Thursday, March 28, 2013

Puak ni Ekstreme

Puak-puak ni Ekstreme sungguh. Dok kalut dengan usrah la berbagai la Duduk rumah baca Al-Quran, solat dan puasa sunat ok apa. Masuk syurga jugak apa. Dah tu tgk depa ni bukannya alim dan berilmu sangat pun. Dengan dok mengumpat tak tentu hala. Kerja buat separuh jalan tak berkualiti.Nak masuk syurga apa macam tu.Senyum geleng kepala. Anda ingat mereka itu malaikat ka? Saya sejujurnya tidak terkejut bila suatu masa nanti golongan ini sebenarnya adalah golongan yang akan neraka Allah sekiranya amalan mereka diselubungi riak atau perasaan berbangga-bangga ditambah pula jika mereka tidak mengamalkan apa mereka katakan. Malah saya sendiri tidak tahu dimana pengakhiran saya. Ok agak menakutkan disitu. Sebab Allah telah memberi peringatan dalam surah Al-Kahfi dalam 103-104

Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya? (Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan". Surah Al-Kahfi ayat 103-104

Hebatkan Allah dalam mengenali manusia. Malah Dia memberi peringatan awal-awal lagi bahawa ada golongan yang rugi.Hah dah tu buat apa sibuk  pergi usrah dan berdakwah berbagai ni. Duduk rumah dan buat amalan soleh ja dah cukup.Lagi sekali senyum geleng kepala.

Point number 1 Anda ini mementingkan diri tahu. Anda nak masuk syurga sorang2 saja ka? Tak peduli orang lain disekeliling anda. Tak kesian pada orang lainkah? Dah tu kalau orang tu ckp bahawa anda tidak pernah ajak dia ke jalan Allah di masyhar kelak anda ada jawapan ka?

Point number 2 Untuk kekal istiqamah dalam membuat kebaikan sebenarnya anda perlu kelilingkan diri anda dengan orang yang berlumba-lumba membuat kebaikan juga. Jika tidak syaitan akan dengan semudah-mudahnya baham anda. Syaitan ni sangat la bijak dalam menipu daya. Saya cakap berdasarkan pengalaman saya sendiri sebenarnya.

Point number 3 Sejujurnya saya nak tanya anda sekiranya anda nak masuk syurga kelak dan melalui Titian Siratul Mustaqim itu anda nak masuk sepantas kilat ka atau nak masuk merangkak-rangkak?Dahla masuk merangkak-rangkak tiba2 tergelincir pulak ke neraka Allah. Sila berlaku jujur dengan diri sendiri.Syurga ada berbagai-bagai tingkat. Oleh itu wajib bagi kita bercita-cita syurga yang tertinggi and of coz la berusaha ke arahnya. Kalau angan-angan mat Jenin tu tak guna la jugak. Di syurga nanti ada ahli syurga di tingkat yang lain berharap mereka dapat beramal seperti ahli syurga tingkat itu. Jangan jadi orang menyesal. Sungguh jangan.

Point number 4 Untuk menegakkan martabat Islam tercinta sesungguhnya kita perlu membina manusia yang sanggup berkorban di jalan yang sungguh-sungguh panjang ini. Dan membina manusia sebegitu sesungguhnya
memerlukan pengorbanan yang sungguh luarbiasa. Baik dari segi masa, tenaga dan wang ringgit. Dan untuk membina manusia seperti itu adalah hampir mustahil sekiranya kita membinanya seorang diri tanpa melalui sebarang tarbiyah atau sistem yang dibina oleh jamaah.

Malah Allah telah bersumpah dalam Surah Al-'Asr bahawa orang yang tidak berdakwah itu adalah orang yang rugi. Ini sumpah Allah. Tuhan Yang Menguasai Hari Pembalasan yang boleh membawa sesiapa sahaja ke neraka atau syurga dengan keizinanNya.

Demi Masa!Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.( Surah Al-'Asr ayat 1-3)

Lalu saya nak tanya kalau sumpah Allah itu kita tak hiraukan lalu atas tiket apa yang kita nak bawa untuk masuk syurga Allah. Cukup ka dengan amalan kita yang sedikit dan tak berapa khusyuk tu?

