Wednesday, September 5, 2012

Akauntan menjadi ustazah?

Hmmm...Tajuknya sudah cukup menarik. Tetapi itulah cadangan ibu saudaraku kepadaku apabila aku menziarahinya di Pulau Pinang. Entah kenapa laju saja air mata aku mengalir apabila dia mencadangkan sedemikian. Auntie tgk jiwa shafiah ke arah agama. Apa kata shafiah sambung belajar jurusan agama lepas tu apply jadi cikgu.Hanya Allah tahu betapa aku rasa tak berdaya ketika itu. Aku rasa seolah-olah gagal. Gagal menyampaikan bahawa bidang dakwah ni bukan hanya kerja para ustazah sahaja. Gagal menyampaikan bahawa saya boleh jadi akauntan yang hebat tapi dalam masa yang sama saya faham agama saya. Jika difikirkan kembali mungkin aku patut sampaikan ayat ini kepada dia tapi entah kenapa hati ini tak dpt melakukannya. Moga2 hati dia terbuka untuk baca blog aku ni.

 Hendaklah di antara kamu satu puak yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh berbuat yang makruf dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung-Ayat 104 Surah Al-Imran.

Bukankah ayat diatas sudah nyata dengan penegasan Allah bahawa orang yang sampaikan dakwah adalah orang-orang yang beruntung? Jadi siapa orang2 beruntung itu? Para ustaz dah ustazah sahaja?

Masih tidak berpuas hati. Ok jom tgk ayat dibawah ini

Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)-Surah Fussilat Ayat 33

Apabila kita menyeru secara automatiknya akan timbul perasaan utk memperbaiki diri dan beramal. Ini merupakan salah satu sbb kenapa aku masih dlm gerabak ini kerana aku rasa banyak dpt perbaiki diri dan dpt banyak ilmu.

Tak takut ke dengan amaran Allah yang disebut dalam Hadis Qudsi dari Aisyah R.A bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda

Wahai manusia sesungguhnya Allah azza wajalla berfirman suruhlah kepada perkara makruf dan cegahlah kepada perkara mungkar,sebelum berlaku sesuatu keadaan apabila kamu berdoa kepada-k Aku tidak kabulkan doa kamu, kamu memohon sesuatu kepada-ku,Aku tidak tunaikan dan jika kamu memohon pertologan kepada-ku maka Aku tidak memberi pertolongan kepada kamu- Riwayat Al-Baihaqi

Padan la doa kita utk selamatkan Palestin tak terjawab.Kita tidak melakukan kerja dengan sungguh rupanya.

Okla nak tidur. Nanti kita sambung lagi ye..........

Thursday, August 30, 2012

Merdekakah kita?

Esok tanggal 31 Ogos tahun ke 55 tahun Malaysia merdeka. Ramai post tentang merdeka....Negara aman damai dikatakan merdeka.....Mengingati perjuangan orang-orang terdahulu sempena merdeka...........Namun satu persoalan terlintas di benak saya. Adakah kita sebenarnya merdeka? Merdeka dari menjadi hamba nafsu dan manusia? Merdeka dari bertuhankan harta benda?Merdeka dari budaya-budaya yang tidak berlandaskan syariat dan agama?Adakah kita benar-benar menjadi hamba? Lupakakah kita pada ayat

" Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku"Surah Al-Dzariyat ayat 56

Oh Malaysiaku......Mengapa perlu mengunakan pulut untuk mencipta bendera sedangkan rakyat-rakyat Afrika kebulur disana? Sedangkan Syria, Palestin dan Rohingya membutuhkan bantuan kita. Lagu yang ntah apa-apa dicipta. Hiburan berlebihan dimomokan kepada anak-anak muda. Sudahnya anak dilahirkan tanpa bapa dan dibuang begitu sahaja.Justeru saya ingin tanya adakah kita benar-benar merdeka?

Saya sendiri belum seratus peratus pasti bahawa saya benar-benar merdeka. Kerana diri ini masih terikat dengan nikmat dunia. Belum dapat mencontohi Abu Bakar yang mendermakan seluruh harta bagi memastikan bertemu dengan Yang Esa dalam keadaan Dia redha. Belum mampu menjadi Abdul Rahman Bin Auf yang mendermakan setengah dari hartanya ke jalan Yang Esa. Iman saya sendiri belum seteguh Bilal bin Rabah yang apabila dijemur di matahari terik masih mampu menganggungkan Tuhan Yang Esa. 

Ya kita belum merdeka. Buktinya maruah kita dijijak-jijak oleh musuh Islam dimerata-rata. Kita paling terbelakang di pentas dunia. Dimana kita ketika Palestin memohon bantuan kita?Shame on us. Seriously apa kita nak jawab apabila ditanya oleh Allah dimasyhar kelak? Apa sumbangan kita kepada Islam.

