Tuesday, December 25, 2012

Layakkah kita diuji?

Ramai yang bertanya saya tentang kerja saya sekarang.Mungkin sebab sebelum ini saya banyak buat luahan dalam fb atau blog saya sendiri. Keluarga terdekat atau rakan-rakan terdekat yang mengetahui kondisi kesihatan saya tanya saya in fact berkali-kali macam mana kerja sekarang. Sampai kadang-kadang rasa rimas. Jujur saya katakan saya senang dengan pekerjaan sekarang. Nak katakan senang sangat tidak nak katakan susah sangat pun tidak. Hahaha mcm mana tu?Pekerjaan sekarang menuntut kesabaran yang amat tinggi.Hari2 kena maki dengan vendor sbb tak dpt bagi payment kepada mereka.I going to be honest ada banyak masalah dalaman dan issue dalaman yang boleh dipersoalkan tetapi sejujurnya saya bersyukur Allah berikan saya rezeki dan Allah kelilingkan saya dengan insan-insan yang boleh saya anggap keluarga saya sendiri.

Saya dah bekerja dalam banyak company dan saya belum pernah rasa setenang ini walaupun macam-macam dugaan yang melanda. Mungkin kerana doa di Kota Mekah dimakbulkan. Entah. Tapi one point saya nak kongsikan adalah bersyukurlah dengan apa yang ada pada kita dan jangan sekali-kali mempersoalkan apa yang Allah beri kepada kita kerana ia akan membuka peluang kepada syaitan untuk membisikan perkara-perkara yang tidak sepatutnya..

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya, jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah lagi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras. - Surah Ibrahim ayat 7

Dan Dia telah memberi kepada kamu sebahagian daripada tiap-tiap apa jua yang kamu hajati. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya. - Surah Ibrahim ayat 34

Sejujurnya saya malu dengan diri sendiri. Mengatakan diri ini dalam gerabak dakwah dan tarbiyah tetapi apabila Allah jentik sedikit dengan ujian jatuh terduduk dalam tempoh waktu yang agak lama.Agaknya bagaimana la keadaan diri ini kalau diri ini diletak di Palestin. Boleh dikatakan dakwah dan tarbiyah jugalah yang mengubat diri saya. Hakikatnya saya mengetahui bahawa Rasulullah insan yang paling dicintai oleh Allah dan baginda jugalah insan yang paling banyak diuji oleh Allah. Bayangkan sekiranya baginda berputus asa dengan rahmat Allah apabila seruan baginda di Thaif ditolak, sudah tentu agama Islam tidak berkembang seperti sekarang ini. Mengambil ibrah pengaduan baginda kepada Yang Maha Berkuasa apabila berasa tidak terdaya lagi dengan ujian yang ditanggung saya adukan terus luahan hati saya kepada Maha Mendengar. Bukan di facebook, bukan kepada teman-teman bahkan bukan pada ibu saya sendiri yang pada suatu ketika dulu selalu mendengar luahan negatif saya dan menjadi pakar motivasi saya.Dan alhamdulillah hasilnya memberangsangkan. Allah limpahkan sakinah dan ketenangan dalam hati saya.

Dialah yang telah menurunkan (sakinah) ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin untuk menambah keimanan atas keimanan mereka (yang telah ada).” [Al-Fath : 4]

Sekiranya kita duduk dan menangisi takdir yang menimpa kita hakikatnya perkara itu tidak dapat mengubah apa-apa pun. Dan sekiranya kita duduk dan mempersoalkan kenapa Allah menguji kita hakikatnya kita hanya mengundang murkaNya kerana kita sendiri tahu bahawa Dia berhak menguji siapa yang dikehendakiNya dan Dia berhak mengambil apa yang Dia pinjamkan kepada kita bila-bila masa saja. Siapa kita nak mempersoalkan itu dan ini sedangkan banyak nikmat yang dikecapi. Nikmat Islam. Nikmat kesihatan dan nikmat mata, nikmat oksigen, nikmat kasih sayang antara ibu bapa, nikmat kasih sayang  antara kawan-kawan, nikmat lima jari tangan, nikmat lima jari kaki, nikmat kaki dan tangan, nikmat hidung, nikmat telinga dan the list go on. Seperti dikatakan dalam ayat 34 surah Ibrahim jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya saya menjadi lupa pada nikmat Allah berikan dan melihat apa yang tidak ada pada saya. Cemburu pada rakan-rakan yang lain yang maju ke hadapan dengan gaji yang besar dan boleh berbelanja itu dan ini. Ya Allah ampunkan aku kerana tidak menyedari kebodohan diri ini. Ampunkan aku kerana terdapat banyak titik hitam dalam hati. What a waste of time and energy. Sedangkan masa itu boleh digunakan untuk membina potensi diri. Dan pada waktu itu adalah waktu yang tepat untuk munasabah diri.