“Wahai manusia, sesungguhnya aku tengah menasihati kalian, dan bukan
berarti aku orang yang terbaik di antara kalian, bukan pula orang yang
paling shalih di antara kalian.
Sungguh, akupun telah banyak melampaui
batas terhadap diriku. Aku tidak sanggup mengekangnya dengan sempurna, tidak pula membawanya sesuai dengan kewajiban dalam menaati Rabb-nya.
Andaikata seorang muslim tidak memberi nasihat kepada saudaranya kecuali setelah dirinya menjadi orang yang sempurna, niscaya tidak akan ada para pemberi nasihat. Akan menjadi sedikit jumlah orang yang mau memberi peringatan dan tidak akan ada orang-orang yang berdakwah di jalan Allah ‘Azza wa Jalla, tidak ada yang mengajak untuk taat kepada-Nya, tidak pula melarang dari memaksiati-Nya. Namun dengan berkumpulnya ulama dan kaum mukminin, sebagian memperingatkan kepada sebagian yang lain, niscaya hati-hati orang-orang yang bertakwa akan hidup dan mendapat peringatan dari kelalaian serta aman dari lupa dan kekhilafan. Maka terus meneruslah berada pada majelis-majelis dzikir (majelis ilmu), semoga Allah ‘Azza wa Jalla mengampuni kalian. Bisa jadi ada satu kata yang terdengar dan kata itu merendahkan diri kita namun sangat bermanfaat bagi kita. Bertaqwalah kalian semua kepada Allah ‘Azza wa Jalla dengan sebenar-benarnya taqwa dan janganlah kalian mati kecuali dalam keadaan muslim.”
Al-Imam Hasan Al-Bashri 


Jika dakwah bermula dengan orang super perfect maka sayalah orang yang paling tak layak. Jika dakwah bermula dengan orang berilmu maka sayalah orang paling tak layak.

Akan tetapi dakwah akan menghasilkan manusia yang luar biasa akhlaknya dan bertambah ilmunya dari masa ke semasa sekiranya mereka betul-betul ingin memperjuangkan agama Allah. Sebab itu Allah suruh kita berdakwah. Untuk diri kita sendiri sebenarnya. Hakikatnya Allah tak perlukan kita untuk berdakwah sebab Dia boleh campakkan hidayah kepada sesiapa sahaja Dia suka. Tetapi dia nak uji keimanan serta ketekunan kita dalam memperjuangkan agamaNya.

Jika anda rasa tidak layak sedarlah bahawa pada ketika itu syaitan sedang membisikkan kata-kata negatif kepada anda. Lawanlah ketakutan diri dan terjunlah ke gerabak ini. Sungguh anda tidak akan menyesal.

Tunggu apa lagi cepatlah terjun...Saya nak sambut anda ni..... :D

Harap2 orang saya sayangi baca post ini. Demi Allah saya sayang kalian.Malah saya tahu kalian mengikuti blog ini dari mula.

