Monday, February 22, 2010

Aku kan ke Jepun

Fuhh...Ini dinamakan rezeki....Tgh countdown berapa hari lagi aku angkat berangkat melangkah ke Jepun...Besstnya...Nak ikutkan tak sia2 aku sakit...Tidak mesti aku tidak dapat ke Jepun.....
Semalam aku ke negeri kelahiranku nak buat visa tapi kena reject..sbb consulate Jepun nak surat original dari adikku yang menjadi guarantor.....hish2 mcm2 halangan...tapi itu kan adat.....no pain no gain...Allah sentiasa mahu kita berusaha untuk mendapatkan sesuatu...Bak kata P.Ramlee ini semua adalah cubaan.....Aku seperti biasa tgh mencari pekerjaan yang sesuai....Targetku bila balik Jepun aku dah boleh bekerja dan aku yakin pintu rezeki aku akan terbuka bila aku balik nanti...Ya Allah jangan kau hampakan hambaMu ya Allah kerana hambaMu merindui kehidupan yang sebelum ini hambaMu gagal syukri nikmatnya...Betulla kata org kita akan menghargai sesuatu apabila kita kehilangannya....N I really miss my life before I fall sick......Aku rindu untuk kembali kepada JIM...Dah lama aku tinggalkannya... The good thing bila aku duduk dirumah ini aku betul2 dapat spend time with my parent.....Kalau tidak harapla sibuk ngan kehidupan aku sahaja....Bila aku jatuh sakit baru aku sedar my family are everthing....diaorgla yang bertungkus-lumus pagi petang doakan aku espcially my mother...
Kalau ckp pasal airmata dia yg jatuh tgk keadaan aku dulu mmg tak payah ckp.....Adik aku tlg suapkan and mandikan aku ketika pada suatu ketika aku tak dpt menyuap and mandi sendiri dengan betul...The accept me pada ketika org lain tak ambik peduli pun....N at that moment I know they really love me...My mum and dad really love me n aku betul2 nak bekerja balik sbb aku tak nak diaorg keep bayar duit keta aku tiap2 bulan...Benda dah jadi terbalik...aku yang patut jaga diaorg bukan diaorg yang jaga aku...hehehe...Insayallah Allah akan kabulkan niat aku sbb Allah sentiasa dekat dengan hambanya seperti dlm surah Al-Baqarah 186 :

" Dan apabila hamba-hambaku bertanya kepadamu tentang Aku, maka jawablah bahawa sesungguhnya AKu Maha dekat. AKU mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu......"

Ya Allah aku yakin dengan janjiMu...makbulkan doaku agar aku mendapat peluang kedua meneruskan kehidupanku sebelum ini......Bukalah pintu rezekiku Ya rabi...Hanya padamu aku meminta dan hanya padamu aku berserah.....

Morale of the story family are everything...They will be there if you need them the most....

Sunday, February 7, 2010

Percubaan Pertama

Allhamdullilah. Akhirnya aku berjaya juga menghasilkan bloq pertama aku. Ntah berjaya ntah tidak.Saje mencuba since takde apa yg aku nak buat dirumah.
Dah sebulan dah aku dirumah ni. Rasa boring dan jemu dah. Sekarang ni baru start apply keja balik. Kalau nak ikutkan dah sebulan aku duduk dirumah ni since aku jatuh sakit ( sakit yg tidak diketahui) sejak aku balik dari Ekpidisi Remaja Kental ( Xrek) Melaka.

Mcm2 pengalaman aku lalui dan sehingga kini aku sendiri tak pasti apa aku lalui hanya sebuah mimpi atau nyata.Allah memang tertanya masih meyayangi aku serta keluarga. Buktinya aku masih bernafas seperti biasa dan keluarga ( mama,walid n adik2) masih ceria seperti biasa. Tiada sesiapa pun diambil seperti mana yang aku selalu aku meracau ketika aku sakit dahulu. Ternyata Allah memberi aku peluang kedua sebagai kifarah untukku serta keluarga untuk memperbetulkan kesilapan lalu.

Cuma kekadang2 sebagai manusia biasa hati kecil ini bertanya apa yang berlaku sebenarnya? Sehingga kini aku tidak temui jawapan yang pasti.Cuma apa yang aku ketahui badan ku sememangnya lemah sebelum aku ke Melaka lagi. Setelah aku ke Melaka hamba Allah yang menyedari kelemahan badan ku telah menumpang seronok. Ya Allah bertapa kerdilnya aku ketika ini. Ya Allah sesungguhnya pada belas dan ihsanMu aku harapkan. Kau berikan hambamu kekuatan agar dia mampu berbakti dan berkerja demiMu Ya Allah. Jangan Kau alihkan padanganMu sesaat pun dari ku kerana aku tidak mampu mengharungi kehidupan ini tanpa bantuan dari Mu Ya Allah. Ya Rahman dengan nama kasih dan sayangMu ku mohon belas kasih sayangMu agar Kau sembuhkankan aku sepenuhnya. Ya Razak Kau pemberi rezeki , bukalah pintu rezeki ku seluas-luasnya agar aku tidak lagi menyusahkan kedua ibu bapa ku. Aku lemah Ya Allah lalu Ya Jabar aku memohon kekuatan dari Mu. Sesungguhnya aku meyakini setiap detik serta setiap saat Kau mendengar doa hambaMu yang merintih meminta pertolongan dariMu.Sesungguhnya Kau tuhan yang tidak memungkuri janji.

Sebenarnya ini semua kehendak Allah. Byk juga perkara positif yang berlaku sejak aku sakit ni. Contohnya keluarga aku mula solat secara berjemaah sejak aku sakit. Sebenarnya ini adalah antara doa harian aku setiap kali aku bersolat dan Allah telah mengakbulkannya. Seperti aku katakan tadi ini merupakan ujian dari Allah and I would say 2nd chance from Allah. Bukan semua orang dapat peluang macam ini. Tq Allah. : )

Kla sampai disini coretan aku. Nanti aku mengupdate lagi bloq aku ni yer. Pada yang sudi membaca tq semua.