Thursday, July 19, 2012

3R kembali lagi..............

Adik2 tak tahu nak buat apa di bulan ramadhan ni......Mari2 sertai 3R - Remaja Rai Ramadhan.......Pada sesiapa berada di sekitar Kuala Lumpur atau Pulau Pinang jemput la datang yer........Gerenti best.........


Thursday, July 12, 2012

Mencari dan terus mencari

Kecewa interview pergi ari 2 KIV. Apa sebenarnya tak kena dengan aku ni? Sime darby boleh terimala takde pengalaman supervise orang,celestisca bidang tak pro sgt. Tapi yang ini contract and bidang aku di motorola dulu pun tak dapat apa kes. Seriously dah penat! Satu sms dihantar kepada rakan baik ku di UUM setelah mendapat email dari job agen . Rakanku ini tidak pernah mengikuti mana-mana usrah tetapi sms balas jelas menunjukkan dia faham apa itu tarbiyah dari Allah. Sebenarnya bohong la aku katakan aku kebal dan tidak merasa apa2 setelah pelbagai interview aku hadiri ditolak.Hati membentak bertanya dimana silapnya aku.Tapi sms balas dari rakan aku itu membuat air mata aku mengalir. Tidak dapat ditahan lagi.Menunjukkan betapa kasihNya Allah menghadiahkan teman sebegitu rupa kepada ku. Xde rezeki lagi la tu. Dia nak dekat dengan hang sempena ramadhan ni. Dia nak bagi hang rehat untuk beramal ibadat. Rebut peluang ni. Rezeki kat mana-mana ada tapi dugaan dari Dia cuma yang terpilih dapat. Sambil2 tu ko search pasal mara. Apa kemahiran yang diaorg tawarkan. Kita cuba bidang tu.

Allah hu Allah.........Malu pada teman ku yang seorang ni.......Dia memahami apa itu tarbiyah walaupun tidak mengikuti apa2 usrah. Mungkin kerana dia sendiri telah terbiasa ditarbiyah oleh Allah sejak kecil hingga ke dewasa.Sebenarnya fasa-fasa sejak tiga tahun lepas sehingga kini merupakan fasa tarbiyah oleh Allah untukku. Samada lulus atau pun tidak dalam ujian ini bergantung kepada tidak balas aku.Allah ingin melihat sejauh mana kerbantungan aku padaNya. Betapa aku terikat dengan dunia. Bukan aku maksudkan kita tidak perlu mencari dunia. Bukan. Malah ia merupakan satu alat untuk kita berjaya di akhirat sana sekiranya kita membelanjakan harta kita di jalan Allah. Tanya pada diri kita berapa banyak harta kita kita belanjakan ke jalan Allah. 10 percent? 20 percent? atau 1 percent? .............Sekiranya dibandingkan dengan Abu Bakar R.A. yang membelanjakan seluruh hartanya untuk perang Tabuk.Sehingga Rasullullah bertanya kepada beliau apa kau tinggalkan untuk keluargamu? Aku tinggalkan Allah dan Rasul untuk keluarga ku.Lihat sahaja berapa kebergantungan mereka kepada Allah.

Ya ini adalah proses didikan terus dari Allah agar aku tidak bergantung kepada dunia. Agar aku tidak menjadi hamba kepada dunia. Ia juga tarbiyah dari Allah agar aku terus menerus memperbaiki diri dan terus menerus berjuang. Ia menanam semangat juang yang lebih tinggi untuk berjaya. Ia juga mungkin perancangan dari Allah untuk perkara yang lebih baik.

' Dan mereka mebuat perancangan dan Allah juga membuat perancangan, Allah juga sebaik-baik perancang' Surah Al-Imran ayat 54.

Sms dari rakan aku membuat aku terfikir mungkin aku perlu ubah strategi dari makan gaji ke bekerja sendiri. Mungkin sahaja aku boleh berjaya sekiranya aku mencuba bidang lain. Jadi agen takaful ka, buat bisnes sendiri ka anything asal rezeki yang halal. Rezeki di bumi Allah sebenarnya luas. Mungkin kita sudah terbiasa fokus satu perkara sehingga kita tidak pandang jalan lain.

Aku akan istikarah tentang hal ini mohon petunjuk dari Allah agar Allah tunjukkan jalan yang terbaik untukku.

'Jika Allah menolong kamu, maka tidak ada yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkanmu, maka siapa dapat menolongmu setelah itu? Kerana itu, hendaklah kepada Allah saja orang mukmin bertawakal' - Surah Al Imran ayat 160

Hanya pada Allah kita balik bergantung. Kita boleh meluahkan kepada sesiapa sahaja tetapi jawapan diberi oleh mereka berbeza. Sekiranya kita luah kepada Allah sebagai hamba sudah tentu kita akan mendapat jawapannya dengan cara yang tidak kita sangka.