Ya Allah ampunkan aku sekiranya aku belum seabis usaha memerah keringat untuk memperjuangkan agamamu kerana diri ini amat lemah.Pimpinlah aku. Masukkan lah aku kedalam golongan yang diredhaiMu.

Malah para pendakwah dan alim ulama juga dilihat mempunyai penyakit. Penyakit ujub dan riak berada di dalam hati. Kononnya mereka yang paling baik dan berilmu. Tidak boleh ditegur. Jika ditegur maka akan melenting. Memandang orang-orang yang belum mendapat hidayah sebagai ahli neraka dan tidak dapat diselamatkan lagi. Mereka lupa yang ada orang  yang amalannya sehasta memungkinkan dia masuk ke syurga tetapi telah berakhir ke neraka.

Ayuh bangkitlah saudara-saudara ku sekalian. Dari tidur lena dan angan-angan. Banyak kerja kita perlu lakukan.Dalam menegakan maruah Islam yang kita cintakan.


Mari sama-sama kita bebaskan diri kita dari belenggu jahiliyah. Mari sama-sama mendoakan diri kita. Mari sama medekatkan diri kita kepada Allah. Bukankah Dia pernah bersabda

 'Orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.' (al-Ra`d:28).

Bukankah dengan memiliki jiwa yang tenteram kita sebenarnya bebas dari segala bisikan syaitan, belengu dunia dan diakhirat selamat dari api neraka.......Sebenarnya merdeka itu adalah apabila kita berada dalam keredhaan Allah.Salam kemerdekaan
 

Monday, August 6, 2012

Rezeki di bulan ramadhan

Alhamdulillah. Aku tidak ada sebab untuk tidak bersyukur dengan nikmatMu. Telah Kau buka jalan dan akan aku tempuh jalan yang Kau tetapkan untukku. Agak menarik cara Kau memberi nikmat tersebut.Tidak pada jawatan yang aku minta tapi jawatan yang lain aku minta. Aku ingatkan peluang untuk aku bekerja disana tertutup tetapi dengan tiba-tiba rezeki datang bergolek.Aku tahu pada ketika ini aku masih diuji dan aku masih bertarung. Ya Allah anugerahkan aku ilham untuk bersyukur. Tundukkan hati ini untuk mengharapkan keredhaanMu semata-mata. Kau lebih mengetahui dan yakinlah hati ini dengan perkara tersebut.

Nyata doa orang berbuka didengari.Bulan ramadhan bulan penuh rahmat.
Ini sebagaimana yang ditegaskan oleh Rasulullah saw dalam sebuah hadits :
“Telah datang kepada kamu Ramadhan, bulan penuh dengan keberkatan yang dicurahkan Allah kepada kamu, maka Ia menurunkan rahmatNya di dalamnya, menghapuskan dosa-dosa dan mengabulkan di dalamnya doa. Allah swt melihat kepada semangat perlumbaan kamu dalam (mengisi) Ramadhan, dan membangga-banggakan kamu di hadapan para malaikatNya. Untuk itu perlihatkan kebajikan memancar dari diri kamu, kerana sesungguhnya orang yang celaka adalah orang yang diharamkan atau dijauhkan darinya rahmat Allah”. (HR At Thabari)

“Karena itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari-Ku.” (QS. Al Baqarah: 152).

Nikmat mana yang mana hendak aku dustakan. Kau telah buka jalan seluas-luasnya. Dan lebih menarik Kau membuka banyak jalan. Perkara yang memelikkan motorola telah memanggil interview untuk permenant post accountant. Dan kemudian aku ditawarkan pekerjaan di Insaniah Holding sebagai Penolong Akauntan sehari berikutnya. Imbuhan tidakla sebanyak di motorola tetapi sekurang-kurangnya aku mempunyai pekerjaaan.

Interview akan aku hadiri esok. Dapat atau tidak aku serahkan pada pemilik rezeki. Kerana Dia sebaik-baik perancang. Dia lebih mengetahui. 

Mungkin aku lebih elok menetap di Alor Setar kerana aku selalu bersolat jemaah dengan ibuku di masjid. Setidak-tidaknya aku dapat berbakti pada ibuku. Atau mungkin aku lebih baik bekerja di Pulau Pinang kerana aktiviti dakwah tidak pernah lekang disini. Tidak aku ketahui dan Hanya Dia Mengetahui.

Moga aku sentiasa dirahmati oleh mu Ya Allah. Tunjukkan aku jalan untuk menggapai cintaMu.

Thursday, July 19, 2012

3R kembali lagi..............

Adik2 tak tahu nak buat apa di bulan ramadhan ni......Mari2 sertai 3R - Remaja Rai Ramadhan.......Pada sesiapa berada di sekitar Kuala Lumpur atau Pulau Pinang jemput la datang yer........Gerenti best.........


