Monday, June 25, 2012

Alhamdulillah selamat pulang dari Tanah Suci Mekah 8hb June 2012. Terima kasih ya Allah kerana Kau mengizinkan aku kesana. Rasa mcm mimpi dpt kesana. Benarlah kata orang apabila kita menjejakkan kesana kita dpt rasa kemanisannya. Malah berapa banyak hati2 diketuk oleh cik hidayah apabila berada disana. Sejujurnya apabila aku berada disana aku lupa dunia. Masalah tiada perkerjaan langsung tidak terlintas difikiran aku. Yang  hanya ada  difikiran aku hanya redhaMu Ya Allah. Rasa tak mahu pulang langsung. Kalau boleh ingin jadi tukang cuci masjid yang mungkin pahalanya berlipat kali ganda dari kita disini. Namun sudah Kau tetapkan aku tetap akan pulang ke Malaysia. Hanya Kau dan aku tahu apa berlaku disana. Betapa Kau boleh bolak balikkan hati manusia. Aku mohon ketetapan iman agar aku tidak tergolong dlm mereka yang Kau murka dan mereka yang menzalimi diri sendiri. Ampunkan dosaku Ya Allah samada aku sedar ataupun tidak. Izinkan aku kesana lagi Ya Allah.Tambahkan ilmu untuk mengenali dirimu Ya Allah.Sungguh Kau mendengar doa hambaMu. Buktinya Kau mendengar doa ku untuk mengizinkan ibuku kesana. Buktinya Kau mendengar doaku untuk membuka hati ibuku untuk berhijab. Cuma cara Kau lakukan berbeza. Apalah sangat dengan dugaan Kau berikan untukku berbanding dengan nikmat2 yang Kau berikan.Malah kebanyakkan doaku Kau makbulkan. Cuma aku ni saja insan yang tidak tahu bersyukur.Kau tahu apa yang aku doakan disana. Kau tahu apa keperluanku. Maka aku mohon dengan rahmat dan kasih sayangmu Kau makbulkan permintaanku. Kerana hanya padaMu saja aku dapat meminta dan hanya Kau saja mengetahui apa yang berlaku kepada diriku.

No comments:

Post a Comment