Hanya Allah tahu betapa gembiranya aku hari ini. Rasa puas setelah dapat menyumbang sedikit dan sekelumit tenaga untuk membantu mengerakkan Program Sempena Mailidur Rasul dlm membantu non-muslim untuk mengenali baginda. Rupanya ianya program anjuran PERKIM dengan kerjasama NGO yg lain seperti IKRAM, ABIM, IPSI dan lain-lain. Rasa rindu kepada dakwah dan tarbiyah terubat kembali. Terasa kehangatan ukhuwah meskipun baru bertemu. Entah sukar diungkapkan kata-kata perasan aku ini. Terasa seperti anak kecil yang baru dapat mainan yang telah lama diidamkan. Dan bertambah istimewa apabila ibu tercinta menyatakan keinginan dia untuk turut serta. Namun disebabkan keadaan kesihatan dia tidak memberansangkan dia pendamkan hasratnya dulu. Takut pulak dia pitam kalau berjalan di tengah panas. Namun aku kira ini salah satu permulaan yang cukup baik. Hopefully ada lagi program seperti ini agar dia dapat turut serta.
Terkejut aku apabila melihat batang tubuh org yang aku berhubungan selama ini merupakan seorang wanita yang berusia 70 tahun. Aku kagum dengan usia sebegitu rupa dia masih bersemangat untuk menyebarkan dakwah. Sedangkan pada ketika itu kebanyakkan orang mungkin menghabiskan masanya dengan cucu atau keluarga. Dia melakukan pembelian bunga dan coklat2 seorang diri. Terasa bersalah pula apabila terpaksa menolak ajakan dia untuk berjumpa disebabkan bebanan kerja yang terlalu banyak. Dia tidak pernah bersungut atau menemplak. Dan sesungguhnya dia amat memahami dan berlapang dada.Terasa malu apabila aku yang masih muda ini tidak sehebat dia dari segi pergorbanan masa. Aku betul2 perlu belajar time management dari mereka yang berkerjaya dan juga hebat dlm dakwah. Ini belum lagi ada anak kecil yang perlu perhatian aku. Kalau ada mesti dah lintang pukang hidup ku. :)
Duduk dan berbual insan2 seperti ini sememangnya membuka minda. Kerana mereka insan yang tidak pernah berputus asa. Meskipun ada orang mengatakan usaha mereka ini sia-sia dan membuang masa. Mereka yakin yang Allah mengamanahkan mereka tugas yang agung dan mereka akan cuba melaksanakan tugas mereka sebaik yang mungkin. Aku betul-betul terkesan dengan pengorbanan mereka. Moga Allah menjadikan aku seperti mereka sekiranya dipanjangkan usia.
Setelah membalut flower,kami diberi tazkirah pendek. Aku bersetuju dengan akhi Hasbullah. Kita menyatakan kita mencintai Rasulullah. Tetapi kita meninggalkan sunnah terbesar baginda iaitu dakwah dan tarbiyah. Kebanyakkan orang beranggapan bahawa mereka perlu menjadi alim seperti ustazah atau ustaz baru boleh menyampaikan. Perlu menghafal surah-surah yang panjang baru berkaliber untuk menyampaikan atau orang terkesan untuk mendengarnya mungkin. Kadang-kadang aku terfikir juga kenapa orang takut sangat dakwah ini. Seolah-olah ianya satu penyakit yang merbahaya yang akan menyerang sesiapa sahaja. Dan aku dapat simpulkan satu perkara bahawa mereka takut orang akan mengata mereka berdasarkan pengalaman sendiri. Ekeleh budget bagus...baikla ustazah pilihan........tu pi usrah apa yang hang dpt? Sebenarnya melalui pengalaman para daie ada banyak cacat celanya. Ada bermacam perangai dan ragam. Mereka ini manusia dan bukannya malaikat. Namun mereka akan cuba mengamalkan apa yang mereka katakan dan berubah dari semasa ke semasa. Jadi adil tak aku katakan bahawa orang yang takut dengan dakwah adalah orang yang takut untuk berubah? Entahla pendapat peribadi sahaja....Mungkin sahaja sikap orang menyampaikan itu menyebabkan orang menyampah dan menjauhi dakwah.......
Jika seseorang itu membuat perubahan asbab daripada dakwah kamu ia lebih baik daripada dunia dan seisinya. Walauweh.Lebih baik dari lelaki yang hensem atau wanita yang cantik. Atau menjadi orang yang paling kaya seluruh dunia. Kenapa Allah memberi ganjaran sedemikian rupa? Kerana ianya bukan mudah. Untuk berdakwah dengan berkesan kita perlu menyentuh hatinya. Dan untuk menyentuh hati manusia kita perlu membersihkan hati kita terlebih dahulu. Sebab itu sebelum kita berdakwah elok kita istigfar terlebih dahulu. Aku dapati ianya berkesan melalui program KBM yang dijalankan. Kata ustaz Halim yang juga lama terlibat dalam dakwah kita tidak tahu bila Allah akan memberi hidayah kepada seseorang itu atas usaha kita. Mungkin 1, 2 atau 20 tahun. Tugas kita hanya mrnyampaikan. And let Allah do the rest. Aku doakan ada insan2 yang aku approach tadi terkesan walaupun percentagenya kecil kerana aku tahu aku insan penuh noda...:( .....Kata2 seorang adik yang baru dlm bidang ini membuat aku terkejut...'Akak mcm mana approach org2 tadi tanpa rasa takut kena marah atau pun down sbb kena reject?'........Dengan muka serius aku ckp cuba bayangkan kalau mereka maksud Islam sbb dakwah kita tak ke banyak pahala? Walaupun aku ni takla sehe bat Zakir Naik atau Yusuf Estes yang dapat mengislamkan ramai org sebaik sahaja buka mulut tapi tak salahkan bercita-cita seperti mereka...Senyum tanda aman. Pray for me so I can be like them. Amin