Thursday, July 12, 2012

Mencari dan terus mencari

Kecewa interview pergi ari 2 KIV. Apa sebenarnya tak kena dengan aku ni? Sime darby boleh terimala takde pengalaman supervise orang,celestisca bidang tak pro sgt. Tapi yang ini contract and bidang aku di motorola dulu pun tak dapat apa kes. Seriously dah penat! Satu sms dihantar kepada rakan baik ku di UUM setelah mendapat email dari job agen . Rakanku ini tidak pernah mengikuti mana-mana usrah tetapi sms balas jelas menunjukkan dia faham apa itu tarbiyah dari Allah. Sebenarnya bohong la aku katakan aku kebal dan tidak merasa apa2 setelah pelbagai interview aku hadiri ditolak.Hati membentak bertanya dimana silapnya aku.Tapi sms balas dari rakan aku itu membuat air mata aku mengalir. Tidak dapat ditahan lagi.Menunjukkan betapa kasihNya Allah menghadiahkan teman sebegitu rupa kepada ku. Xde rezeki lagi la tu. Dia nak dekat dengan hang sempena ramadhan ni. Dia nak bagi hang rehat untuk beramal ibadat. Rebut peluang ni. Rezeki kat mana-mana ada tapi dugaan dari Dia cuma yang terpilih dapat. Sambil2 tu ko search pasal mara. Apa kemahiran yang diaorg tawarkan. Kita cuba bidang tu.

Allah hu Allah.........Malu pada teman ku yang seorang ni.......Dia memahami apa itu tarbiyah walaupun tidak mengikuti apa2 usrah. Mungkin kerana dia sendiri telah terbiasa ditarbiyah oleh Allah sejak kecil hingga ke dewasa.Sebenarnya fasa-fasa sejak tiga tahun lepas sehingga kini merupakan fasa tarbiyah oleh Allah untukku. Samada lulus atau pun tidak dalam ujian ini bergantung kepada tidak balas aku.Allah ingin melihat sejauh mana kerbantungan aku padaNya. Betapa aku terikat dengan dunia. Bukan aku maksudkan kita tidak perlu mencari dunia. Bukan. Malah ia merupakan satu alat untuk kita berjaya di akhirat sana sekiranya kita membelanjakan harta kita di jalan Allah. Tanya pada diri kita berapa banyak harta kita kita belanjakan ke jalan Allah. 10 percent? 20 percent? atau 1 percent? .............Sekiranya dibandingkan dengan Abu Bakar R.A. yang membelanjakan seluruh hartanya untuk perang Tabuk.Sehingga Rasullullah bertanya kepada beliau apa kau tinggalkan untuk keluargamu? Aku tinggalkan Allah dan Rasul untuk keluarga ku.Lihat sahaja berapa kebergantungan mereka kepada Allah.

Ya ini adalah proses didikan terus dari Allah agar aku tidak bergantung kepada dunia. Agar aku tidak menjadi hamba kepada dunia. Ia juga tarbiyah dari Allah agar aku terus menerus memperbaiki diri dan terus menerus berjuang. Ia menanam semangat juang yang lebih tinggi untuk berjaya. Ia juga mungkin perancangan dari Allah untuk perkara yang lebih baik.

' Dan mereka mebuat perancangan dan Allah juga membuat perancangan, Allah juga sebaik-baik perancang' Surah Al-Imran ayat 54.

Sms dari rakan aku membuat aku terfikir mungkin aku perlu ubah strategi dari makan gaji ke bekerja sendiri. Mungkin sahaja aku boleh berjaya sekiranya aku mencuba bidang lain. Jadi agen takaful ka, buat bisnes sendiri ka anything asal rezeki yang halal. Rezeki di bumi Allah sebenarnya luas. Mungkin kita sudah terbiasa fokus satu perkara sehingga kita tidak pandang jalan lain.

Aku akan istikarah tentang hal ini mohon petunjuk dari Allah agar Allah tunjukkan jalan yang terbaik untukku.

'Jika Allah menolong kamu, maka tidak ada yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkanmu, maka siapa dapat menolongmu setelah itu? Kerana itu, hendaklah kepada Allah saja orang mukmin bertawakal' - Surah Al Imran ayat 160

Hanya pada Allah kita balik bergantung. Kita boleh meluahkan kepada sesiapa sahaja tetapi jawapan diberi oleh mereka berbeza. Sekiranya kita luah kepada Allah sebagai hamba sudah tentu kita akan mendapat jawapannya dengan cara yang tidak kita sangka.