Kalau la saya ada pintu ajaib yang boleh putarkan waktu mahu sahaja saya putarkan waktu di Motorola dulu kerana  saya yakin saya hanya mengunakan 50% of my ability dan selebihnya hanya dibuang kepada perkara-perkara yang negatif dan tidak mendatangkan faedah langsung. Sudahnya saya menutup peluang anak-anak bumiputera yang lain untuk bekerja dijabatan saya kerana bekas majikan mempunyai skeptikal bahawa anak Melayu tidak prokduktif berbanding dengan anak Cina. Ya Allah ampunkan kekhilafan diri ini.

Sekiranya anda merasakan anda terbeban dengan ujian anda hadapi cuba ambil pen dan kertas dan tulis semula nikmat-nikmat Allah yang anda kecapi sekarang ini. Duduk dan munasabah diri betul-betul. Fikir dalam sedalam-dalamnya. Masihkah anda boleh berjalan? Masihkah anda mempunyai tangan?Masihkah anda boleh melihat? Masihkah anda ada teman dan keluarga yang boleh diharapkan ? Jujur saya katakan nikmat Allah tidak terhitung oleh kita. Udara yang kita hirup dan darah dipam ke jantung  secara percuma. Hati dan buah pinggang yang menapis segala kekotoran. Menjalankan tugas-tugas mereka secara percuma tanpa meminta bayaran.Tidak pernah sekali pun kita berasa ingin membalas segala jasa Tuhan yang hakikatnya Maha Pemurah itu dengan sekurang-kurangnya bangun Qiam sehari dalam sebulan. Itu pun bukan 24 jam kita luangkan untuk Dia hanya  beberapa minit . Beberapa minit  dengan nikmat yang terlalu banyak itu pun kita tidak mampu lakukan.Lalu ketika Dia rindu mendengar rayuan kita Dia kirimkan dugaan kepada kita dengan harapan kita kembali merayu dan merintih kepadaNya dan kita pula membentak bertanya KENAPA AKU? Allahuakbar. Beginikah insan yang dipanggil hamba kepada pencipta.Membalas segala perasaan kasih dan sayang Allah kepada kita dengan satu perasaan benci, takbur dan bongkak bahawa kita tidak layak diuji. Saya tertunduk malu. Malu kepada pencipta yang sudi menyapa dan menghulurkan kasih sayangnya walaupun telah saya menyakiti dan mengundang kemarahanNya berkali-kali.


Nasihat saya pada jiwa-jiwa yang tidak keruan atau ditimpa dengan berbagai ujian. Baliklah pada Allah. Duduk dan merintih betul-betul sebagai hamba. Anda akan dapati jalan keluarnya dengan pelbagai ilham dari Allah.Sambil itu belajar mengambil hikmah daripada ujian diberi. Hikmah terbesar yang Allah ajar saya melalui ujian yang saya lalui bahawa semua diatas muka bumi ini adalah hak mutlak Allah. Allah cuma bagi pinjam sahaja. Bila-bila masa sahaja Dia boleh ambil balik dan sekelip mata Dia boleh beri kembali. Buktinya Allah mengambil arwah bapa saya tanpa sebarang penyakit. Allah juga mengambil kesihatan saya untuk satu ketika dan menyembuhkan saya kembali. Allah juga mengambil peluang pekerjaan saya dan mengantikannya kembali. Positifkan diri dengan banyak membaca buku-buku motivasi, blog-blog atau apa-apa sahaja yang dapat mendekatkan diri anda kepada Allah. Saya cadangkan anda baca buku Mencari Mutiara di Dasar Hati kerana ianya amat menyentuh hati saya. Boleh dapatinya di fb Firdausi Shop             ( hahaha.........mimi dan ard lepas ni boleh bagi komisen ye). Saya juga suka membaca blog-blog Fatimah Syarha, Langit Ilahi, Angel Pakai Gucci, Iqbal Syarie actually banyak tapi saya bagi yang famous dulu.....I think most of you have read it.....Kalau belum bagusla cepat-cepat la gi baca bolehla saya dapat pahala free .....

