Monday, June 7, 2010

Doa

Sabda Rasullulah " Doa merupakan senjata org mukmin". Doa merupakan rayuan kepada Sang Pencipta untuk memenuhi permintaan kita. Ia merupakan suatu ibadah kerana dengan berdoa secara tidak langsung kita telah meletakkan pergantungan kita pada Allah semata-mata. Malah Allah juga menyarankan kita berdoa seperti dalam surah Al-Baqarah ayat 186" Dan apabila hamba-hambaKU bertanya kepadamu ( Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-ku.Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)- Ku dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran."

Persoalannya sekarang kenapa doa tidak dimakbulkan? Contohnya dimana Allah letakkan doa kaum muslimin untuk membebaskan Palestin. Itu adalah rahsia Allah. Hanya Allah mengetahui perancangan yang ditentukannya. Kita sebagai hambaNya wajib berusaha kemudian bertawakal kepadaNya. Sekiranya doa kita tidak dimakbulkan didunia diakhirat nanti pasti ada balasan untuk kita. Rakyat Palestin contohnya dijanjikan syahid dan syurga Allah kerana mempertahankan Baitulmaqdis. Betapa beruntungnya mereka. Sengsara didunia tetapi diakhirat hidup di syurga.

Ketika Ibrahim bin Adham (seorang ahli tasawuf terkenal) berada di tengah-tengah pasar Basrah, beliau telah dikerumuni oleh orang ramai.
Di antara mereka ada yang bertanya: " Kenapakah doa kami tidak dimakbulkan Allah, sedangkan kami bermohon kepada-Nya?".
Jawab Ibrahim : "Kerana hati mereka buta disebabkan sepuluh perkara:

1. Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak menunaikan suruhan-Nya.
2. Kamu menyangka kamu cinta kepada Rasul Allah, tetapi kamu meninggalkan sunahnya.
3. Kamu telah membaca Al-Quran, tetapi kamu tidak beramal dengannya.
4. Kamu telah makan nikmat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan syukur-Nya.
5. Kamu telah berkata syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya.
6. Kamu telah berkata syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal untuknya.
7. Kamu berkata neraka itu benar, tetapi kamu tidak lari daripadanya.
8. Kamu berkata mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia untuknya.
9. Kamu bangun daripada tidur lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia, tetapi kamu lupa keaiban diri sendiri.
10. Kamu kebumikan mayat-mayat kamu (sahabat-sahabatmu) tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripada mereka.

Ketika aku membaca sebab 10 perkara sebab doa tidak makbulkan aku bertanya sendiri "Adakah aku masuk dalam 10 golongan ini?" Sebab itu doaku tidak dimakbulkan walaupun hampir setiap malam aku melakukan solat hajat, setiap solat fardu aku mengangkat tangan untuk memperoleh secebis peluang untuk berkerja.Mungkin ada kebenarannya kerana aku membaca Al-Quran tetapi tidak memahami maksudnya. Lantas aku mengangkat tangan memohon keampunan agar dijauhi dari murkaNya. Ampunkan aku Ya Allah sekiranya aku mendatangkan murkaMu kerana aku hamba yang lemah. Tidak lepas dari kesalahan yang tidak ku sedari. Tidak mengapa kalau Kau uji aku didunia tapi jangan Kau hina aku diakhirat sana. Aku redha kesusahan didunia tetapi aku tidak sanggup siksaMu diakhirat sana.

Ramai yang memberi nasihat aku. Bersabar pasti ada rezeki untukku. Cuma lambat dengan cepat saja. Lalu aku bersangka baik kepada Allah.Bila ALLAH cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun...

Pasti ada perancangan lebih baik untuk aku apabila pelbagai interview aku hadiri tetapi gagal. Allah mengetahui kekuatan serta kelemahanku. Dia sedang mengajarku untuk bersabar.Allah sentiasa dengan orang bersabar.

Hari Khamis aku mendapat panggilan interview untuk berkerja dikilang Bluemetal Penang sebagai Account Assistant. Aku mohon doa rakan2 semua agar aku berjaya didalam interview tersebut seterusnya mendapat perkerjaan. Seandainya perkerjaan tersebut bukan untuk ku aku mohon doa rakan-rakan sekalian agar doakan ketabahan ku. Jangan biarkan aku mudah mengalah. Doakan ketetapan iman ku dan sentiasa berada dalam rahmat Allah.

Ya Allah bantulah hambaMu dalam menjalani kehidupan dunia yang penuh pancaroba ini. Aku takut Ya Allah kiranya aku gagal dalam ujian dunia. Lindungilah aku dari hasutan syaitan dan nafsuku sendiri. Berikanlah aku syurga di akhirat sana. Jadikanlah aku wanita soleha yang sentiasa ingat dan menegakkan syiarMu.

7 comments:

  1. http://achemm.blogdrive.com/archive/1830.html

    tengok2 la..kot2 ada rezeki kt sana...

    ReplyDelete
  2. semoga sentiasa tabah. dugaan rahsia Allah ni memang besar tapi bila nikmatNYA sampai..ianya sgt2 bermakna. redha & berserah & jgn mengalah.

    ReplyDelete
  3. btw, kak mas masukkan shafiah nyer blog ni dlm frend list blog kat mas kay ;)

    ReplyDelete
  4. salam

    singgah dari Alexandria
    Moga urusanmu dipermudahkan Allah.

    ada masa jemput ziarah lagi ya

    ReplyDelete
  5. sALAM...

    Doanya Nabi Ibrahim a.s. agar dibangkitkan seorang rasul dari keturunan Nabi Ismail as terjawab setelah ribuan tahun ...lahirnya Nabi Muhammad s.a.w.! Nabi akhir zaman. Siapa kita dan siapa Nabi Ibrahim a.s.?

    Kerja kita..minta, usaha dan ikhtiar. Biarkan Keputusan di tangan ALLAH. Mungkin senang diucap/ditulis tapi agak payah nak mengamalnya (saya la tu) ..minta kekuatan padaNya ...jom.

    Wallahu'alam.

    ReplyDelete
  6. Azhar memang setuju ngan enta mmg susah pergantungan sepenuhnya kepada Allah kerana sifat sabar tu takde..selalu terburu-buru...nak express ja dlm semua hal padahal sedang diuji...Selalu mohon kekuatan pada Allah....siapa la saya nak dibandingkan dengan Nabi Ibrahim....

    ReplyDelete