 

Monday, June 25, 2012

Alhamdulillah selamat pulang dari Tanah Suci Mekah 8hb June 2012. Terima kasih ya Allah kerana Kau mengizinkan aku kesana. Rasa mcm mimpi dpt kesana. Benarlah kata orang apabila kita menjejakkan kesana kita dpt rasa kemanisannya. Malah berapa banyak hati2 diketuk oleh cik hidayah apabila berada disana. Sejujurnya apabila aku berada disana aku lupa dunia. Masalah tiada perkerjaan langsung tidak terlintas difikiran aku. Yang  hanya ada  difikiran aku hanya redhaMu Ya Allah. Rasa tak mahu pulang langsung. Kalau boleh ingin jadi tukang cuci masjid yang mungkin pahalanya berlipat kali ganda dari kita disini. Namun sudah Kau tetapkan aku tetap akan pulang ke Malaysia. Hanya Kau dan aku tahu apa berlaku disana. Betapa Kau boleh bolak balikkan hati manusia. Aku mohon ketetapan iman agar aku tidak tergolong dlm mereka yang Kau murka dan mereka yang menzalimi diri sendiri. Ampunkan dosaku Ya Allah samada aku sedar ataupun tidak. Izinkan aku kesana lagi Ya Allah.Tambahkan ilmu untuk mengenali dirimu Ya Allah.Sungguh Kau mendengar doa hambaMu. Buktinya Kau mendengar doa ku untuk mengizinkan ibuku kesana. Buktinya Kau mendengar doaku untuk membuka hati ibuku untuk berhijab. Cuma cara Kau lakukan berbeza. Apalah sangat dengan dugaan Kau berikan untukku berbanding dengan nikmat2 yang Kau berikan.Malah kebanyakkan doaku Kau makbulkan. Cuma aku ni saja insan yang tidak tahu bersyukur.Kau tahu apa yang aku doakan disana. Kau tahu apa keperluanku. Maka aku mohon dengan rahmat dan kasih sayangmu Kau makbulkan permintaanku. Kerana hanya padaMu saja aku dapat meminta dan hanya Kau saja mengetahui apa yang berlaku kepada diriku.

Friday, May 18, 2012

Hadiah dariNya

Insyaallah akan berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 28 May ni. Perasaan bercampur baur. Terharu,gembira dan sudah bersyukur kerana masih ada kesempatan melihat sendiri kebesaran Allah,mengungjungi makam kekasih Allah.Jika difikirkan kembali mungkin ini adalah salah satu hikmah yang tersembunyi kenapa kontrak aku tidak direnew. Sekiranya aku bekerja sudah tentu tidak akan  berkesempatan untuk kesana kerana sudah tentu aku tidak diberikan cuti untuk satu tempoh yang lama. Faham sahaja kerja akauntan menuntut komitmen yang tinggi dari segi masa. Ada je closing and issue yang perlu diselesaikan segera.
Bermain-main di minda pelbagai doa ingin aku panjatkan. Pelbagai permintaan aku ingin minta.Kesembuhan,kelapangan hidup,jodoh, hidayah dan paling penting syurgaMu Ya Allah. Tapi aku jadi malu denganMu Ya Allah. Ingin pelbagai bentuk kesenangan tapi sedikit aku berikan di jalan dakwah. Malah aku belum jadi daie yang hebat yang dapat memberi contoh yang baik kepada adik-adiku. Mereka masih belum dapat sentuhan hidayahMu kerana kegagalan ku sendiri untuk menjadi insan yang hebat.Sungguh jalan dakwah ini bukan mudah. Untuk mengajak orang ke jalan Allah kita terlebih dahulu perlu menjadi insan luar biasa. Hebat dari macam segi perkara. Dan aku masih mencuba untuk ke arah itu. Bukan sekali dua aku mendengar perkataan macam ni ka orang pergi usrah? Hang pi usrah tu dapat apa? Aku tgk sama ja........
Sungguh aku tidak menyalahkan mereka kerana kegagalan itu berpunca dari diriku sendiri. Tidak dapat memberi contoh yang baik. Sungguh Kau hadiahkan ujian kepada insan Kau sayangi. Sungguh Kau hadiahkan ujian kepada insan yang mampu menanggungnya dan sungguh Kau hadiahkan ujian kepada insan yang lupa padaMu.

 Dan sungguh akan Kami berikan ujian kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (AL BAQARAH ( ayat 155)

Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.  AL BAQARAH ( ayat 214)

Ya pertolonganMu amat dekat. Terima kasih Ya Allah kerana menghadiahkan perjalanan yang aku yakin tidak akan dapat ku lupa seumur hidupku  dan aku pinta hanya rahmatMu dan kasih sayangMu kerana tidak mungkin aku dapat membalas segala kasih sayangMu dengan amalan yang sedikit ini. Aku pohon Kau berikan aku kekuatan di jalan dakwah ini. Aku yakin Kau sebaik-baik perancang. Segala kententuanmu sungguh tidak sia-sia.

Ya Allah berikan aku kekuatan untuk menjadi insan yang hebat dunia dan akhirat.