Sunday, March 17, 2013

Perginya seorang pejuang

Semalam Allah mengajar aku betapa mulianya ikatan di atas dasar iman dan perjuangan. Aku terkesan dengan pemergian beliau walaupun langsung tidak mengenali beliau. Malah aku yakin ramainya terkesan dengan pemergian beliau. Sebak. Memang sebak.Semalam Allah mengajar aku bahawa wujudnya ikatan ukhuwwah persis zaman Rasulullah s.a.w. dan ianya bukan dongeng semata-mata.Kerana aku melihat betapa ramai yang menangisi pemergian beliau.Betapa ramai sahabat disisi beliau dan menjaga beliau di hospital.  Cuma untuk mendapatkan hubungan seperti itu kita kena lebih banyak memberi dari banyak meminta.Semalam Allah mengajar aku betapa aku jauh ketinggalan jika aku diambil dan mengadapNya.Betapa aku telah mensia-siakan masa dan peluang diberi ketika dakwah sedang mekar di negeri kelahiran aku itu. Hanya empat tahun mendapat tarbiyah beliau telah menunjukkan amal yang luar biasa. Hanya empat tahun mendapat tarbiyah beliau telah menyentuh banyak hati yang pasti merasai pemergiannya. Sungguh amal dia bukan tandingiku Yang bagai langit dengan bumi..Bukan aku  tidak pernah diberi peluang. Pernah tetapi aku menolak mentah2 atas ketidakbersediaan aku mengalas tugas yang berat dan ketidakbersediaaan aku menghakis sifat-sifat jahilliliah dalam diri. Aku mementingkan diri sendiri dan tidak mempedulikan insan-insan dahagakan cahaya dan kasih sayang Allah. Dan kini Allah mengajar aku dengan cara yang kasar apabila aku terkial-kial seorang diri mencari tapak untuk membina kekuatan kembali apabila ditakdirkan berpindah tempat yang lain. Bukan tidak pernah cuba menghantar sms kepada pihak berkenaan tetapi Allah belum izinkan. Apabila mereka terlupa disebabkan beban tugas yang terlalu banyak. Dan kini aku mengerti bagaimana perasaan mereka itu. Zalimnya aku kepada mereka. Moga Allah mengampuni kesalahan aku yang lalu yang mementingkan diri semata-mata.Dan kesibukkan mereka ini merupakan satu petanda betapa kita perlukan barisan pelapis yang benar-benar sanggup mengorbankan jiwa raga dalam jalan ini. Dan kesibukan mereka ini menunjukkan betapa ramai pengerak malas untuk bergerak dalam menyentuh hati-hati manusia. Dan Allah memberi teguran dengan cara mengambil seorang yang begitu komited dan ikhlas di jalan ini. Sungguh akhi aku mencemburui mu. Kerana pengakhiran aku belum tentu sepertimu. Martabat engkau diangkat oleh Allah. Walaupun ketika hidupmu tidak dikenali sesiapa. Mungkin kerana keikhlasan amalmu membuat kau diangkat sedemikian rupa. Wahai agen penggerak ketahuilah bahawa Allah mengizinkan dirimu berada dalam gerabak ini bukan hanya untuk bersuka-suka atau berbangga-bangga melainkan berbakti  dan menyebarkan risalah yang agung dengan sepenuh hati. Menyentuh hati-hati manusia yang mungkin lebih hebat lagi bergerak daripadamu. Dan sekiranya engkau gagal melakukan demikian tidak mustahil Allah gantikan dengan insan yang lain. Kerana dakwah dan tarbiyah tidak memerlukanmu sebaliknya engkau yang memerlukannya dalam membentuk jiwa seorang hamba.Membaca message terakhir beliau kepada murabbi beliau bahawa beliau akan berjanji all out untuk dakwah dan tarbiyah seakan-akan sebagai tamparan dan peringatan kepada kita semua bahawa kita masih bermalas-malasan dalam gerabak ini. Saya terkesan membaca blog sahabat beliau yang juga penulis blog terkenal apabila dengan berat hati meninggalkan beliau di hospital demi memenuhi tuntutan dakwah. Sungguh itu pengorbanan luar biasa. Tetapi itulah dakwah mementingkan keperluan insan lain daripada diri kita sendiri. Tergamam apabila membaca sepotong hadis dipaparkan oleh seorang Ustaz yang saya kagumi dimuka bukunya

Daripada Anas bin Malik ra katanya, suatu hari ada jenazah yang diusung di hadapan Rasulullah saw, jenazah tersebut dipuji dengan kebaikan, maka Rasulullah saw pun bersabda; "Telah wajib baginya, telah wajib baginya, telah wajib baginya." Kemudian dilewati pula jenazah yang lain dihadapan Rasulullah saw, namun jenazah tersebut dicaci dengan keburukkan, maka Rasulullah saw pun bersabda; "Telah wajib baginya, telah wajib baginya, telah wajib baginya."

Maka Umar ra pun bertanya; "Ibu dan ayahku menjadi tebusan bagimu, telah lalu iringan jenazah lalu ia dipuji dengan kebaikan kemudian Anda berkata; "Telah wajib baginya, telah wajib baginya, telah wajib baginya." Kemudian lalu pula jenazah yang lain, dan jenazah tersebut dicaci dengan keburukkan, lalu Anda pun berkata; "Telah wajib baginya, telah wajib baginya, telah wajib baginya."

