Alhamdulillah. Aku tidak ada sebab untuk tidak bersyukur dengan nikmatMu. Telah Kau buka jalan dan akan aku tempuh jalan yang Kau tetapkan untukku. Agak menarik cara Kau memberi nikmat tersebut.Tidak pada jawatan yang aku minta tapi jawatan yang lain aku minta. Aku ingatkan peluang untuk aku bekerja disana tertutup tetapi dengan tiba-tiba rezeki datang bergolek.Aku tahu pada ketika ini aku masih diuji dan aku masih bertarung. Ya Allah anugerahkan aku ilham untuk bersyukur. Tundukkan hati ini untuk mengharapkan keredhaanMu semata-mata. Kau lebih mengetahui dan yakinlah hati ini dengan perkara tersebut.
Nyata doa orang berbuka didengari.Bulan ramadhan bulan penuh rahmat.
“Karena itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari-Ku.” (QS. Al Baqarah: 152).
Nikmat mana yang mana hendak aku dustakan. Kau telah buka jalan seluas-luasnya. Dan lebih menarik Kau membuka banyak jalan. Perkara yang memelikkan motorola telah memanggil interview untuk permenant post accountant. Dan kemudian aku ditawarkan pekerjaan di Insaniah Holding sebagai Penolong Akauntan sehari berikutnya. Imbuhan tidakla sebanyak di motorola tetapi sekurang-kurangnya aku mempunyai pekerjaaan.
Interview akan aku hadiri esok. Dapat atau tidak aku serahkan pada pemilik rezeki. Kerana Dia sebaik-baik perancang. Dia lebih mengetahui.
Mungkin aku lebih elok menetap di Alor Setar kerana aku selalu bersolat jemaah dengan ibuku di masjid. Setidak-tidaknya aku dapat berbakti pada ibuku. Atau mungkin aku lebih baik bekerja di Pulau Pinang kerana aktiviti dakwah tidak pernah lekang disini. Tidak aku ketahui dan Hanya Dia Mengetahui.
Moga aku sentiasa dirahmati oleh mu Ya Allah. Tunjukkan aku jalan untuk menggapai cintaMu.
Nyata doa orang berbuka didengari.Bulan ramadhan bulan penuh rahmat.
Ini sebagaimana yang ditegaskan oleh Rasulullah saw dalam sebuah hadits :
“Telah datang kepada kamu Ramadhan, bulan penuh dengan keberkatan yang dicurahkan Allah kepada kamu, maka Ia menurunkan rahmatNya di dalamnya, menghapuskan dosa-dosa dan mengabulkan di dalamnya doa. Allah swt melihat kepada semangat perlumbaan kamu dalam (mengisi) Ramadhan, dan membangga-banggakan kamu di hadapan para malaikatNya. Untuk itu perlihatkan kebajikan memancar dari diri kamu, kerana sesungguhnya orang yang celaka adalah orang yang diharamkan atau dijauhkan darinya rahmat Allah”. (HR At Thabari)“Karena itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari-Ku.” (QS. Al Baqarah: 152).
Nikmat mana yang mana hendak aku dustakan. Kau telah buka jalan seluas-luasnya. Dan lebih menarik Kau membuka banyak jalan. Perkara yang memelikkan motorola telah memanggil interview untuk permenant post accountant. Dan kemudian aku ditawarkan pekerjaan di Insaniah Holding sebagai Penolong Akauntan sehari berikutnya. Imbuhan tidakla sebanyak di motorola tetapi sekurang-kurangnya aku mempunyai pekerjaaan.
Interview akan aku hadiri esok. Dapat atau tidak aku serahkan pada pemilik rezeki. Kerana Dia sebaik-baik perancang. Dia lebih mengetahui.
Mungkin aku lebih elok menetap di Alor Setar kerana aku selalu bersolat jemaah dengan ibuku di masjid. Setidak-tidaknya aku dapat berbakti pada ibuku. Atau mungkin aku lebih baik bekerja di Pulau Pinang kerana aktiviti dakwah tidak pernah lekang disini. Tidak aku ketahui dan Hanya Dia Mengetahui.
Moga aku sentiasa dirahmati oleh mu Ya Allah. Tunjukkan aku jalan untuk menggapai cintaMu.
No comments:
Post a Comment