Insyaallah akan berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 28 May ni. Perasaan bercampur baur. Terharu,gembira dan sudah bersyukur kerana masih ada kesempatan melihat sendiri kebesaran Allah,mengungjungi makam kekasih Allah.Jika difikirkan kembali mungkin ini adalah salah satu hikmah yang tersembunyi kenapa kontrak aku tidak direnew. Sekiranya aku bekerja sudah tentu tidak akan berkesempatan untuk kesana kerana sudah tentu aku tidak diberikan cuti untuk satu tempoh yang lama. Faham sahaja kerja akauntan menuntut komitmen yang tinggi dari segi masa. Ada je closing and issue yang perlu diselesaikan segera.
Bermain-main di minda pelbagai doa ingin aku panjatkan. Pelbagai permintaan aku ingin minta.Kesembuhan,kelapangan hidup,jodoh, hidayah dan paling penting syurgaMu Ya Allah. Tapi aku jadi malu denganMu Ya Allah. Ingin pelbagai bentuk kesenangan tapi sedikit aku berikan di jalan dakwah. Malah aku belum jadi daie yang hebat yang dapat memberi contoh yang baik kepada adik-adiku. Mereka masih belum dapat sentuhan hidayahMu kerana kegagalan ku sendiri untuk menjadi insan yang hebat.Sungguh jalan dakwah ini bukan mudah. Untuk mengajak orang ke jalan Allah kita terlebih dahulu perlu menjadi insan luar biasa. Hebat dari macam segi perkara. Dan aku masih mencuba untuk ke arah itu. Bukan sekali dua aku mendengar perkataan macam ni ka orang pergi usrah? Hang pi usrah tu dapat apa? Aku tgk sama ja........
Sungguh aku tidak menyalahkan mereka kerana kegagalan itu berpunca dari diriku sendiri. Tidak dapat memberi contoh yang baik. Sungguh Kau hadiahkan ujian kepada insan Kau sayangi. Sungguh Kau hadiahkan ujian kepada insan yang mampu menanggungnya dan sungguh Kau hadiahkan ujian kepada insan yang lupa padaMu.
Dan sungguh akan Kami berikan ujian kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (AL BAQARAH ( ayat 155)
Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat. AL BAQARAH ( ayat 214)
Ya pertolonganMu amat dekat. Terima kasih Ya Allah kerana menghadiahkan perjalanan yang aku yakin tidak akan dapat ku lupa seumur hidupku dan aku pinta hanya rahmatMu dan kasih sayangMu kerana tidak mungkin aku dapat membalas segala kasih sayangMu dengan amalan yang sedikit ini. Aku pohon Kau berikan aku kekuatan di jalan dakwah ini. Aku yakin Kau sebaik-baik perancang. Segala kententuanmu sungguh tidak sia-sia.
Ya Allah berikan aku kekuatan untuk menjadi insan yang hebat dunia dan akhirat.