Maka Rasulullah saw pun bersabda; "Siapa yang telah kalian puji dengan kebaikan, maka telah wajib baginya Syurga. Dan siapa yang kalian cela dengan keburukkan, maka telah wajib pula baginya neraka. Antum syuhada' Allah (para saksi Allah) di muka bumi. Antum syuhada' Allah (para saksi Allah) di muka bumi. Sahih Muslim : 2197

Kami menjadi saksi Allah di muka bumi ini bahawa telah wajib ke atas mu syurga wahai Nur IMan ShaFiq Abd RahMan. -Syazalie Hirman-


Bagai satu tamparan kerana saya belum pasti mendapat even satu kesaksian sedemikian rupa. Tetapi beliau mendapat kesaksian daripada pelbagai peringkat umur. Pada ketika itu tahulah saya bahawa dia insan yang luar biasa. 

Rugilah kalian yang masih teragak-agak menyertai gerabak ini. Kerana kemanisannya tidak dapat digambar oleh sebarang perkataan pun. Kerana ia membentuk akhlak dan jati diri yang teguh. Ia membentuk peribadi yang memahami hakikat ketuhanan sekiranya mereka benar-benar ikhlas berjuang demi redha Allah. Saya tidak sehebat beliau tetapi saya bersyukur masih diberi peluang menghirup udara memperbaiki diri agar Allah dapat mengangkat saya sedemikian rupa di masyhar kelak.Muhammad Nur Iman Shafiq dikau membuat kami percaya bahawa dakwah sangat berbaloi untuk disertai meskipun dengan pelbagai ujian dan rintangan yang dihadapi. Engkau mengajar aku bahawa tidak ada indahnya berkasih sayang selain berkasih sayang dalam memburu cinta Allah yang esa.

Ya Allah saksikanlah bahawa Iman Shafiq telah berjaya menyentuh hatiku untuk terus menerus berbakti demi agamamu dan Kau kurniakanlah untuk dia syurga.
 

Saturday, March 9, 2013

Should I go or not?

Entahla. Rasa keliru samada diri ini patut menghadiri interview MPPP sebagai juruadit. Mungkin kerana diri ini selesa dengan Insaniah.Keduanya mungkin melihat kepada karakter aku yang agak lembut  mungkin akan memberi cabaran kepada aku untuk menjadi juruadit dalaman. But decision have to made. Insaniah Holding memang tidak stabil. Kalau BN menang di Kedah alamat bungkusla jawabnya. Aku sayang pada Insaniah sebenarnya. Maybe kerana close bond yang dimiliki diantara pekerja-pekerjanya. Tetapi dari sistem dan polisi memang banyak perlu diperbaiki. Ya Allah tunjukkan jalan kerana diri ini keliru. Pulau Pinang memang didalam hati. Tempat yang mana aktiviti dakwah tidak pernah lekang. Entah kenapa aku tidak merasa aura sedemikian rupa di Alor Setar atau Sungai Petani.Mugkin kerana terdapat ramai pengerak yang aku kenali disana dari pelbagai peringkat umur dan di negeri lain aku  agak kurang kenali mereka.Gaji? Semestinya MPPP memberi pulangan yang lumayan dengan skim pencen yg ditawarkan. Tetapi rezeki Allah bukan hanya dinilai dari sudut kewangan tetapi juga dari sudut ketenangan. Sukarnya untuk membuat keputusan. Wahai Tuhan Maha Mengetahui Kau mengetahui apa yang terbaik untuk diri ini maka Kau mudahkanlah sekiranya berada disana lebih baik untuk diriku dan agamaku.Mudahkanlah urusan interview tersebut sekiranya disana dapat meningkatkan ilmu pengetahuanku yang secara tidak langsung dapat menyumbang kepada agamaMu. Tetapi sekiranya ia buruk kepadaku agamaku aku mohon Kau jauhkanlah. Dan lindungi aku daripada bersedih hati dan berputus asa daripada rahmatMu.

Sesi buat luahan kat blog sebab tak tau nak cerita pada sapa....Mohon kalian mendoakan terbaik untuk saya. Thanks for reading. : D..............