"Kebanyakkan orang menyedari hak mereka atas Allah,tapi tidak menyedari hak Allah atas mereka. Dari sanalah mereka terputus dari Allah dan terselimuti hatinya dari mengenal, mencintai dan merindukan Allah"-Ibnul Qayyim. Sudahkah anda menunaikan hak Allah?


Duhai hati yang berkeluh kesah,
Sedarlah hakikat bahawa dunia ini tidak layak ditangisi
Duhai hati yang gundah gulana
Tabahlah dikau di atas ujian yang diberi
Duhai hati yang diuji
Sedarlah hakikat bahawa engkau insan yang masih diingati dan disayangi
Kau dipilih atas dasar sifat kasih dan sayangNya
Kau dipilih kerana Dia merindui tangisanmu di malam hari
Kau dipilih kerana Dia ingin mengampuni segala dosa dan kesalahanmu
Kau dipilih kerana Dia ingin mengangkat darjatmu ke makam yang lebih tinggi
Maka berbahagialah duhai hati
Kerana engkau insan pilihan
Dalam begitu ramai orang
Kau menjadi perhatian
Disaat orang berkejaran keduniaan
Kau diajar untuk mengenal hakikat Ketuhanan

Baliklah Kau duhai hati
Kepada yang Maha Mengetahui
Hakikat yang Kau mampu menanggung ujian ini
Inilah jalan para anbiya dan Nabi
Duhai hati moga Kau dirahmati
Dan mampu pulang kepada Rabbul Izzati
Dan keadaan Dia redhai
Oleh itu berbahagialah duhai hati 






Friday, December 14, 2012

The Sign of Creator

Memang dah lama nak kongsi ilmu yang saya dapat dari Public Talk anjuran Hidayah Centre bertajuk The Sign Of Creator tapi entah takde time yang sesuai untuk post ni sampai delay seminggu.Masyallah. Penceramah memang seorang yang hebat. Brother Jaysuman. Seorang hindu dan beragama Kristian sebelum ini tetapi kefahaman agama beliau boleh saya katakan melebihi daripada orang yang sedia lahir muslim seperti saya. Malu dengan beliau sebenarnya. Tapi takpe la it never too late untuk memperbaiki diri dan menambahkan kefahaman agama agar dapat menjadi seperti beliau. Sebenarnya tercari-cari juga video mengenai public talk tu supaya boleh refresh balik apa yang beliau sampaikan and bercita-cita nak post dalam facebook so that my non muslim friends can hear that tapi agaknya Allah nak bagi pahala lebih dan kefahaman yang jitu mengenai public talk tersebut. Jadi saya akan sampaikan apa yang saya sempat catit atau dapat tangkap dalam public talk tersebut and moga dapat menjadi manfaat untuk semua.

Dengan lafaz بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ  saya mulakan dan saya amat berharap agar Allah mengembalikan memori2 saya di public talk itu kerana talk tersebut sebenarnya berjaya menyentuh hati saya dan hati ramai orang lagi yang hadir dimajlis tersebut. Moga ilmunya menjadi manfaat untuk saya di masyhar kelak. Insyaallah.

Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu? -
(Surah Fussilat ayat 53)

Beliau mula mengetuk minda apabila menyatakan bahawa Allah telah menyuruh kita memikirkan kejadian alam ini serta kejadian kita sendiri bagi melihat tanda-tanda kebesarannya seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran. Katanya Al-Quran merupakan satu mujikzat yang diberi kepada Rasullullah s.a.w. seperti mukjizat tongkat yang diberi kepada Nabi Musa dan kuasa untuk menyembuhkan penyakit seperti diberikan Nabi Isa. Mukjizat itu diberi bersesuaian dengan zaman Nabi tersebut contohnya Nabi Musa zaman penuh dengan magic dan Nabi Isa zaman penuh dengan penyakit. Allah mengetahui umat Nabi Muhammad s.a.w. adalah umat cerdik pandai dan akan berlumba-lumba dalam mencari ilmu pengetahuan jadi Allah telah menurunkan Al-Quran.Tapi sayang seribu kali sayang kita tidak mengkaji Al-Quran itu sendiri.                

