Saturday, November 12, 2011

Sabar

Semalam tgk rancangan Tanyalah Ustazah terus dapat idea nak tulis dalam blog ni. Lepas tengok rancangan tu baru sedar bahawa diri ini kurang bersabar rupanya.Yela Allah baru bagi dugaan dalam pekerjaan dah megeluh. Patutnya bersyukur kerana Allah cuba jadikan aku insan hebat dari semalam. Tipisnya kesabaran aku berbanding dengan Siti Hajar yang redha ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim di padang pasir sedangkan kalau nak ikut logik akal bagaimana nak hidup dipadang pasir.Menunjukkan betapa tinggi tahap kebergantungan pada Allah yang dimiliki oleh Siti Hajar. Hasil kesabaran Siti Hajar dinikmati oleh umat sehingga hari ini. Air Zam Zam dinikmati kita sehingga hari ini. Janji Allah dalam Surah Huud ayat 11 '
Kecuali orang-orang yang sabar dan mengerjakan amal soleh maka mereka itu akan beroleh keampunan dan pahala yang besar.
Sabar ni ada 4 jenis:
1) Kesabaran untuk membuat ketaatan
2) Kesabaran dalam menahan diri dari kemaksiatan
3) Kesabaran atas perkara-perkara yang dibenci
4) Kesabaran atas nafsu dan syahawat

Ujian yang kita hadapi seharian boleh termasuk dalam kesabaran atas perkara-perkara yang dibenci. Kalau nak cakap bersabarla memang senang tapi bila benda tu kena kat batang hidung kita baru kita rasa payahnya nak bersabar. Tapi peganglah kata-kata Saidina Ali apabila kita diuji Jika engkau bersabar, takdir itu berlaku juga ke atas diri mu, tetapi engkau dikurniakan ganjaran pahala. Jika engkau tidak sabar pun, takdir tetap berlaku juga ke atas dirimu dan engkau berdosa. Jadi pada teman2 yang diuji ketika ini kita boleh pilih samada rahmat Allah atau murka Allah. It is your choice.

Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah seorang muslim menderita sakit karena suatu penyakit dan juga lainnya, melainkan Allah menggugurkan kesalahan-kesalahannya dengan penyakit itu, sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya". (HR Bukhari, Muslim).

Aku teringat arwah ayah ku pernah berkata-kata sabar itu separuh dari iman ketika aku sakit dulu. Shafiah tak sabar macam mana nak baik. Alhamdullilah hasil kesabaran dia dan ibu aku aku pulih. Disini menunjukkan betapa besar rahmat Allah kepada kita. Asal kita berusaha dengan rahmatnya akan kita perolehi apa yang kita ingini.

Jika dilihat hidup kita juga menuntut kesabaran. Bayi yang dilahirkan perlu dikandung oleh ibunya selama 9 bulan. Ibunya perlu susah dahulu sebelum melahirkannya. Bayi tersebut perlu belajar meniarap merangkak dan bertatih sebelum dapat berjalan normal.Berapa kali bayi tersebut jatuh sebelum berjalan normal. Inilah hakikat kehidupan. Kita perlu menghadapi beberapa peringkat sebelum kita berjaya. Akan aku semat perkara ini dalam otak aku. Aku perlu melalui kesusahan dahulu. Biarpun kontrak aku tinggal 4 bulan lagi akan aku cuba jadikan hari-hari di Motorola sebagai pelajaran yang berguna. Rezeki ada dimana-mana. Insyaallah jika Motorola terbaik untukku Allah akan permudahkan jalan. Jika rezeki aku sampai bulan April ini aku redha. Mungkin ada kekurangan dalam diriku aku perlu perbaiki dan aku akan mengorak langkah untuk maju kehadapan.

Ya Allah jadikanlah aku hamba bersabar ketika menghadapi ujianMu dan hamba yang bersyukur ketika menikmati nikmatMu.