Hari ini saya menerima berita kematian seorang bayi adik sepupu. Kondisi bayi memang sakit tenat dari awal lagi. Bayi lahir belum cukup bulan. Usus infection. Muntah darah dan membuang najis dalam keadaan darah.Ibu bapa bayi memang nampak cuba positifkan diri dan sentiasa memohon rakan-rakan dan keluarga terdekat untuk berdoa. Akhirnya mereka menerima redha melepaskan bayi tersebut pergi dalam usia 14 hari jam 4.37 pagi. Hati saya sebak. Apa dosa bayi tersebut. Bayi tersebut memang nyata ke syurga. Kita belum tentu lagi. Kadangkala ujian Allah kepada kita berbeza-beza dan mengikut kemampuan masing-masing. Ujian kadangkala mengingatkan kepada kita untuk kembali sujud pada pencipta Allah yang satu. Untuk mengingatkan kita bahawa tiada kekuasaan yang paling tinggi melainkan Allah. Kita yang dihidupkan pasti akan dimatikan. Cuma asab kematian bagaimana kita belum ketahui. Kematian bayi tersebut mengingatkan saya kepada surah Al-Kahfi kepada satu-satu surah kita wajib baca 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir untuk mengelakkan fitnah dajjal. Dalam surah tersebut ada 4 cerita. Cerita pemuda Al-Kahfi yang tertidur dalam gua, cerita dua pemuda dengan kebun anggur,cerita Nabi Musa dan Nabi Khindir dan cerita Zulkarnain dengan Yakjuk dan Makjuk. Cerita Nabi Musa dan Nabi Khindir cukup membuatkan saya refleksi diri sendiri.
" Maka berjalanlah keduamya hingga ketika keduanya berjumpa dengan seorang anak muda, maka dia membunuhnya. Dia (Musa) berkata "Mengapa engkau bunuh jiwa yang bersih,bukan kerana dia membunuh orang lain? Sesungguhnya engkau telah melakukan sesuatu yang sangat mungkar" Ayat 14
Lantas Nabi Khindir menjawab " Dan adapun anak muda (kafir) itu, kedua orang tuanya mukmin dan kami khawatir kalau dia akan memaksa kedua orang tuanya kepada kesesatan dan kekafiran" Ayat 80.
Kadangkala ujian Allah mengikut luar akal kemampuan kita. Pasti ada hikmah yang tersembunyi mengapa Allah mengambil bayi tersebut dalam keadaan yang sebegitu muda. Mungkin sahaja Allah mahu mengantikan bayi yang lebih baik. Mungkin sahaja sebagai kifarah dosa ibu bapa bayi tersebut. Banyak rahsia yang tersingkap dan tersembunyi. Hanya Allah mengetahui hikmah tersembunyi disebalik kematian tersebut. Saya sendiri belum tentu kuat untuk menerima ujian sedemikian.
Kematian bayi tersebut cukup menginsafkan. Allah berkuasa untuk mengambil kita dalam bila-bila masa. Kita kena ingat kita adalah hamba dan Allah berhak mengambil pinjaman yang diberikan kepada kita bila-bila masa sahaja. Kita mungkin lupa kita adalah hamba lalu Allah timpakan ujian untuk kita berbalik kepadanya. Mungkin sahaja ujian asbab darjat kita dinaikkan disisi Allah. Allah tahu kita cukup kuat dalam menghadapi ujian ini lalu Allah berikan ujian.Kadangkala lebih baik Allah berikan ujian daripada Allah berikan kenikmatan membuat kita lupa kepada Allah s.w.t.
Moga Allah menjadikan kematian bayi ini sebagai pedoman untuk saya dan keluarga saya supaya selalu mengingati bahawa Allah berkuasa melakukan sesuatu di luar jangkaan kita dan melindungi keluarga saya di hari- hari mendatang.