku. Aku perlu melalui kesusahan dahulu. Biarpun kontrak aku tinggal 4 bulan lagi akan aku cuba jadikan hari-hari di Motorola sebagai pelajaran yang berguna. Rezeki ada dimana-mana. Insyaallah jika Motorola terbaik untukku Allah akan permudahkan jalan. Jika rezeki aku sampai bulan April ini aku redha. Mungkin ada kekurangan dalam diriku aku perlu perbaiki dan aku akan mengorak langkah untuk maju kehadapan.

Ya Allah jadikanlah aku hamba bersabar ketika menghadapi ujianMu dan hamba yang bersyukur ketika menikmati nikmatMu.