Dimulakan dengan kisah Nabi Musa yang membelah laut dan Allah telah menyelamatkan Nabi Musa dan umatnya daripada Firaun. Beliau mula bertanya kepada kami pada pendapat kamu adakah Firaun tidak melihat dengan mata kepalanya sendiri yang laut itu sebenarnya telah dibelah? Pada pendapat saya memang Firaun melihat sendiri laut tersebut telah dibelah tetapi sifat takabur dan degil dia telah menutup segala pintu hidayah. Nak lihat bukti kekuasaan Allah melalui kisah Firaun? Hmmm biar betul cerita tu zaman dulu2 apa relevannya dengan zaman moden dan canggih sekarang ini. Ok jom tgk ayat dibawah 

 "Maka pada hari ini, Kami biarkan engkau (hai Firaun) terlepas dengan badanmu (yang tidak bernyawa, daripada ditelan laut), untuk menjadi tanda bagi orang-orang yang di belakangmu (supaya mereka mengambil iktibar). Dan (ingatlah) sesungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada (memerhati dan memikirkan) tanda-tanda kekuasaan Kami!"-
Surah Yunus ayat 92

Nah Allah telah membuktikan janjinya dalam Al-Quran dengan memelihara mayat Firaun daripada hilang ditelan laut dan mayat tersebut kini berada di Mesir kalau tak silap saya dan ianya digelar Mumia oleh kebanyakkan orang. Penemuan ini diperakui oleh orang yang bukan Islam yang akhirnya tunduk kepada kebenaran Islam itu sendiri iaitu Prof. Dr. Maurice Bucaille. Semuanya terjadi apabila pihak Perancis pada tahun 1975 memohon izin kerajaan Mesir untuk mengkaji jasad Firaun.. Dr. Bucaille menjumpai sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu tidak buruk.Untuk laporan lanjut mengenai penemuan itu anda boleh membaca Sebuah Penelitian Perubatan Moden (tajuk asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine) atau tanya pakcik google anda mengenai penemuan mayat Firaun itu sendiri.


Ok anda mungkin kata itu hanya kebetulan sahaja. Nak lihat lagi? Jom


 Dan tidakkah orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum [sebagai benda yang satu], lalu kami pisahkan antara keduanya?. Dan kami jadikan dari air tiap-tiap benda yang hidup. Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?”. Al-Quran 21:30 (Surah Al-Anbiya)

Ayat diatas diturunkan 1400 tahun dahulu.........Tanpa sebarang teori atau bukti saintifik tetapi ayat ini jelas sekali bersesuaian dengan teori yang diterima pakai oleh saintis sekarang iaitu Teori Big Bang.Kebenaran ayat Allah ini dibuktikan melalui Teori Big Bang, teori yang menjadi pegangan umum oleh para saintis mengenai permulaan alam semesta pada hari ini. Berdasarkan laporan yang terdapat dalam laman web NASA, dalam segmen Big Bang Cosmology, kejadian alam bermula 12 hingga 14 bilion tahun dahulu. Alam pada masa itu hanya berukuran beberapa meter sahaja. Sejak dari tarikh itu, ia sudah mengembang sehingga menjadi seperti yang dilihat pada hari ini.Mengikut teori Big Bang, alam ini pada asalnya bercantum padu kemudian berlaku suatu letupan yang kuat,sekitar 12 hingga 14 bilion tahun dahulu. Kemudian berlaku pengembangan dan penyejukan, akhirnya lahir bintang-bintang, palnet-planet, galaksi dan yang seumpamanya.
Pada tahun 1929, seorang tokoh astronomi dari Amerika, Edwin Hubble, menemui bukti-bukti kukuh yang menyokong teori Big Bang. Dengan menggunakan peralatan canggih, beliau mendapati alam ini sedang mengembang. Penemuan ini mengukuhkan lagi pendapat yang menyatakan alam ini bercantum pada asalnya diikuti dengan letupan besar, ekoran dari letupan itulah yang menyebabkan pengembangan ini.
Justeru, kenyataan Al-Quran berhubung teori permulaan alam sememangnya saintifik. Antara pakar yang kagum dengan ayat ini adalah Dr. Alfred Kroner.seorang proffesor dalam bidang sains geologi. Berhubung dengan ayat ini, beliau berkata:" Melihat asal-usul Muhammad, saya rasa hampir mustahil untuk beliau mengetahui langit dan bumi mempunyai asal-usul yang sama. Hal ini kerana ilmu mengenainya baru diketahui beberapa tahun baru-baru ini, itupun dengan menggunakan alat-alat yang canggih. Seseorang yang tidak mengetahui ilmu fizik nuklear 1400 tahun dahulu saya rasa,tidak akan mampun mengetahui tentang hal ini."
Akhirnya beliau berkata, "Apabila kita menghimpunkan kesemua kenyataan Quran berkaitan dengan bumi dna kejadiannya, dan bila kita kaitkannya dengan sains, maka kita akan menyatakan kenyataan (Al-Quran) secara dasarnya adalah benar. Hal ini dapat dibuktikan dengan kaedah pendekatan saintifik."

