Thursday, August 30, 2012

Merdekakah kita?

Esok tanggal 31 Ogos tahun ke 55 tahun Malaysia merdeka. Ramai post tentang merdeka....Negara aman damai dikatakan merdeka.....Mengingati perjuangan orang-orang terdahulu sempena merdeka...........Namun satu persoalan terlintas di benak saya. Adakah kita sebenarnya merdeka? Merdeka dari menjadi hamba nafsu dan manusia? Merdeka dari bertuhankan harta benda?Merdeka dari budaya-budaya yang tidak berlandaskan syariat dan agama?Adakah kita benar-benar menjadi hamba? Lupakakah kita pada ayat

" Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku"Surah Al-Dzariyat ayat 56

Oh Malaysiaku......Mengapa perlu mengunakan pulut untuk mencipta bendera sedangkan rakyat-rakyat Afrika kebulur disana? Sedangkan Syria, Palestin dan Rohingya membutuhkan bantuan kita. Lagu yang ntah apa-apa dicipta. Hiburan berlebihan dimomokan kepada anak-anak muda. Sudahnya anak dilahirkan tanpa bapa dan dibuang begitu sahaja.Justeru saya ingin tanya adakah kita benar-benar merdeka?

Saya sendiri belum seratus peratus pasti bahawa saya benar-benar merdeka. Kerana diri ini masih terikat dengan nikmat dunia. Belum dapat mencontohi Abu Bakar yang mendermakan seluruh harta bagi memastikan bertemu dengan Yang Esa dalam keadaan Dia redha. Belum mampu menjadi Abdul Rahman Bin Auf yang mendermakan setengah dari hartanya ke jalan Yang Esa. Iman saya sendiri belum seteguh Bilal bin Rabah yang apabila dijemur di matahari terik masih mampu menganggungkan Tuhan Yang Esa. 

Ya kita belum merdeka. Buktinya maruah kita dijijak-jijak oleh musuh Islam dimerata-rata. Kita paling terbelakang di pentas dunia. Dimana kita ketika Palestin memohon bantuan kita?Shame on us. Seriously apa kita nak jawab apabila ditanya oleh Allah dimasyhar kelak? Apa sumbangan kita kepada Islam.

Ya Allah ampunkan aku sekiranya aku belum seabis usaha memerah keringat untuk memperjuangkan agamamu kerana diri ini amat lemah.Pimpinlah aku. Masukkan lah aku kedalam golongan yang diredhaiMu.

Malah para pendakwah dan alim ulama juga dilihat mempunyai penyakit. Penyakit ujub dan riak berada di dalam hati. Kononnya mereka yang paling baik dan berilmu. Tidak boleh ditegur. Jika ditegur maka akan melenting. Memandang orang-orang yang belum mendapat hidayah sebagai ahli neraka dan tidak dapat diselamatkan lagi. Mereka lupa yang ada orang  yang amalannya sehasta memungkinkan dia masuk ke syurga tetapi telah berakhir ke neraka.

Ayuh bangkitlah saudara-saudara ku sekalian. Dari tidur lena dan angan-angan. Banyak kerja kita perlu lakukan.Dalam menegakan maruah Islam yang kita cintakan.


Mari sama-sama kita bebaskan diri kita dari belenggu jahiliyah. Mari sama-sama mendoakan diri kita. Mari sama medekatkan diri kita kepada Allah. Bukankah Dia pernah bersabda

 'Orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.' (al-Ra`d:28).

Bukankah dengan memiliki jiwa yang tenteram kita sebenarnya bebas dari segala bisikan syaitan, belengu dunia dan diakhirat selamat dari api neraka.......Sebenarnya merdeka itu adalah apabila kita berada dalam keredhaan Allah.Salam kemerdekaan
 

Monday, August 6, 2012

Rezeki di bulan ramadhan

Alhamdulillah. Aku tidak ada sebab untuk tidak bersyukur dengan nikmatMu. Telah Kau buka jalan dan akan aku tempuh jalan yang Kau tetapkan untukku. Agak menarik cara Kau memberi nikmat tersebut.Tidak pada jawatan yang aku minta tapi jawatan yang lain aku minta. Aku ingatkan peluang untuk aku bekerja disana tertutup tetapi dengan tiba-tiba rezeki datang bergolek.Aku tahu pada ketika ini aku masih diuji dan aku masih bertarung. Ya Allah anugerahkan aku ilham untuk bersyukur. Tundukkan hati ini untuk mengharapkan keredhaanMu semata-mata. Kau lebih mengetahui dan yakinlah hati ini dengan perkara tersebut.

Nyata doa orang berbuka didengari.Bulan ramadhan bulan penuh rahmat.
Ini sebagaimana yang ditegaskan oleh Rasulullah saw dalam sebuah hadits :
“Telah datang kepada kamu Ramadhan, bulan penuh dengan keberkatan yang dicurahkan Allah kepada kamu, maka Ia menurunkan rahmatNya di dalamnya, menghapuskan dosa-dosa dan mengabulkan di dalamnya doa. Allah swt melihat kepada semangat perlumbaan kamu dalam (mengisi) Ramadhan, dan membangga-banggakan kamu di hadapan para malaikatNya. Untuk itu perlihatkan kebajikan memancar dari diri kamu, kerana sesungguhnya orang yang celaka adalah orang yang diharamkan atau dijauhkan darinya rahmat Allah”. (HR At Thabari)

“Karena itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari-Ku.” (QS. Al Baqarah: 152).

Nikmat mana yang mana hendak aku dustakan. Kau telah buka jalan seluas-luasnya. Dan lebih menarik Kau membuka banyak jalan. Perkara yang memelikkan motorola telah memanggil interview untuk permenant post accountant. Dan kemudian aku ditawarkan pekerjaan di Insaniah Holding sebagai Penolong Akauntan sehari berikutnya. Imbuhan tidakla sebanyak di motorola tetapi sekurang-kurangnya aku mempunyai pekerjaaan.

Interview akan aku hadiri esok. Dapat atau tidak aku serahkan pada pemilik rezeki. Kerana Dia sebaik-baik perancang. Dia lebih mengetahui. 

Mungkin aku lebih elok menetap di Alor Setar kerana aku selalu bersolat jemaah dengan ibuku di masjid. Setidak-tidaknya aku dapat berbakti pada ibuku. Atau mungkin aku lebih baik bekerja di Pulau Pinang kerana aktiviti dakwah tidak pernah lekang disini. Tidak aku ketahui dan Hanya Dia Mengetahui.

Moga aku sentiasa dirahmati oleh mu Ya Allah. Tunjukkan aku jalan untuk menggapai cintaMu.