Dah ternganga tak percaya bahawa  ilmu itu ada dalam Al-Quran? Ha saya ada banyak ayat lagi

(Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing. ( Yasin, ayat 40) 

Fakta yang dikemukan dalam Al-Quran ini telah ditemui melalui pemerhatian astronomi hari ini. Berdasarkan kepada kiraan pakar-pakar astronomi matahari bergerak dalam kelajuan yang besar selaju 720,000 km sejam mengarah ke bintang Vega dalam satu orbit tertentu dalam sistem Solar Apex. Ini bereti matahari bergerak sejauh 17  280 000 km sejam secara anggaran. Bersama-sama dengan matahari dan semua planet & satelit yang berada dalam lingkungan sistem graviti matahari juga turut bergerak pada jarak yang sama sebagai tambahan semua bintang dalam alam semesta adalah berada dalam satu persamaan gerakan yang telah ditentukan.

 Brother Jaysuman juga mengetuk minda dengan menyampaikan satu Hadith Qudsi

Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sekiranya kamu tidak dapat menahan panas teriknya matahari.

Kenapa hadith ini menekankan tentang matahari? Kerana struktur matahari yang mempunyai diameter 1,391,980 kilometer dengan suhu permukaan 5,500 °C dan suhu teras 15 juta . Tidak mungkin ada manusia yang dapat menahan kepanasan yang sedemikian rupa.

"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. ( Surah Luqman ayat 18)

Sejujurnya saya amat tersentuh dengan ayat ini dan cara penyampaian beliau. Beliau menyampaikan satu konsep Milky Way Glaxy ( Bima Sakti ). Mengenai perkara itu beliau menyatakan bahawa kita hampir tidak wujud didalam alam galaksi ini kerana terdapat penciptaan yang lain lebih besar daripada bumi. Malahan matahari sendiri 9 kali ganda besar daripada bumi dan terdapat planet yang lain yang lebih besar daripada matahari.Malahan stuktur bumi sendiri adalah 70 percent percent air dan 30 percent tanah. Jadi secara nisbahnya kewujudan kita adalah zero. Jadi apa hak kita untuk membesarkan diri dan takbur?Memandang rendah kepada orang lain sedangkan hakikat kejadian kita adalah sebesar zarah sahaja.Wah satu smash berada dimuka.

Okla saya kongsi satu ayat terakhir yang berjaya mengislamkan Professor Emiretus Kennith More.Bersedia? Nah ini dia

Dia menciptakan kamu dari diri yang satu (Adam), kemudian Ia menjadikan daripadanya - isterinya (Hawa); dan Ia mengadakan untuk kamu binatang-binatang ternak delapan ekor: (empat) pasangan (jantan dan betina). Ia menciptakan kamu dalam kandungan ibu kamu (berperingkat-peringkat) dari satu kejadian ke satu kejadian. Dalam tiga suasana yang gelap gelita. Yang demikian (kekuasaanNya) ialah Allah Tuhan kamu; bagiNyalah kekuasaan yang mutlak; tiada Tuhan melainkan Dia; oleh itu bagaimana kamu dapat dipesongkan (dari mematuhi perintahNya)? ( Surah Az-Zumar ayat 6)


Apa yang ada pada ayat ini? xde yang special pun....Rasanya sama ja dengan ayat-ayat yang lain...Hah tu la saya suruh anda mengkaji bidang kepakaran anda. Baru anda tahu betapa hebatnya ayat-ayat Allah. Buat pengetahuan anda Professor Emiretus Kennith More adalah bekas President Canadian Association of Anatomists dan American Association of Clinical Anatomists.Kajian beliau mengenai embrology mendapati terdapat tiga peringkat perlu dilalui untuk menjadi bayi yang sempurna iaitu :
1) Pre-embryonic
2)Embryonic
3) Fetal
Bersesuaian dengan ayat diatas 3 suasa yang gelap gelita.

Actually banyak lagi ayat2 Allah yang sungguh mengagumkan dan menjadi bukti saintifik pada masa kini. Anda boleh mendapatkan buku Dr Danial atau kajian Sheikh Abdul-Majeed A. al-Zindani untuk menambah pengetahuan anda.